Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Wednesday, March 9

Khamis Malam Jumaat



Yesss..
Aku dah plan Khamis malam Jumaat nanti nak rehat puas2!

Kenapa perlukan rehat? 

****

Sebab baru balik dari fieldwork.

Sebab malam tadi still berparty tak hengat dunia.

Sebab banyak baju tak basuh lagi. T_T

Sebab lepas basuh baju, kosongkan beg dan letak beg atas almari. Supaya jari kaki selamat tak tersepak beg. hmm

Sebab kena sedapkan mata memandang. Barang2 aku je dah penuhkan separuh ruang tamu. Malu kalau ada lelaki bujang betandang ke rumah. Thehehehe~

Sebab tanak ayah mummy bising anak dara dorang tak reti nak mengemas walaupun TETTT!

****

Oke. Sekian luahan perasaan dan tasklist untuk malam ini.
Terima kasihan.

Yang berselerak ni bukan bilik I, oke.

sharing is caring, and loving^^

Tuesday, February 8

Hobi baru: Buat-buat ada kerja even kerja banyak.

 
Movie Review! 

Yessss...buang tebiat kan tetiba nak buat movie review? 

Dah takde kerja!

Takde kerja ko cakap? Homework assignment melambak-tak-siap-sampai-minggu-depan-lecturer-ko-nak-tambah-lagi-satu, itu ko cakap 'takde kerja?

Okay. I'm a dead meat. x_X
Rasa nak lari2 marathon pusing bandar Kuching 44kali sebab time's running out! Huhu..

Tapi...

Aku still ada masa untuk buat movie review untuk korangggg..Hebat tak hebat? Hehehe

Movie yang aku baru tengok ni adalah salah satu movie yang bertemakan tisu peneman sejati. Sangat menyayat hati dan sedih. Jadi itu sebab tema die tisu. Bagi aku yang type super sensitive tak hengat dunia..memang menitik air mata setiap kali ada scene2 yang menentuh perasaan. 

This movie is about a young girl. Yang menghidap luekimia. Kalau luekimia kan, perlu sumsum tulang yang match. Ditakdirkan sumsum parents dan adik lelaki die were not. The doctor explained that each person in this world would only have the same sumsum in 1 of 200 people. *Oke, ilmu baru. Aku baru tahu :)* 

Jadi tak peliklah, even parents sendiri or adik beradik pun tak kan ada sumsum yang sama. So, her parents decided on having another child yang scientifically injected with all sorts of genetics ++ yang akan confirm 100% match with this girl's sumsum. *Aku kurang mengerti bab2 medic ni* The objective was to save their daughter's life. 

And then a beautiful baby girl named Anna Flitzgerald was born.  Conflict happens when 11 years old Anna file a summons to her parents for medical emancipation. That, she refuses to give any of her body parts to her dying sister.

Aku suka Abigail Reslin berlakon jadi Anna. Sweet and talented. Aku pernah tengok die berlakon dalam cerita Nim's Island dan Definely Maybe dengan si handsome and charming Ryan Reynolds! *mesti ada ! oke. excited. Ryan! is super hot*

This is Abigail Reslin. 
Eh, aku tak bgtau lagi ea nama movie? Hehe.. Its' My Sister's Keeper. Tengok sampai habis tau. Banyak moral of the stories yang korang leh dapat dalam cerita ni. Salah satunya, pengorbanan mak ayah untuk anak.

A-Must-See-Movie

Okay. Dah khatam movie. Kenalah baca buku die pulak kan? Movie My Sister's Keeper ni diadaptasi dari sebuah novel written by Jodi Picoult. 

Jom, jom selongkar library! Sekarang library pun dah moden tau. Cuma klik U-Library Portal, register jadi ahli secara percuma, dan voila! dah boleh search katalog database dari 7 library seluruh Malaysia! Kaedah penghantaran samada secara self pick-up atau pos pun boleh. 

Hebat tak hebat? :)

Opss. sebelum terlupa. Inilah Ryan! yang berkenaan.
Amat sedap dipandang, kan? :D

His movies: X-men Wolverine, The Proposal, Definitely Maybe etc




Love,

Thursday, January 27

Khamis yang aman damai *Love it!*



Oke. Entri minggu ini kebanyakannya akan menggunakan nama hari ye. Harap maklum, tuan penulis takde idea nak buat tajuk apa. 

Tapi...

Serius.

Aku suka hari Khamis. Minggu ini. Jam ini. Dikala ini.

Impian aku. Hari ini. Jam ini. Akan kekal 'panas hingga ke petang'.

Korang paham ke tak neh? Ke angguk2 geleng2 je? Hehe..

Hari ni rilek la..keje tak banyak sangat. Adalah jugak kerja, tapi sikit.

Alhamdulillah. Aku bersyukur. Takdelah penat sangat aku kerja. Otak kurang lenguh dan mampu untuk berfikir secara straight. 

Semalam dah amik mc. Rilek kat umah. Sampai terpikir2, kalaulah hari ni masih sibuk, kerja tak hengat dunia, sampai takde selera nak makan. 

Diet kah? Oh, tidak sama sekali. Itu adalah disebabkan mengejar dateline projek. Teruk sangat ke bunyi nye? I mean, kerja sampai tak ingat nak makan. Huhu.

Balik rumah, jam dah lewat malam. Tengok family semua dah golek2 rilek2 atas katil. Aku baru nak mandi, nak makan. Makan sorang2 pulak tu. 

Minggu yang hectic.

Ini semua permulaan. Nanti dah biasa, takde la perasaan macam ni lagi kan?
Kan kan? huhu.

Solution nya...*apa yang aku dapat pikir sekarang*

Kalau penat, minum Redbull.
Kalau lapar, order mekdi delivery.
Kalau sakit, amik je MC...
.
.
.
.
.
....
Kalau sedih, nangis senyap2 bawah bantal bangun pagi mata bengkak macam zombie masuk kereta driving pergi kerja.

Sedih lagi.


KES 1: EKSPRESI TERLAMPAU PENAT

HARUS KUATKAN SEMANGAT!
Yea.....hhhhh~!


Taknak nampak tired hari2. Biarpun sebenarnya penat. Haruslah diri sendiri memberikan motivasi kepada diri sendiri.

KES 2: EKSPRESI SUPER EXCITED

Moral of the story?

Penat tu biar kita sorang yang merasa. Kalau boleh sorok dalam2. Bukan maksudnya nak pendam sorang2. Tapi nak tunjuk2 tu tak boleh jugakkan? Orang lain pun kerja penat jugak. Lainlah kalau dia tu datang dari planet atau alam ghaib lain. Heheh. 



At least, orang ceria bila nampak kita ceria. 

Ekspresikan dirimu!
YEAH! 

Jom, makan limau :)


Love,

P/S: Rindu Na_niesza. Kempunan lagi nak jumpa minggu ni. Takpe, minggu depan ada lagi :)


sharing is caring, and loving^^

Monday, January 24

Pagi Isnin sekali lagi!

Salam!

Apa kabar ini hari? Ada baek?

Hujung minggu aku dipenuhi dengan aktiviti yang padat. Nasib baik kelas hari Ahad tu half day je. Balik umah, terus membuta. Sedar2 jam dah pukul 6 petang. Memang claim tido betol lah. Hehe.

Tapi bila malam, payah nak tido.
Padan muka sendirik!

Pagi ni kena semangat ye kawan2. Tak boleh malas2.

Kepada sesapa yang bekerja, selamat bekerja.
Kepada yang ada kelas jap lagi, no ponteng2 ye.
Kepada sesapa yang bercuti, saya amatlah jeles. Harap maklum.

Bila nak holiday lagik??
Nak pi Langkawi!

Bila? Tak tahuuu..

Assignment tak siap lagi, kerja maha banyak belum settle, batuk2 pun dah start ni ha. 
Haish!

Next entry aku post pasal aktiviti hujung minggu. Grenti korang boring giler. Hehehe.


Love,




P/S: Betul ke kalau kita rindu kat seseorang, tak jumpa pada masa yang lama. Dah jumpa. Berpisah balik. Kita akan jadi semakin rindu? Ye ke?

Tuesday, January 18

Angguk-angguk, Geleng-geleng


Selamat pagi, you all!

Hari Selasa ini hari. Bila nak Jumaat? Hehehe..

Eh eh..Alamak, Sabtu ni pun kerja lah. Yang bestnya, boleh jenjalan. Tapi part tak best nya, minggu ni 'ter'ponteng kelas lagi.

Suka?
Tak!
Susah hati! Huhu.

Dah dah..masa untuk mulakan tugas! But before that..layan lagu ni jap. Saja nak share. 

Pagi tadi, start enjin kereta, terdengar lagu ni dari radio. Terkesan pulak kat hati. Ngengade kan? :P

Jom layannssss!


Kita tunduk pabila diketuk
Bila terantuk tak usah dipujuk
Biarpun dipatuk
Ingat pesan atuk…sabar sabar sabar sabar…

Love,




sharing is caring, and loving^^

Sunday, January 16

Dua hari dalam sejarah.


Hey Friends!

Hari ni pagi2 aku bangun dengan keadaan yang tak sehat dan sakit. Dari pagi semalam lagi sebenarnya. Takla teruk sangat. Tapi dah namanya sakit, sapa yang suka? Ko ada kenal ke? Ada? Mintak no tepon. Aku nak bagi award kt die. Lepas bagi award aku nak mintak tips tahan sakit. Kalau die cakap telan painkiller, aku tanam die hidup2.

Semua orang tak suka sakit ye. Fullstop.

I kene chest pain la sayang.. Mahunya tak sakit. Start dari bangun dari katil, gosok gigi, nak pakai baju pun sakit, nak gelak pun kena control, nak drive apatah lagi. Pusing stereng lagilah tip top punya sakit. Ter-adeh-adeh aku dibuatnya.

Dulu masa kat UTM ada pernah sekali sakit macam ni. Doktor cakap muscular pain. Lepas tu baru teringat...sehari sebelum tu aku pi angkat kotak 20kg ++ dari tingkat bawah naik tingkat 1 sorang-sorang. Mau nye tak muscular pain? 

Ehem, incik abang. Ko ingat satu tingkat tu ade brapa bijik tangga? Memang le satu tangga. Anak tangga aku rasa capai 20 kot. Bukan la nak underestimate kan keadaan aku ni sorang pompuan lagi ayu dan cumel. Tapi, bg lelaki muskulin tahap Rahim Ma'ruf eh silap..lelaki maskulin macam Malik Nor pun berpeluh jugak nak angkat tau.

Haish. Tapi terima kasih dan padan muka kt diri sendiri. Sayang sangat kat barang sampai tak reti nak buang, alih2 semua nak letak dan isi dan padat2 bagi penuh dalam satu box..yang BESAR dan BERAT. Huhu..cerdik sangat, kan? Memang cerdik pun! :)

Kali ni, aku bukan kena muscular pain. 

Jom layan lagu neh! Sakit2 mcm ni terlayan pulak lagu slow and steady-kelopak-mata-kasi-tutup. Lagu ni dipetik dari filem Lagenda Budak Syaitan. I like Lisa Surihani. Tapi ada ke orang yang bersikap terlampau malang mcm watak die dalam citer ni?


Enjoice! *PEACE*


Love,



sharing is caring, and loving^^

Friday, January 7

Kerja Kosong @ PTPTN




Kawan-kawan... 


Nak bayar hutang tadi, tp terlupa lak nombor pin e-fes. Adeh... Esok pepagi kena retrive nombor pin baru. Takleh biar lama2. Nanti duit tu transform jadik wallet or handbag or shawl piping lak. Ehehehe :D

Masa tengah belek2 website PTPTN tu, scroll punya scroll terpampang lak satu iklan kerja kosong. Ada yang berminat?

  • PTPTN ada mengiklankan kekosongan beberapa jawatan tetap dan kontrak. Dari post Pegawai tadbir (N41) sehinggalah post Pemandu kenderaan (R3)
  • Ada banyak post lagi. Boleh cekidaut kat SINI.
  • Due permohonan 14 Januari..tapi mohon le awal2 ye.

KALAU RASA2 KURANG JELAS..SILA GUNA KANTA PEMBESAR. KALAU TAKDA KANTA PEMBESAR, SILA KLIK PADA GAMBAR. MEKASEH.





Love, 




sharing is caring, and loving^^