Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Tuesday, December 29

Long Hols'..hoyeh hoyeh!

Lama jugak tak meng-post entri terbaru. Skang aku tengah bercuti. Hm..time cuti macam lagi susah je nak dapat idea. Bukan apa, gambar aktiviti seharian banyak lagi tak upload dari camera phone. Al-maklumlah, malas itu masih melekat dalam jiwa. Kalau diikutkan ade je USB, tapi..hm..ade je tapi. Ye tak?

Ye kan aje.

Takpe lah, sekadar berkongsi serba sedikit aktiviti aku sebelum ini. Aku laratkan jugak jari-jemarian ini menaip.

...

1. Hari terakhir aku berada di office pada tahun ini. 24 dec lepas, aku makan tengahari dengan member se-office. Nak tau kat mana? Ha, menjamu selera dengan makanan peberet haku. Sushi @ Yukumi Sushi! Sed en mur (Sedap dan murah). Jangan risau. Ditanggung halal oke.

Aku rasa-rasa macam kenal je empunya kedai. Kita pernah jumpa? Tapi dimana ya??

...

2. Birthday adik laki aku yang ke 22 on 25 Dec. Takde hot party gila-gila wit the geng, cuma bersama femilitos sahaja. Menggumukkan diri ke Pizza Hut. Yey!

Makcik Hot: Sayang baby fat..
Pakcik Perasan Hebat: Dadih sehat..
Aku: Nak buat cemana. Genetik.

Haha^^

...

3. Hujung minggu diisi sepenuhnya dengan berkebun dan bercucuk tanam. Real life punya tau, bukan barn buddy punya. Hasil aktiviti tersebut, kesengalan pinggang dan kegelapan kulitku amat menyerlah dan terserlah sekali. Agak-agak sebesen losyen Nivea tu dapat tak mengembalikan kecerahan kulit?

Boleh kot. Kene usaha lebih. Apa kata, try mandi and minum sekali?

...

Aku tahu mungkin ade yang tak puas hati dengan adenye entri tapi takde gambar. Xpelah..karang aku edit la balik, tarok gambo manyak2. Sabo ye gengs.

Cau cin chaows!

Wednesday, December 23

Antara Kemahuan dan Redha

"Pokwe, nak tanye sket...Apa pendapat ko kalau aku kahwin senyap-senyap??"

‘Hmm...sebelum tu, aku nak tanye ko dulu soalan ni. Apa pendapat ko misalkata ko ni seorang ayah, dan tau-tau je, anak ko dah kahwin tanpa pengetahuan ko??..Apa ko buat??'

Sunyi sepi....

"Ala, aku bukan apa, dah setahun dah aku pujuk mak ayah aku nak kahwin, diorang tak bagi, terutama mak aku."

'Hmm...ade ko tanya kenapa mak ko tak bagi?'

"Itulah, aku dah tanya, alasan dia, suruh habis belajar dulu. Lepas tu, baru boleh nak fikir pasal kahwin-kahwin ni.."

‘Aku tak rasa satu tu je sebab yang mak kau tak nak bagi..Ko kena fikir dalam-dalam pandangan seorang ibu ni macamana..'

"Aku tak fahamlah mak ayah zaman sekarang ni, diorang tak faham keadaan kita. Aku takut tak dapat kawal diri je ni, tu yang aku fikir nak teruskan niat aku"..

Serba sedikit dialog yang pernah terjadi suatu ketika dahulu. Konflik tentang perkahwinan, sentiasa membelenggu para pemuda zaman ini. Antara kemahuan diri dan restu keluarga, sentiasa membelenggu pemikiran anak-anak muda, lebih-lebih lagi yang sedang hanyut dibuai cinta.


Mengapa Dihalang?

Inilah antara persoalan utama yang menjadi titik punca. Pandangan seorang ayah, selalunya dalam hal perkahwinan anak-anak mereka sangat ringkas dan tidak banyak kerenah. Kalau ada pun, hanya berkaitan dengan soal calonnya, berkenan atau tidak , dan selalunya apa yang menjadi pilihan si anak, ayah akan bersetuju. Apa yang dirasakan oleh si ayah, adalah mungkin sudah sampai masanya si anak belajar untuk membina keluarga sendiri.

Berbanding si ibu. Ibu , mendengar namanya sudah sayu. Dialah yang membesarkan, dialah yang mengandungkan kita, dialah yang menyusukan kita, dan ada kala, ketika si ibu sedang makan, terdengar sahaja rengekan anak kecil, anak disegerakan jamahan makanan itu, tetapi selalunya akan ditinggalkan terus juadahnya hanya untuk anak tercinta. Seorang ibu, membesarkan anak-anaknya sepenuh kasih sayang yang ada padanya. Sedihnya anak, pilu baginya, gembira si anak, senyuman dibibirnya, bak kata, setiap perilaku si anak, semuanya berbekas di hati seorang ibu.

"Mak kau tak bagi mungkin sebab sayang sangat kat kau kot, tu yang tak nak lepas tu"

Mungkin ada benar dan mungkin perlu diselidik apa yang menyebabkan terhalangnya kita meneruskan hasrat untuk berumah tangga. Seorang ibu, jarang menolak permintaan anaknya. Buruk-buruk anaknya, itulah buah hatinya. Sebut sahaja permintaan dari si anak, nak masak lemak la, nak nasi beriyani la, nak jajan ( makanan ringan ), apa sahaja kalau dihitung pasti kita akan mengakui seorang ibu jarang menolak permintaan anaknya. Tetapi, mengapakah pada permintaan yang satu ini sangat susah baginya untuk dia menyatakan persetujuannya?

Seorang ibu, apabila dia menyatakan ketidak setujuannya, pasti ada sesuatu yang tersimpul di sebalik itu. Seorang ibu, apabila menolak permintaan anaknya untuk mendirikan rumah tangga, dia tahu anaknya belum tiba masa lagi untuk diteruskan hajatnya. Ketika ini, apa yang bermain di fikirannya, apakah anakku ini boleh menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab? Mungkin soalan ini timbul kerana, dia akan membandingkan sikap suaminya (ayah kita) dengan sikap kita. Jika dia tidak bersetuju, pasti ada yang kurang pada diri kita yang menyebabkan kurangnya keyakinan dia untuk bersetuju dengan hasrat kita.

Bagaimana sikap Kita ?

Selepas subuh, tarik selimut kembali. Selepas makan , letak pinggan di dalam sinki sahaja, mengharapkan ada orang tolong basuhkan. Baju-baju kotor dibiarkan sahaja bersepah tanpa ada inisiatif untuk basuh. Jika inilah sikap kita di rumah, bagaimanakah seorang ibu mahu membenarkan anaknya untuk mendirikan rumah tangga jika dirinya tidak ada sifat bertanggungjawab sekurang-kurangnya pada diri sendiri, inikan pula bila sudah berumah tangga...

Sikap yang ada ini perlulah diubah dalam memberikan keyakinan si ibu bahawa anaknya sudah kenal erti tanggungjawab. Balik rumah , dalam seminggu dua, pujuklah hati si ibu dengan kerja-kerja rumah yang dilakukan. Unjurkan apa sahaja kerja-kerja rumah dari ibu, bahawa biar sahaja kita yang buat. Belikan sedikit cendera hati pada ibu, untuk menarik hatinya. Bila balik rumah, salam tangan ibu, cium tangan ibu. Kalau boleh buat lebih lagi, kucup pipi ibu, bisikkan pada telinganya ‘bang cik sayang mama'. Usahakan cara-cara yang boleh menarik hati ibu ataupun ayah. Keras mana hati ibu untuk melepaskan kita, pasti akan lembut jua akhirnya jika kita memujuk dengan kerja-kerja, kata-kata kita, dan yang terpenting bahawa kita takkan melupakan mereka walaupun sudah berkahwin nanti.

Mengapa Mahu Tergesa-gesa?

Leceh. Mungkin itulah antara yang terbit dari mulut kita bila diberikan penyelesaian untuk masalah yang timbul. Tetapi, perlu ditanya semula, mengapa mahu tergesa-gesa? Mungkin dengan kelecehan itulah, tersingkap suatu keberkatan. Perkahwinan bukan hanya kita berkahwin dengan pasangan kita, tetapi kita juga 'berkahwin' dengan keluarganya. Selain itu juga, kita membesarkan keluarga kita. Kalau sebelum ini, kita hanya ada 3 orang adik, selepas berkahwin, ada 10 orang adik, sebelum kahwin , hanya ada seorang ibu dan seorang ayah, tetapi selepas berkahwin, kita ada dua orang ayah dan dua orang ibu. Dengan kata lain, keluarga kita membesar. Dengan membesarnya keluarga ini, benda paling utama kena jaga adalah hati.

Jika dengan kahwin senyap-senyap itu boleh menyelesaikan ‘perasaan' itu, boleh mengelakkan zina, maka itu hanya satu segi. Tetapi mengapakah dalam bab ini, kita membelakangkan keluarga yang selama ini membesarkan kita? Kita sanggup bersama pasangan kita yang hanya dikenali tidak terlalu lama, dan membelakangkan kasih sayang yang selama ini dicurahkan kepada kita sejak kecil?

Kita mudah mendapat syurga, tetapi kita ikut jalan yang tidak membawa ke syurga. Syurga ada pada ibu, tetapi kita tidak cuba mendapat syurga itu. Redha Allah pada redha kedua ibu bapa, maka apakah dengan membelakangkan keluarga dalam hal membina keluarga ini kita akan mendapat redha Allah pada keluarga yang kita mahu bina itu? Perkahwinan bukanlah sehari dua, tetapi kalau boleh sehingga hujung nyawa dan sehingga ke syurga. Jika berkahwinnya dengan tergesa-gesa itu atas alasan kerana tidak mahu terjebak dengan zina atau dengan kata lain, kerana nafsu, maka renunglah kembali. Selama manakah nafsu itu akan bertahan. Apakah sampai mati? Apakah kesabaran dalam berpuasa itu tidak boleh mengatasi nafsu yang mengawal diri, aduh, sungguh lemah dirimu.

Jika perkahwinan itu dibina atas agama, maka agama tidak akan terlepas dari diri kita sehingga ke syurga kelak. Setiap hari seseorang itu perlukan agama. Agamalah yang membimbing manusia. Apakah kita mahu membimbing anak-anak dengan nafsu atau agama? Perkahwinan yang dibina di atas kecil hati keluarga, kejayaan rumah tangga yang dibina sangatlah tipis berjaya. Tidak ada bukti bahawa perkahwinan yang dibina di atas tergurisnya hati keluarga membina keturunan yang memberi manfaat pada masyarakat. Jika kita berkahwin di kala ini tanpa pengetahuan ibu dan ayah, maka bolehkah kita boleh menjamin anak-anak yang akan dilahirkan dari sulbi isteri kita tidak akan mengulangi apa yang kita lakukan pada ibu bapa kita? Mungkin ianya boleh jadi, lebih teruk dari apa yang kita lakukan pada kedua ibubapa kita?

Bagaimana Jika Sudah Terjadi?

Perkahwinan yang telah berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa, eloklah dibawa berbincang kembali dengan kedua ibu bapa. Cubalah sedaya mungkin untuk mengambil hati mereka yang terguris. Mohonlah kemaafan dari mereka. Ceritakan kesilapan yang dilakukan bahawa memang betul-betul kesilapan kita. Pokok utama disini, adalah perbincangan dua mata antara kita dan kedua-dua belah keluarga. Mungkin kesilapan yang yang dirasakan kecil itu,boleh menyebabkan dua keluarga berperang. Berbincanglah dengan nada merendah diri, akui kesilapan yang dilakukan. Moga dengan kesilapan yang dilakukan itu, mematangkan lagi kita. Manusia bukan makhluk sempurna, tetapi ketika melakukan kesilapan itulah yang perlu difikir semula dimana silapnya selama ini.

Yang penting disini, sikap berlapang dada kita dalam menilai sesuatu masalah. Walau sebesar manapun masalah itu, ingatlah , bahawa masalah itu, pemiliknya Allah. Dia memberikan kita masalah agar kita untuk menilai kita sejauh mana keimanan kita, sejauh mana kebergantungan kita kepadanya. Semua benda yang berlaku di atas muka bumi ini, ada sebab musababnya. Jika kita yakin dengan keputusan Allah, kita yakin dengan janji Allah, maka di situ kita akan dapat lihat jalan keluar pada setiap masalah yang timbul. Apa yang penting, cekalkan hati, tingkatkan amal agar keteguhan hati bertambah dan lapangkan dada dalam menilai sesuatu, insyaallah, pasti kita akan nampak jalan keluar di dalam kekusutan yang dihadapi.

Artikel dipetik dari sini.

Entri kali ini adalah untuk tatapan dan renungan semua. Untuk korang, dan untuk aku jugak. Dalam dunia ni, takde istilah manusia sempurna. zahirnya mungkin tampak sempurna, tapi sebenarnya tidak. Sebab itu jugak la manusia mudah membuat kesilapan.

"Ya Allah, ampuni segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku, serta Kau permudahkanlah segala urusanku. Amin."

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Nya, dan yang buruk itu adalah dari kekhilafan aku sendiri.

Tuesday, December 22

1234567. Sekian.

Tak dilupakan ucapan Happy Birthday untuk adek aku aka my sleeping partner, Ejort Midori Idris. Yang ke doploh on 21st Dec lepas. Udah tua dah ya. "Jangan nak berolah agik", kata Syafiq Qawiem. Wahai Syafiq cousin-ku, sikda nya berolah gik koh. Bujat ajak ada lah. Ekekeke~


Si specs-ky tu la birthday girl yang berkenaan. Kat tengah tuh, Syafiq. Yang sorang lagik tu adik bungsu haku.


Dan (ermm..), Mari Mencantas Cerita. Jom, Bebeh!

1. Minggu lepas aku sempat berjalan-jalan dengan kawan se-office. Ada orang belanja makan. (Cet! Laju je kan, kalau ada yang murah hati nak blanja). Thanks vevery muchie to Wahyu. Sorry le sy idak le dapat join meng-Avatar bersama kalian. Tetibe dapat imejensi kol dari bunda tersayang. Hoho^^



2. Imejensi ke panggilan itu? Hm. Bunda mengajak aku shopping make-up. HOYEH! Happy mode balik. And I got new shades of eyeshadow *luv luv*

3. Hujung minggu diserikan lagi dengan aktiviti kenduri kendara. Oleh sebab ayahanda mendapat invitasi kahwin di tempat lain, maknanya aku kene la meneman bunda ke majlis kahwin saudara di tempat yang lagi satu. Konklusinya;
suasana=meriah.
makan=daging kicap boleh tahan sedap.
bunyi-bunyian=memang tak boleh tahan bingit karoke tak hingat dunia.
keadaan tempat makan=tanah becak! oh, heels ku. dah tak nampak dah keputihannya. Sabor jo la.

4. Malam tadi akak aku balik dari KL. Ada tudung baru untuk di-try. I LIKE! And plus, I got new external hardisk! Jap, new ka? Actually, die gantik jek. Ok la tu. Baru jugak kan? Kan:)

5. Next week aku cuti seminggu, tapi tengah berpikir-pikir plan nak buat apa. Belajar cooking? Buat kek? Atau sekadar meng-weight-kan tubuh badan. Any cadangan bernas? Hoho^^

6. Aku plan next year aku nak sambung belajar. InsyAllah. Itu semua dalam perancangan. Yang menentukannya tentulah Maha Kuasa. Doa-doa kan ek.

7. Banyak preparation nak buat. Preparation apa? TET! Gagal dijelaskan disini. Sila tinggalkan pesanan sekiranya mahu mengetahui dengan lebih lanjut.

Sekian. End of cantasan cerita.

Chup Chup!! Ni ada 'amazing words yang aku nak share ngan korang.



Motif? (Hmm..)

Saturday, December 19

Beauty of Life

The story begins...

Four years ago, an accident took my beloved wife away and very often I wonder, how does my wife, feel right now? She must be feeling extremely sad for leaving a husband who is incapable to taking care of the house and the kid 'cos that is the exact feeling that I have, as I feel that I have failed to provide for the physical and emotional needs of my child, and failed to be the dad and mum for my child.
There was one particular day, when I had an emergency at work. Hence, I had to leave home whilst my child was still sleeping. So thinking that there was still rice leftovers, I hastily cooked an egg and left after informing my sleepy child. With the double roles, I am often exhausted at work as well as when I am home. So after a long day, I came home, totally drained of all energy. So with just a brief hug and kiss for my child, I went straight into the room, skipping dinner. However, when I jumped into my bed with intention of just having a well-deserved sleep, all i heard and felt was broken porcelain and warm liquid! I flipped open my blanket, and there lies the source of the
and blanket!
Boy, was I mad! I was so furious that I took a clothes hanger, charged straight at my child who was happily playing with his toy, and give him a good spanking! He merely cried but not asking for mercy, except a short explanation:
"Dad, I was hungry and there wasn't anymore leftover rice. But you were not
back yet, hence I wanted to cook some instant noodles. But I remembered you
reminding me not to touch or use the gas stove without any adults around, hence I turned on the shower and used the hot water from the bathroom to cook the noodles. One is for you and the other is for me. However, I was afraid that the noodles will turn cold, so I hid it under the blanket to keep it warm till you return. But I forgot to remind you 'cos I was playing with my toys...I am sorry Dad..."
At that moment, tears were star ti ng to run down my cheeks...but I didn't want my son to see his dad crying so I dashed into the bathroom and cried with the shower head on to mask my cries. After that episode, I went towards my son to give him a tight hug and applied medication on him, while coaxing him to sleep. Then, it was ti me to clear up the mess on the bed.
When everything was done and well past midnight, I passed my son's room, and saw that he was still crying, not from the pain on his little buttock, but from looking at the photograph of his beloved mummy.

A year has passed since the episode, I have tried, in this period, to focus on giving him both the love of his dad and mum, and to attend to most of his needs. And soon, he is turning seven, and will be graduating from kindergarten. Fortunately, the incident did not leave a lasting impression on his childhood memories and he is still happily growing up. However, not so long ago, I hit my boy again, with much regret. This time,
his kindergarten teacher called, informing me of my son's absence from
school. I took off early from work and went home, expecting him to explain.
But he wasn't to be found, so I went around our house, calling out his name
and eventually found him outside a stationery shop, happily playing computer games. I was fuming, brought him home and whack the hell out of him. He did not retaliate, except to say, 'I am sorry, Dad'. But after much probing, I realized that it was a 'Talent Show' organized by his school and the invite is for every student's mummy. And that was the reason for his absence as he has no mummy.....
Few days after the caning, my son came home to tell me, the kindergarten has recently taught him how to read and write. Since then, he has kept to himself and stayed in his room to practise his writing, which I am sure, would make my wife proud, if she was still around 'cos he makes me proud too!
Time passes by very quickly, and soon another year has passed. It's winter, and its Christmas time. Everywhere the christmas spirit is in every passer-by...Christmas carols and frantic shoppers....but alas, my son got into another trouble. When I was about to knock off from the day's work, the post office called. Due to the peak season, the postmaster was also on an edgy mood. He called to tell me that my son has attempted to post several letters with no addressee. Although I did make a promise never to hit my son again, I couldn't help but to hit him as I feel that this child
of mine is really beyond control. Once again, as before, he apologized, '
I'm sorry, Dad' and no additional reason to explain. I pushed him towards a
corner, went to the post office to collect the letters with no addressee
and came home, and angrily questioned my son on his prank, during this time
of the year.
His answer, amidst his sobbing, was : The letters were for Mummy. My eyes grew teary, but I tried to control my emotions and continued to ask him: " But why did u post so many letters, at one time?"
My son's reply was: " I have been writing to mummy for a long time, but each time I reach out for the post box, it was too high for me, hence I was not able to post the letters. But recently, when I went back to the postbox, I could reach it and so I sent it all at once..."
After hearing this, I was lost. Lost at not knowing what to do, what to say....
I told my son, " Son, mummy is in heaven, so in future, if you have anything to tell her, just read the letter and it will reach mummy. My son, on hearing this, was much pacified and calm, and soon after, he was sleeping soundly. On promising that I will read the letters on his behalf, I brought the letters outside and started reading.
And one of the letters broke my heart....
Dear Mummy,
I miss you so much! To day, there was a 'Talent Show' in school, and the school invited all mothers for the show. But you are not around, so I did not want to participate as well. I did not tell Dad about it as I was afraid that Dad would start to cry and miss you all over again. Dad went around looking for me, but in order to hide my sadness, I sat in front of the computer and started playing games at one of the shops. Dad was furious, and he couldnt help it but scolded and hit me, but I did not tell
him the real reason. Mummy, every day I see Dad missing you and whenever he think of you, he is so sad and often hide and cry in his room. I think we both miss you very very much. Too much for our own good I think. But Mummy, I am starting to forget your face. Can you please appear in my dreams so that I can see your face and remember you? I heard that if you fall asleep with the photograph of the person whom you miss, you will see the person in your dreams. But mummy, why havent you appear?
After reading the letter, I cant stop sobbing. 'cos I can never replace the irreplaceable gap left behind by my wife....

For the females with children:
Don't spend so much time at work. If you cannot finish the work, it must be some kind of problems within the company, and it is not your sole problem.
Feedback to your boss. Endless over time may not necessary be the answer to the problem. Take care of your health so that you can treasure and takecare of your little precious.

For the married men:
Drink less, smoke less, cos nothing can replace your good health, not even business nor clients. Try thinking this way, are you able to work till your clients are totally dependent on you? or your boss is totally dependent on you? In this society, no one is indispensable. Take care of your health, so that you can take care of your little precious and your loved ones.


For those singles out there:
Beauty lies in loving yourself first.
With confidence and loving yourself, you will see the beauty in other things around you. You will be able to work better and happier. Don't let your health be affected by your work or your boss, so nothing matters more than your well being.


I just want to share the story with you. This is the beauty of life. So, enjoy it before it is too late.

Pengguna Maxis Postpaid (posped)

Entri kali ini special made for my best friend (best ke?? hehe). Yela, Ariff the birthday boy. Sudah semakin tua pakcik itu. Nak tengok ke gambar jejaka macho yang sudah meningkat usia itu? Oke2. Sila scroll ke bawah ye.



Ehhh!!! Silap2. Serupa tapi tak sama. Kat bawah ni baru gambar yg asli(ampun, ampun^^)



Ha, cumel x? Cumel lagi jam die tuh. Hehe.

Kami berkawan sejak tahun pertama semester 2 di UTM. Satu kumpulan ukur. Die ni memang juara datang lambat. So, pagi tu kalau ade kelas ukur aku secara tidak langsung melantik diri sendiri menyandang jawatan alarm clock.

Tapi...Itu semua kisah lama. Sekarang alhamdulillah, die dah keje. Offshore, geng! Ha Ha. Ni pun nasib nasib je tak sambut birthday kat pelantar. Kalau tak boleh jugak merasa kek yang dibuat chef atas pelantar tuh. Kan?

Kan.

Apa-apa pun, aku doakan semuga pakcik Ariff sehat senantiasa, keje jgn ponteng-ponteng, kumpul duit, kawen, dapat anak cumel-cumel. Pendek kata, semuga azam tahun baru nanti tercapai iye. InsyAllah! Jap, azam tahun ni dah tercapai ke belum? Haiyok:P

HAPPY 24th BIRTHDAY!

P/S: Pagi tadi aku bangun tidur, terus terpikir "Betul ke pengguna maxis postpaid kaya-kaya belaka?" Teringat pulak jawapan dari SMS semalam. "Free kol? Tidak ada bah.. Org maxis fikir semua yg pakai posped ni kaya raya". Ha ha!

Thursday, December 17

Aku berazam (dot dot dot)

DOA AKHIR TAHUN

Sempena akhir tahun hijrah pada petang 17 Disember 2009 (30 Zulhijjah 1430), marilah kita berdoa pada waktu asar doa akhir tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu.



..::..Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan yang tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas aku melakukan maksiat itu. Maka aku memohon keampunanMu.

Ya Allah, ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya. Maka aku mohon diperkenankan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapanku. Ya Allah yang Maha Pemurah .
Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian..::..

DOA AWAL TAHUN

Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib 17 Disember 2009 yang bersamaan dengan 1 Muharram 1431 Hijrah.



..::..Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka..::..

Dipetik daripada MY ADHA™

Wednesday, December 16

Doorbell Moden

Semalam site visit ke sekolah di SK Buntal, SK endap, SK Meranek, SK Niup dan SK Iboi. Perjalanan yang agak jauh. Experience kali ketiga naik Hilux. Adeh, bisa senget allignment vertebra ku ini. Hmm..demi kerja ku gigihkan jua kudratku. Yela, takkan nak suruh berhenti naek bas pulak. Jap, ada ke bas along the way? Mahu nya aku nak naek bas, kang kene culik. Apa macam? Uuu~*syahdu*

Anyway, ini antara pose yang dapat aku amek. Kualiti gambar agak mengecewakan. Jangan nak kritik-kritik ye. 3.2MP je. Tak yah la expect lebey2. Cet!





Balik dari Iboi kami naek feri, sebab perjalanan lebih pendek. Dan aku pun taknak lama-lama duduk dalam Hilux ni. Huhu. Aku tak ingat brapa banyak kali dah aku naek feri. Feri kat Sarawak and then feri kat Labuan. Tapi still perasaan tu macam ala-ala sakai jugak la. Haha..ada aku kesah? :P



Nama feri ni Primrose. Cute x?? Ke aku sorang je yang rasa nama tu cute eh? Hm. Mungkin cute untuk sebijik feri (sebijik ke sebuah?) x_X



Famous lak pakcik ni, bila aku post gambar die kat blog aku (Macam la ramai sangat yg baca blog aku ni. Hmmph!). Tapi tak apa, aku cuma nak share kat korang. Betapa hebatnya pakcik ni.



Haa..kagum x? Kat belakang die tu memang sah rambutan berkilo-s. Yang dalam guni kat depan tu aku xsure apa, for sure bukan durian kut. Boleh ke durian?? Hehe..dalam compartment belakang motor tu aku ase ade lagik rambutan. Bravo, pakcik! ^^

Kemudian, kami singgah makan dan gerak balik ke Kuching. Sampai office dalam pukul 4.30pm. Facebook-ing setengah jam, cukup masa, angkat beg, punch kad, turun lif, dan home sweet home:)

P/s: Doorbell moden zaman sekarang: Anjing menyalak. Anjing original oke. Takut x? Aku tak takut. Tapi sempat gak la tutup pintu tu balik. Kalau tak sempat, terbitlah peristiwa site visit dengan kain kurung yang tercarik. Hahaha..

Monday, December 14

Kejadian lampau

Hujung minggu lepas adalah hujung minggu yang amat memenatkan untuk aku sekeluarga.

Jumaat, 11 Dis.
Balik kerja hari Jumaat tu, aku keluar makan malam dengan Na Niesza @ Ketok ajaib. Walaupun Mi Hoon Tomyam yang aku order tidak se-kaw-kaw Tomyam di Jolly Kitchen, aku tetap telan gak..sebab perut dah bertechno (tak elok gak kan membazir?). Lepas makan kami melempiaskan nafsu karaoke-ing selama sejam di Pop Wave.

*Maaf gambar aktiviti di malam tersebut gagal di-upload. Sekian.*

Baik. Sambung story. Sepatutnya malam tu aku kene buat puding untuk majlis makan arwah nenek aku di kampung. Balik rumah pun dah jam 11 malam. Lepas letak handbag dalam bilik, aku terus ke dapur. Plan nak buat puding Coklat. Yummy Yum! Bukak cupboard. Serbuk coklat, check. Susu sejat, check. Agar-agar, check. Tepung kasted, check. Esen Vanilla, check. Gula, ok..mana gula? Hah? Gula? Di mana kau wahai gula?!

Hmmph!

1. Mane nak dapat gula malam-malam nih? ade ke hantu bangkit jual gula ek? hoho *mulut dajal!*
2. Lepas aksi game hide and seek bersama gula tadi, aku ke bilik mummy. Aku: Mummy, ney gula kat dapo? Sikda agik...Mummy: Aok, gula dah sikda. Pg kedey pun gula dah abis...Aku: Puding?...Mummy: Sik perlu polah lah...Aku: *membelakangi mummy dan tersenyum lebar*
3. Aku penat, nak tido. Yeah! Ada hikmah jugak disebalik kes ketiadaan gula di dalam cupboard.

Okay. Malam itu aku tidur pukul 3 pagi. Betul-betul penat ke aku? Hmm..


RIP. Puding yang tidak kesampaian.

Sabtu, 12 Dis.
Kesannya, kelopak mata ni terasa dilekatkan pita selofan ketika bangun tidur. Pukul 9 pagi dah kene gerak ke kampung. Majlis mula jam 1 tengahari. Balik ke rumah jam 5 petang. Jam 6 petang, gerak ke rumah mak long. Cucu-cucu perempuan atok ni dikerah untuk memasak bagi menyambut kepulangan mak ucu balik haji. (Aku? Masak? Jadi esistent jek. Ok la tu).

Balik dari rumah mak long pukul 11 malam, lepas mandi terus rebah badan ke katil. Layan mesej jap dan tertidur. Huh. Confirm penat.

Ahad, 13 Dis.
Bangun jam 7 pagi. Dah siap semua, kami bergerak ke umah mak ucu. Membuat persiapan terakhir, panaskan lauk, hidangkan lauk, jemput tetamu masuk. Jam 10 pagi, mak ucu dengan pak ucu aku sampai di rumah. Kami berpelukan *sebak*. Alhamdulillah, mereka sihat. Cuma suara mereka agak2 macam ella ngn awie dalam lagi baldu biru. Serak-serak gitu. Malamnya, kami berjemaah Maghrib dan Isya' bersama-sama. Sampai ke rumah dalam jam 11 malam jugak. Mandi dan tidur.

Penat ke? Ha'ah. Penat, tapi gembira. Sebab dapat banyak ole-ole dari sana *wink wink* ^^.

P/s: Penat sampai tak sempat nak talipon hajah Misznad yang jugak baru balik dari Haji. Lagi satu, hujung minggu depan kene diet lebih. Kenapa start hujung minggu? Sebab lunch ni nak order ayam penyet sedap di LV:))

Tuesday, December 8

Member baik Number 2

Pagi yang kelam kabut. Sedar-sedar je jam dah pukul 6 suku. Memang berdiri terus dari katil, capai towel, dan terus mandi. Dah tak ingat dah air sejuk yang menggigit sampai ke tulang sum sum. Huhu. Tapi seperti biasa, aku tetap on-time sampai office *bangga*

Semalam aku borak ngan member baik number 2. Makcik Fid yang menyambut ulangtahun ke 23.


Happy Birthday Fid. Semuga sehat senantiasa, semuga cepat2 dapat keje, semuga cepat2 kawen, semuge bahagie selalu. Amin.


Dah 4 tahun lebih aku kenal ngan makcik ni, teman dikala susah senang aku ketika kat UTM dulu. Praktikal kat KL aku sebilik ngan die. Makcik ni org nyer lucu, nak tahu keistimewaannya? Gelak tak berbunyik. Kalo dalam tepon tu korang kene, "Helo? Fid?" lepas korang buat lawak. Istimewa kan? Hmm.

Selain dari makcik Nad ngan makcik Fid, ada seorang lagi Member baik number 3, namanya makcik Tyah. Dorang ni la yang selalu menambahkan keceriaan hari-hari ku di UTM. Teman susah senang, teman gelak sakan, teman naik tangga tingkat empat, teman makan time lapar (dan last-last aku sorang je gumuk) dan teman ber'xoxo'.

Rindu kat korang jangan cakap la weh. Memang berkati-kati guni rindu ni ha aku simpan kat umah. For sure korang rindu kat aku jugak kan?

Kan.


Dari kanan Member baik number 3, Member baik number 1 dan Member baik number 2. Kat tangga pun sempat ber'posing' kan?

Saturday, December 5

Sengal

Ada cerita yang aku ingin kongsi sekali kat semua. Tapi aku tak pasti, kalau aku cerita apa jugdement yang korang akan buat. (Dah namanya penulis blog, mesti lah ada orang judge kita, ye x?).

Entah.

Yang pastinya, aku dah decide.

Tak nak cerita. Sekian.

Cuma aku nak bagitau yang aku H.A.P.P.Y. Dan sebab musabab untuk aku berasa sedemikian, hmm..oke. tak nak cerita. hehe.

Wednesday, December 2

Mengigau semata-mata

Hari ini hidup berjalan secara kebiasaannya, sarapan pagi di LV. Punch card pun dah 0815am. Mula menyiapkan laporan-laporan yang melambak. Tapi kejap-kejap, bukak FB (salingan je tau :P) hehe..

Citer pasal malam tadi, aku dah dapat satu jawapan yang selama ini, dan rupa-rupanya, itu lah soalan yang patut aku tanya sejak 5 Januari awal tahun ni.

"Buat apa nk berharap lagi kat orang yang dah tak nak kat kita."

Ayat tu untuk aku sebenar nya, oke?

Telan je..

Dan lagi satu cerita, member lama dah mula berahsia dengan aku (tapi selama ini pun die memang banyak berahsia, tak tahu ape sebenarnya point yg die nak berahsia tu..hmph). Sejujurnya, aku tak kisah. Dan tak amik kisah pun. Cuma aku terkilan. Kalau berita baik, aku ucapkan saja 'alhamdulillah'. Tak lebih dari itu dan tak kurang dari itu.

extra ability aku: tangan ni mmg pandai jawab phone dan mulut otomatik berkata 'umm, love you'. haha!

Monday, November 30

Bateri Jam

Hari Sabtu lepas seperti yang telah dikhabarkan aku berdating bersama BFF aku. Plan nak tengok New Moon, tapi The Spring dah macam bekas kacang yang penuh ngan kacang (ape punya perumpamaan ntah). Tapi serius jalan sesak, parking penuh, itu tak masuk kat dalam shopping complex lagi. Ntah-ntah manusia kat dalam tu berlaga hidung (nak mengekspresikan betapa ramainya orang). Lepas tu baru aku teringat, ada Hotfm Twisties Bingit.

Patutlah pun.

Plan pertama hancus, tukar plan lain pulak.

Karaoke!

Dah lama tak memekak. Yeke lama? Baru je bulan lepas. Tak apa lah, still jugak lama kalau dikira sekali dengan hari, jam, minit dan saat, kan?

Kan.

Kemudian, kami lepak-lepak, ber'xoxo' sambil melayan lagu romance dari cd lagu mak my BFF dan ber'mekdi' (MCD). Terasa macam nk stop je masa takat tu. Boleh ke?

Boleh kalau bateri jam dah habis.

Saturday, November 28

Makan-makan

Selamat menyambut hari raya Aidiladha. Beberapa hari lepas aku dapat mesej dari member baik aku..

Member baik: Kami tak dapat bergerak lagi ke Arafah. Arafah banjir. Sekarang masih hujan.

Aku pun membalas..

Aku: Dugaan, sabar ye member baik. Kat sini pun hujan tp alhamdulillah dah reda sikit. Mangsa banjir pun dah pindah balik. Aku doakan kesejahteraan ko kat sane dan dipermudahkan segala ujian. InsyAllah.

Member baik: Amin..

Tidak lama lepas itu..

Aku: Muah2. Haha. Lupa. Cayang ko.

Hmm..rindu? Sudah semestinya. Jadi, benda untuk menghilangkan kerinduan ialah? Makan.

Dan makan dan makan lagi. Tapi diet? Tak apa, tolak tepi dulu. Esok sambung diet balik. Boleh?

Boleh je..

Tuesday, November 24

Ini bukan cerita betul

Dah hantar dah proposal semalam, tp byk yg kene tuka. Budget, tentatif, tmpat..hadeyy..

Tgh penings..


Letting go of the man i love, in hopes that he will be happier with someone else is the:

WORST
BEST
HARDEST

Thing i have ever done.

Bertambah penings..



Psst..So, yang mana betul? Love is blind or Heart is blind?

Monday, November 23

650mg Uphamol

Kat tempat keje. Demam, demam, dan demam lagi.

Pssst..proposal dah siap. Hoyeh. (Adakah sekiranya aku xdemam bermaksud proposal ku tidak akan siap secepat ini? Hu huu~)

Saturday, November 21

"Potong kue nya~" Ulang 2kali

Kejap je dah malam. Hmm..xde ape yg impoten berlaku hari ni.
Cuma aku nak wish birthday to my BFF, Na niesza. , pretty!!

Tanggal 21 Nov 1986 budak ni lahir (budak ke?) Hehe. Ktorg sama-sama membesar. Mana tak nya, bersekolah dari sekolah rendah yang sama, sekolah menengah yang sama, dan kolej matrikulasi yang sama. Masing-masing berpisah time masuk U. Die kat UNIMAS, aku kat UTM. Alhamdulillah, skang ni die dah keje, aku pun dah keje.

Ni gambar ktorg lima sekawan.Gambar arkib dari dua tahun lepas.

Usia persahabatan ktorang dah belasan tahun tau. Suma cantik-mantik n kiut-miut, kan?? Haaa~~
Tapi sorry, semua TAKEN. Dah kene booking. (Jap. Aku? Xpe. Xpenting.. *ayat penyedap ati*)

Ni plak gambar birthday girl..ngan BF die. Hehe~


Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki. Cepat-cepat la kawen iye~

*ari ni talian celcom bermasalah, bisa menaikkan meter hangen aku aje.

Friday, November 20

Ai Lev Yu

Nak dengar citer x? Jap, DENGAR ke BACA? Ok. Structure balik ayat yg betul. Nak TAHU cerita x? (xpulak guna perkataan BACA. Ceh!)

Ok. Lets make the long story short. Citer nye bermula macam ni, (mcm nk cerita yg panjang je. haha). Aku balik keja cam biasa, pukul 5 ayah kesayangan dah menanti di parking lot. Pastu gerak amik akak ngn adik lak balik keje. Sampai umah dlm pukul 6 lebih. Aku sempat jugak menyuap sebijik kuih melaka, sebijik kapirap (karipap) dan seteguk air kopi bila telefon rumah berdering. Panggilan dari kampung, mengkhabarkan pakcik aku (anak nenek sedara aku) ada kat hospital. Eksiden time balik sekolah.

Nenek yang masa tu ada kat rumah aku hampir-hampir pengsan tak pengsan (apaka?). Aku terus transform dari watak perempuan-balik-kerja-yang-lapar bertukar menjadi watak kaunselor-perempuan-bertauliah-yang-comel:P. Dalam beberapa minit aku cuba menenangkan nenek dan kemudian terus ke hospital. Dalam kepala hotak aku dah berimaginasi secara hiperbola (kaki dan tangan yang berbalut dan tergantung kat besi..huu~).

Sampai je kat hospital, hati yang berkecamuk sedikit lega bila melihat pakcik malang aku duduk di kerusi (maksudnya kaki xberbalut. Ok) dan tangan melambai ke arah kami (tangan pun tak berbalut. Ok). Tapi tidak ok pada bahagian siku, dan bibir. Gigi pun dah hilang satu. Namun hatiku tetap memanjatkan kesyukuran. Nasib baik luka-luka sikit je, xde seserius atau dua-serius yang aku imagine 30minit yang lepas. Huhu.

Langsai sudah kes di hospital, balik rumah aku terus sambung makan. Hehe. Lapar yang amat. Hari ini sekali lagi aku men'skip' makan tengahari. Sebab pagi tadi dah BRUNCH (breakfast+lunch). InsyAllah kenyang ini berlanjutan sehingga ke petang.

**Keredhaan Allah terletak di atas keredhaan orang tua kita. Renung-renungkan & Selamat Beramal!

Thursday, November 19

Baju kurung hitam (batik) bertudung coklat

-
Entri ini ditulis saja untuk mengemaskini blog. Walhal takde sebarang point pun ianya ditulis. Ceh! Tapi pun aku nak teruskan jugak menulis sehingga puas hati dan suka hati.
-
Pagi ini aku sarapan di rumah, minum kopi susu je. Sebab dah lambat nak pegi keje. Sesampainye di office, member keje aku (yang masih on the way ke office lagi time tuh) telefon ajak minum. Tuan A namanya. Aku layan je. Aku menuju ke kedai minum dengan lagi dua orang member sekerja aku, Puan J n Tuan D. Aku mengorder Mee Jawa untuk mengisi perut dan teh cawan sebagai penghilang dahaga. Dengan penantian yang cukup membuatkan perutku bertechno dan otakku berpikir..

"Die tu nk tunggu mee tu delivery dari Jawa Tengah ke?" Lama giler tunggu.

Kesabaranku mmg teruji. Tapi nasib baik la tak cukup diuji, sbb xlama lepas mee tu sampai, dengan lahapnya habis aku telan. Hehe. Boleh la tahan rasanya untuk perut yg agak-agak lapar (walhal sememangnya lapar).

Dah habis makan, aku bangun untuk membayar juadah pagi kami tadi. Memang dah niat aku nk belanJ. Ngam-ngam sampai kat stall tu adela suara2 sumbang si kumbang bagi salam. Aku jawab dalam hati (betul ke berdosa xmenjawab salam? walaupun pemberi salam itu berniat lain? *Konpius*). Tapi xpe, aku dah jawab lam ati, kire lepas la tu. Aku cuma tak nak cakap kuat2 sebab kang semakin menjadi kegatalan ulat-ulat bulu tersebut. Bila die pulangkan balik duit baki, tbe2 terselit kertas kecik yang tertulis..

"013-806****" Huhhh??!

Ni je persoalan dalam kepala hotak aku..
1. Betol ke duit baki aku ni?
2. Kertas ape yg die guna untuk tulis nii?? Berminyak semcm je.
3. Die budget aku nk topap celcom Rm10 utk die ke? Bengong punye ulat @ kumbang!

Sebenarnya, aku tak la sebengang mana pun kalau dibandingkan dengan kes makanan lambat sampai pagi tu. Tapi aku frustrated jugak la dengan orang-orang lelaki (bujang n available) masa kini. Kalau nak compare dengan mak ayah aku masa dulu-dulu memang kalah habis. Sebab dorang bercinta depan mak bapak, amik hati orang tua dulu, baru pikat si anak. Sekarang ni? Nak pikat bagi number telefon. Dah la xde nama. Ingat aku ni direktori yellowpages ke? Gentlemen la sikit cik abg oi (macam la die bace blog aku). Taktik mengorat fail la..(ke aku yang susah nk makan umpan pancing?). Tidak pasti untuk soalan itu dan tidak penting. Huh.

~tengahari ni tak kuar lunch pon. Diet? Mungkin.

Wednesday, November 18

Holiday oo Holiday!

Salam semua.

Dah agak lama aku tinggalkan blog ni. Bukan xde idea nk menulis, cuma kemalasan yang melanda. Dua hari lepas sibuk menguruskan calon temuduga kat tempat kerja aku tu. Kesian para graduasi sekarang. Yelah, dengan ekonomi yang masih tak menentu, kerajaan cuma mampu meng'offer'jawatan kontrak. Seperti aku sekarang. Bila la agak nya nak dapat kerja tetap. Rasanya dah banyak jugak kompeni kerajaan n swasta yang aku dah letak resume. Takde rezeki lagi kot..*sigh*

Sepanjang dua tiga bulan ni terlalu banyak perkara yang berlaku. Semua asam garam, pahit manisnya aku dah rasa. Dari hal ehwal kerja, personal dan family. Bukan niat untuk merungut, tp kadang-kadang masalah remeh pun boleh menyebabkan kepala aku ni berdenyut-denyut pikir. Lepas berdenyut, ditambah pulak dengan hangin aku ni. Adeyy..aku ni mmg patut join kelas anger management. Banyak jugak kenangan aku mengamuk kt restoran. Huh. Buruk tol perangai. Nasib korang laa..
Tapi ape-apepun, aku dah try kontrol. Dengan seadanya. Hehe. Kire oke la tu.

Orait la geng. See u in my next post. Nak start buat proposal event. Pening2:P

Saturday, August 22

Moving on with life story


Hari ni dah masuk 1 Ramadhan..
Bulan yg penuh kemuliaan. Sempena di bulan puasa ni, terlebih dahulu sy nak mohon maaf kat semua xkira la sape2..yg pernah kenal ke, yg buat2 kenal ke..tak kesah, yg penting, diri sy sendiri tau kemaafan sy ni ikhlas.

Tang itu la yg payah nye. Ikhlas. Kemaafan hanya diluahkan dari mulut dan bukannya dari hati. Ada benar kata orang, luka di hati akan sembuh, tp parutnya tetap ada. Itu yang kte kene jaga, jgn biar parut tu berdarah kembali. Menjaga hati orang lain ni bukan perkara mudah kan kwn2? Sy yakin, ramai yg berpengalaman dengan kes2 mkn ati berulam jantung. Baik dalam bab cintan cintun, friendship, family problem and etc. Tp xpe, itulah dinamakan pengalaman. Supaya kte sedar akan kesilapan dan ikhlas memaafkan diri sendiri dan orang lain. Sy akui, manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Walaupun kesilapan itu sudah bertahun2 lamanya.

Kebelakangan ini, banyak kejadian yang serasakan menguji keteguhan hati. Tidak dinafikan, jauh di sudut hati ni rasa terkilan. Sedikit terkilan. Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin akan terjadi. Walaupun sekian lama perkara ini terasa takkan ada penghujung. Sy cuma mampu berdoa dan menganggap kemungkinan ada hikmah nya di sebalik kejadian yang berlaku. Sy ikhlas memaafkan. Betul2 ikhlas.

Doa saya untuk kawan2 semua dan diri saya sendiri juga, semoga Ramadhan ini memberikan seribu keberkatan dalam kte mengerjakan ibadah di jalanNya. Untuk renungan kte bersama, Sekecil noda hitam yang terlekat dihati akan seterusnya menggelapkan keseluruhan hati sekiranya tidak disucikan.

Sesungguhnya yg baik itu datangnya dari Allah swt, dan yg buruk itu dtgnya dari saya hambaNya yg serba kekurangan.

~Salam Ramadhan~

Saturday, July 4

After tomorrow



This post is specially written for my very best friend..dya:))
Its been 12 years ktorg kawan..n now, she's getting married!!! Tahniah utk dya..insyAllah kmk pun akan mewajibkan kehadiran kmk utk majlis ktk..hee~



Dah mok jd bini urang dah ya..cepat2 kawen, n cepat dpt beby..sik sabar mok jadi aunty gg..haha:D



To mr mohd. jek (dya, soh nya baca tok!): take care of her..janji tau..make she smile every day, n make her happy:))

Ini lah kehidupan, kta dilahirkan, dibesarkan, kta blajar smpai pandai, keje, bertemu jodoh, berkawen, jadi ibu ayah, besarkan anak plak..gitu lah. Ada cerita yg happy, sedih, excited. Itu sume rencah kehidupan..nak ke tanak kene gak dihadapi. We have to be strong. Kte sume tatau apa yg akan terjadi esk hari. Manusia cuma mampu merancang, Tuhan yg menentukan. Apa yg kite mampu selain merancang adalah berdoa. Moga2 usaha kte dalam mencari kebahagiaan idup diberkati dan akhirnya tercapai:)

Last but not least, smile always! Its the music of the soul tau! oo yeah!

Tuesday, June 30

InVisible

Orang yang dekat seumpama jauh, orang yang jauh semakin jauh.Kdg2 masa xmembenarkan g bersama kawan2..disebabkan tuntutan masalah lain. Sorry for the so many alasan i gave u. God knows how much i miss our old times together.huhu~

For those yg nk tau pkembangan, skang ni Alhamdulillah g baru saja diterima bertugas di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di Kuching. Kontrak setahun lebih as a fasilitator SchoolNet. Buat masa skang, g trime je pape keje yg ada. Nk memilih pun susah jugak. Carik pengalaman dulu.

Pd kawan2 yg still mencari2 keje, bleh la isi jobmalaysia.gov.my utk memudahkan lg pencarian korg keh. Dan pada sape2 yang ada info pasal keje kosong kat mane2, share la ye kt kengkawan yg lain. Remember, sharing kan caring:))

P/s: Nad, Fid, Tyah...xsabarnye tgu bulan Ogos..haishh!! hehe
Dya, Niza, Amel, Hass...uncontrolable condition of missing u girls!

Sunday, May 3

happy hippy pple


i'm gonna miss u all really2 much!!
be ready for the perpisahan:((

Saturday, May 2

Sub-chapters


Hari ni, hari last exam. Pengurusan Projek. Walaupun xsemantap mana pun exam td, tp tetap nk senyum jugak. Last exam. Last paper. Bila lg nk amik exam..maybe, time exam nk amik lesen je la nanti..Kot2 kalo ade rezeki sambung Master. Tp lambat lg, keje dulu, adik2 lg nk stadi..Xpe la, korban kan dulu masa ni sikit utk family. Walhal family dah 23 tahun berkorban utk kte. Ape salah ny, tgu lg 2 ke 3 tahun nk sambung.

Sape kate lama? Kejap je tuh, Pejam celik pejam celik(bukak katup bukak katup..kata urang sarawak) dah nk grades dah pun..Ase baru je smlm melangkah masuk ke KTDI, mendaftar. Naik tangga tingkat 4 tetiap ari nk pg kuliah (still xkurus2 jugak). Lunch kat CP. Kuar pg Jusco Tmn U. Tgk wayang kat Tebrau. Jenjalan kat Danga Bay. Balik lewat kene scan kad matrik. Bg mkn ikan kat Tasik UTM. Kene simbah air, kene telur time birthday. Buat esaimen last minit sampai ade yg demam. Gurau2, gelak2, nangis2..

Dah2la..kenangan sume tu..ni tgl lagi seciput ari kat UTM nih. 4hb nk balik dah. Jg diri ye kengkawan. Ape2 perkembangan update la nanti..Nk sambung stadi ke, nk kawen ke, nk branak dah ke..ape2 je la..Keep in touch la ye..All the best in ur journey of life:))

Monday, April 13

Thingking of you

Ari nih mcm xde idea je nk tulis ape..Tgk la ptg nanti, kot2 ade point nk share..sementara tu.. Ni ade lagu yg bru2 ni adik sy promote..Nice song, love the music and the lyric too..Enjoy:)







P/s:
The opening, she said..

"Comparisons are easily done
Once you've had a taste of perfection
Like an apple hanging from a tree
I picked the ripest one, I still got the seed"

I said..

Indeed, comparison is not easy la..and that's for sure.

And then, she said...

"How do I get better once I've had the best?"

I said..

Apa2 pun, the choice is yours to make.. Nak happy ke xnak. Well, I'm still happy with family and friends. They are my loved ones..the most actually..

No more tears, Cheer up and Live a happy life!

Sunday, April 12

He's just not that into you..


Hey, everyone!

Lambat seket mengupdate blog, sbb smlm mmg byk urusan. Mula dari celik mata pkul 8pg sampai la 2pg. Al-maklum la, keje last minit, last2 sendiri tersepit..

Amacam ari ni? Sehat fizikal but mentally ill? It seems not okay, but sound okay. Tak paham? Sebab semua org mengalami masalah kejiwaan. He he..(I really thought I can be kaunselor xbertauliah rite now:) Masalah berlaku bila... orang yang berlebih masalah kejiwaan ni, tuu ha..yg dok kat Tanjung Rambutan tuu..dah ilang paras berpikiran waras. Harap2 kengkawan saya tak la sampai ke tahap tu ye.

Post kali ni, saya nk bg pendapat yg xseberapa ni, tau la, bru je idup 23 tahun. Takkan la sy byk mkn garam lak kot dr korg sume..kalo kt umah, mummy sy mmg xmasak masin2..high blood. Tapi skang, sy cuma nk berkongsi, idea, cdangan, buah fikiran pasal buah ati.

Ha, syok kan kalo ati dah berbuah? Bagus lah. Senang hati. Biarla kasih sayang berpanjangan, jgn setakat perkara remeh yg kecik lg dari semut, berlanjutan sehingga timbulnya salah faham. Dari observation sy sendiri, bercinta ni bukan mudah. Semua aspek kene ambik kira, dari toleransi, kerjasama, amanah, jujur, bermatlamat. Ha, yg last ni penting. Bermatlamat. Skang ni pada 'buah-buah' sekalian, apa matlamat korg bercinta? Of course, majoriti jawab kawen. Semua nk happy ending. Sy pernah berkongsi cerita dari kenalan rapat sy mengenai tips sebelum kawen. Masa bercinta (sebelum kawen) ni lah korg kene slalu bergaduh. Bukan nk suruh korg gaduh ari2..at least skali pun cukup. Kenapa? Sbb ny dengan bergaduh, kapel2 ni akan belajar utk tackle masalah disamping menerapkan nilai2 murni yg sy list kan td tuh. Nanti dah kawen,senang la..InsyAllah.

So, kengkawan..dalam bercinta ni ada ups and downs. Jgn cepat melatah kalo bf/gf tu buat hal ke apa ke..Manusia ni xsempurna. Kita dijadikan berpasang-pasangan untuk melengkapi each other. Blajar memaafkan orang lain, walaupun susah, tp pahala nya besar:)

P/s: Panjang lak post kali nih, tp xpe..sharing is caring! Yeah!

Saturday, April 11

Life is wonderful


As'salam semua,

Ketegangan semakin terasa kepada bakal2 ijazah. Bagi sy sendiri, final sem ni la trasa sgt kesibukan nya. Pg td, alhamdulillah dah setel test UD, tgl lg assignment, pastu presentation PSM, presentation assignment, final exam. Kalo ade sape2 trasa berlebih masa 24 jam tu, tlg pinjam kan saya barang sejam dua..hu hu. Itu dari segi tekanan, but let us see it at the other side plak. Biar la keja melambak sebanyak mana pun, biar la masa asyik xckup, biar la org asyik ckp kte mkn tdo, mkn tdo..Yg penting, hidup mesti enjoy! Life is WONDERFUL! Agree x? Its our own life yg kte kemudi, bukan idup org lain. Tension2 pun kte sendiri kan yg tanggung. So, lit up ye kengkawan..jgn mudah down. Kalo tertekan, sebarang kerja pun xjadi, masalah kecik pun jadi mcm masalah dunia. Breath in, then breath out. Rilex, ok? And one last thing, don't forget to smile:) Its the music of the soul~

P/s: Doakan kejayaan kawan2 kte yg nk pg interview esok. Moga dorg selamat pergi dan selamat juga pulang:) Amin~

Friday, April 10

My Sarawak-tongue


As'salam...

Mun kmk try klaka sarawak utk ritok boleh sik? He he.. Xpalah, for those yg sik tauk ya boleh nanyak member yg tauk ah.. Trasa nak klaka bhsa dik mpun lok, tp asa ngegeh pun ada juak tok. Ngegeh nk ngeso dirik pandey bhasa lain. Ahaha~ Its okay nak? Only for today jak. Bukan apa, rindu ngan umah. Tadik gayut ngan mummy dekat nak sejam. Esok famili ke serian. Saja jak bercuti di umah udak mek di cnun. Tang ada jak asa ngiluk ndah ujong ati.. Rindu ngn umah, rindu nya ngn mummy, ayah, adik bradik, ninek mek, pusak2 mek juak.. yah, manyak juak tek nk di rindu.. Ada asa happy mk grades, ada juak asa sedeh nk ninggal UTM. Ktk org sik rasa pia kah? Lak dah sik bertemu gk ngn member2. Suma ngembak jln kedirik. Ada yang keja, ada yang nyambung blaja, ada yg mk berlaki, berbini. Kadang2 mok jak asa balit ke dunia sekolah dolok2. Which is FUN! Mek miak bait lok bah. Yerdeh, muji dirik ndah. Tp nang mena, sik cayak tanyak jak ngan sapa2 yg kenal mek dari kecik..ney pernah nyusah ati cekgu, ney pernah molah aksi2 ter'over'. Walopun skolah ya terkenal ngn miak2 gaok. Sekolah tepi jalan tek nak, STAR ngn PJ. Sapa miak kuching yg sik knal ngn skolah ya? Angkat tgn! Ya nang urang kuching celup lah ya.. Mun ada doraemon boleh juak minjam pintu suka ati. Pakey balit zaman dolok2, polah pa yg lom sempat dipolah, btolkan nakpa asa perlu dibtol. Tp, ney nk molah, berangan jak lebih. Oo tedah, doraemon. Bah, nak nyambung stady lok. Isok ada test UD, nk review pa yg asa lupak2. Nakpa nk di sampe mek lam post tok actually, we are what we are now. Boh nak kenjet, pandey2 nk nukar ndah. Last but not least, be haPPy!

P/s: Doakan kmk utk jawab test dgn cemerlang, gemilang, n terbilang..(benyin2 dah asa dahi tok, mala jak digusok. Susah mok maham notes) hu hu..

*Gmbar atas ya Sungei Serawak..berbelit alu juak upa:P*

Thursday, April 9

Posisi baik punya:P



Salam all...

Nothing much happened today, i just so bengang of studying for hours and end up for nothing. Last2, tido. Hu hu...Ukur deformasi test jumaat nih cover 5 topics- Gross Error, Variance Component Estimation, Datum problem, S transformation, Robust method.. Manyak oo.. Ntah nape study utk test kali ni pantulan ny sampai 90 darjah. Tak masuk2..Posisi study pun dah try ubah, dari posisi duduk di kerusi, duduk di birai katil, meniarap di hujung katil, baring di tgh2 katil (oh, patut la sampai tertido..he he). At last, konsentret dalam mimpi...Bgn je jam dah pukul 5ptg. Dah xboleh nak study petang2 nih..otak lembap cket (<--Alasan, walhal malas sebenarnya). Bila dah pukul 1030pm, risau semakin memuncak, kenapa la tak leh nak study. Pening btol..balik2 baca slaid yang sama. Pasang headphone, dgr hitz.fm. Bila dah dengar lagu sambil membaca, eh eh, bleh lak nyanyi lebih2, study lak xmasuk2. Still. Cara ni xleh pakai. Bukak headphone pasang kat laptop, klik playlist winamp. Dengar zikir. Lega. Skang dah khatam 3 chapter. Tgl lagi 2 chapter. Jeling kat jam, "Its already midnight, another post for my blog:)".

P/s: Pertolongan yang terbaik adalah pertolongan dariNya. Easy, kan?

Wednesday, April 8

12.22am


As'salam everyone!

Happy birthday to Amielia Emilda.

A new day start with a new hope. Agree? Oh, i agree. Ada ke org yg bring forward hope dari semalam? Kalau angau tu ye lah kot, hoping untuk berjumpa dengan si buah ati pengarang jantung. Tetiap hari pun boleh stick kat hope yg sama. Itu kes lain. Come on people! This is life. The life which is lies ahead. Macam kita berjalan jugak la, jangan sibuk je nk pandang belakang. Nanti tersungkur terlanggar batu. Batu lak yg kene maki hamun. Tau, setiap hari ade je masalah tapi beringatlah, you're not alone. Kalau kita rasa kita ada 1001 masalah nak pikir, mak ayah kita lagi banyak 10 001 masalah, kalau perdana menteri lak? Berjuta2 lemon rasanya. So, jangan terlebih pikir. Macam yang saya alami semalam. Migraine. The trigger? Bukan silau, bukan cafein, but over-thingking of unnecessary problems. Nape saya anggap macam tu? Because i have the low RAM of brain. RAM laptop boleh la jugak kalau nk upgrade, sonang citer..tapi ni otak manusia. Stress adalah perkara biasa. Yang membezakan tahap stress tu adalah how we deal with it. Dear friends and families, upgrade your style to overcome stress. Ikut la nk overcome macam mana, hanging out tengok bola ke, ngeteh kat kassim ke, melepak bilik member pun boleh (tp make sure member kita tu kurang tahap stress, kang xpasal2 lak ade yg kene baling kluar ikut tingkap). So, boleh pakai tak idea nih? Kalau ada any cadangan, feel free to comment on this. I love to hear it. Sharing is caring, kan?

P/s: Nk try resipi baru utk hati senang tak? Bace surah al-Kautsar..ala yg 3 baris ayat tu..dengan izin Allah~

G'nite:)

Tuesday, April 7

The kickstart



As'salam,

My first writing. I am not sure what's trigger me to start blogging. Its not me actually, to share everything..my day, my thoughts. Really. But it looks like fun. Viewing other blogger, reading their story, and i also want u to know mine. I'll make this as interesting as others. So, make me one of your favorite page now! Bookmark me!

P/s: 1st Announcement. My blog will be in tribahasa - English, B.Melayu, B.Sarawak. Not that i not prefer English but sometimes it's hard to express in any other language. Any problem? No? Good. He he.. ~Smile, people. Its the music of the soul:)