Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Monday, December 14

Kejadian lampau

Hujung minggu lepas adalah hujung minggu yang amat memenatkan untuk aku sekeluarga.

Jumaat, 11 Dis.
Balik kerja hari Jumaat tu, aku keluar makan malam dengan Na Niesza @ Ketok ajaib. Walaupun Mi Hoon Tomyam yang aku order tidak se-kaw-kaw Tomyam di Jolly Kitchen, aku tetap telan gak..sebab perut dah bertechno (tak elok gak kan membazir?). Lepas makan kami melempiaskan nafsu karaoke-ing selama sejam di Pop Wave.

*Maaf gambar aktiviti di malam tersebut gagal di-upload. Sekian.*

Baik. Sambung story. Sepatutnya malam tu aku kene buat puding untuk majlis makan arwah nenek aku di kampung. Balik rumah pun dah jam 11 malam. Lepas letak handbag dalam bilik, aku terus ke dapur. Plan nak buat puding Coklat. Yummy Yum! Bukak cupboard. Serbuk coklat, check. Susu sejat, check. Agar-agar, check. Tepung kasted, check. Esen Vanilla, check. Gula, ok..mana gula? Hah? Gula? Di mana kau wahai gula?!

Hmmph!

1. Mane nak dapat gula malam-malam nih? ade ke hantu bangkit jual gula ek? hoho *mulut dajal!*
2. Lepas aksi game hide and seek bersama gula tadi, aku ke bilik mummy. Aku: Mummy, ney gula kat dapo? Sikda agik...Mummy: Aok, gula dah sikda. Pg kedey pun gula dah abis...Aku: Puding?...Mummy: Sik perlu polah lah...Aku: *membelakangi mummy dan tersenyum lebar*
3. Aku penat, nak tido. Yeah! Ada hikmah jugak disebalik kes ketiadaan gula di dalam cupboard.

Okay. Malam itu aku tidur pukul 3 pagi. Betul-betul penat ke aku? Hmm..


RIP. Puding yang tidak kesampaian.

Sabtu, 12 Dis.
Kesannya, kelopak mata ni terasa dilekatkan pita selofan ketika bangun tidur. Pukul 9 pagi dah kene gerak ke kampung. Majlis mula jam 1 tengahari. Balik ke rumah jam 5 petang. Jam 6 petang, gerak ke rumah mak long. Cucu-cucu perempuan atok ni dikerah untuk memasak bagi menyambut kepulangan mak ucu balik haji. (Aku? Masak? Jadi esistent jek. Ok la tu).

Balik dari rumah mak long pukul 11 malam, lepas mandi terus rebah badan ke katil. Layan mesej jap dan tertidur. Huh. Confirm penat.

Ahad, 13 Dis.
Bangun jam 7 pagi. Dah siap semua, kami bergerak ke umah mak ucu. Membuat persiapan terakhir, panaskan lauk, hidangkan lauk, jemput tetamu masuk. Jam 10 pagi, mak ucu dengan pak ucu aku sampai di rumah. Kami berpelukan *sebak*. Alhamdulillah, mereka sihat. Cuma suara mereka agak2 macam ella ngn awie dalam lagi baldu biru. Serak-serak gitu. Malamnya, kami berjemaah Maghrib dan Isya' bersama-sama. Sampai ke rumah dalam jam 11 malam jugak. Mandi dan tidur.

Penat ke? Ha'ah. Penat, tapi gembira. Sebab dapat banyak ole-ole dari sana *wink wink* ^^.

P/s: Penat sampai tak sempat nak talipon hajah Misznad yang jugak baru balik dari Haji. Lagi satu, hujung minggu depan kene diet lebih. Kenapa start hujung minggu? Sebab lunch ni nak order ayam penyet sedap di LV:))

0 komen:

Post a Comment