Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Monday, November 30

Bateri Jam

Hari Sabtu lepas seperti yang telah dikhabarkan aku berdating bersama BFF aku. Plan nak tengok New Moon, tapi The Spring dah macam bekas kacang yang penuh ngan kacang (ape punya perumpamaan ntah). Tapi serius jalan sesak, parking penuh, itu tak masuk kat dalam shopping complex lagi. Ntah-ntah manusia kat dalam tu berlaga hidung (nak mengekspresikan betapa ramainya orang). Lepas tu baru aku teringat, ada Hotfm Twisties Bingit.

Patutlah pun.

Plan pertama hancus, tukar plan lain pulak.

Karaoke!

Dah lama tak memekak. Yeke lama? Baru je bulan lepas. Tak apa lah, still jugak lama kalau dikira sekali dengan hari, jam, minit dan saat, kan?

Kan.

Kemudian, kami lepak-lepak, ber'xoxo' sambil melayan lagu romance dari cd lagu mak my BFF dan ber'mekdi' (MCD). Terasa macam nk stop je masa takat tu. Boleh ke?

Boleh kalau bateri jam dah habis.

Saturday, November 28

Makan-makan

Selamat menyambut hari raya Aidiladha. Beberapa hari lepas aku dapat mesej dari member baik aku..

Member baik: Kami tak dapat bergerak lagi ke Arafah. Arafah banjir. Sekarang masih hujan.

Aku pun membalas..

Aku: Dugaan, sabar ye member baik. Kat sini pun hujan tp alhamdulillah dah reda sikit. Mangsa banjir pun dah pindah balik. Aku doakan kesejahteraan ko kat sane dan dipermudahkan segala ujian. InsyAllah.

Member baik: Amin..

Tidak lama lepas itu..

Aku: Muah2. Haha. Lupa. Cayang ko.

Hmm..rindu? Sudah semestinya. Jadi, benda untuk menghilangkan kerinduan ialah? Makan.

Dan makan dan makan lagi. Tapi diet? Tak apa, tolak tepi dulu. Esok sambung diet balik. Boleh?

Boleh je..

Tuesday, November 24

Ini bukan cerita betul

Dah hantar dah proposal semalam, tp byk yg kene tuka. Budget, tentatif, tmpat..hadeyy..

Tgh penings..


Letting go of the man i love, in hopes that he will be happier with someone else is the:

WORST
BEST
HARDEST

Thing i have ever done.

Bertambah penings..



Psst..So, yang mana betul? Love is blind or Heart is blind?

Monday, November 23

650mg Uphamol

Kat tempat keje. Demam, demam, dan demam lagi.

Pssst..proposal dah siap. Hoyeh. (Adakah sekiranya aku xdemam bermaksud proposal ku tidak akan siap secepat ini? Hu huu~)

Saturday, November 21

"Potong kue nya~" Ulang 2kali

Kejap je dah malam. Hmm..xde ape yg impoten berlaku hari ni.
Cuma aku nak wish birthday to my BFF, Na niesza. , pretty!!

Tanggal 21 Nov 1986 budak ni lahir (budak ke?) Hehe. Ktorg sama-sama membesar. Mana tak nya, bersekolah dari sekolah rendah yang sama, sekolah menengah yang sama, dan kolej matrikulasi yang sama. Masing-masing berpisah time masuk U. Die kat UNIMAS, aku kat UTM. Alhamdulillah, skang ni die dah keje, aku pun dah keje.

Ni gambar ktorg lima sekawan.Gambar arkib dari dua tahun lepas.

Usia persahabatan ktorang dah belasan tahun tau. Suma cantik-mantik n kiut-miut, kan?? Haaa~~
Tapi sorry, semua TAKEN. Dah kene booking. (Jap. Aku? Xpe. Xpenting.. *ayat penyedap ati*)

Ni plak gambar birthday girl..ngan BF die. Hehe~


Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki. Cepat-cepat la kawen iye~

*ari ni talian celcom bermasalah, bisa menaikkan meter hangen aku aje.

Friday, November 20

Ai Lev Yu

Nak dengar citer x? Jap, DENGAR ke BACA? Ok. Structure balik ayat yg betul. Nak TAHU cerita x? (xpulak guna perkataan BACA. Ceh!)

Ok. Lets make the long story short. Citer nye bermula macam ni, (mcm nk cerita yg panjang je. haha). Aku balik keja cam biasa, pukul 5 ayah kesayangan dah menanti di parking lot. Pastu gerak amik akak ngn adik lak balik keje. Sampai umah dlm pukul 6 lebih. Aku sempat jugak menyuap sebijik kuih melaka, sebijik kapirap (karipap) dan seteguk air kopi bila telefon rumah berdering. Panggilan dari kampung, mengkhabarkan pakcik aku (anak nenek sedara aku) ada kat hospital. Eksiden time balik sekolah.

Nenek yang masa tu ada kat rumah aku hampir-hampir pengsan tak pengsan (apaka?). Aku terus transform dari watak perempuan-balik-kerja-yang-lapar bertukar menjadi watak kaunselor-perempuan-bertauliah-yang-comel:P. Dalam beberapa minit aku cuba menenangkan nenek dan kemudian terus ke hospital. Dalam kepala hotak aku dah berimaginasi secara hiperbola (kaki dan tangan yang berbalut dan tergantung kat besi..huu~).

Sampai je kat hospital, hati yang berkecamuk sedikit lega bila melihat pakcik malang aku duduk di kerusi (maksudnya kaki xberbalut. Ok) dan tangan melambai ke arah kami (tangan pun tak berbalut. Ok). Tapi tidak ok pada bahagian siku, dan bibir. Gigi pun dah hilang satu. Namun hatiku tetap memanjatkan kesyukuran. Nasib baik luka-luka sikit je, xde seserius atau dua-serius yang aku imagine 30minit yang lepas. Huhu.

Langsai sudah kes di hospital, balik rumah aku terus sambung makan. Hehe. Lapar yang amat. Hari ini sekali lagi aku men'skip' makan tengahari. Sebab pagi tadi dah BRUNCH (breakfast+lunch). InsyAllah kenyang ini berlanjutan sehingga ke petang.

**Keredhaan Allah terletak di atas keredhaan orang tua kita. Renung-renungkan & Selamat Beramal!

Thursday, November 19

Baju kurung hitam (batik) bertudung coklat

-
Entri ini ditulis saja untuk mengemaskini blog. Walhal takde sebarang point pun ianya ditulis. Ceh! Tapi pun aku nak teruskan jugak menulis sehingga puas hati dan suka hati.
-
Pagi ini aku sarapan di rumah, minum kopi susu je. Sebab dah lambat nak pegi keje. Sesampainye di office, member keje aku (yang masih on the way ke office lagi time tuh) telefon ajak minum. Tuan A namanya. Aku layan je. Aku menuju ke kedai minum dengan lagi dua orang member sekerja aku, Puan J n Tuan D. Aku mengorder Mee Jawa untuk mengisi perut dan teh cawan sebagai penghilang dahaga. Dengan penantian yang cukup membuatkan perutku bertechno dan otakku berpikir..

"Die tu nk tunggu mee tu delivery dari Jawa Tengah ke?" Lama giler tunggu.

Kesabaranku mmg teruji. Tapi nasib baik la tak cukup diuji, sbb xlama lepas mee tu sampai, dengan lahapnya habis aku telan. Hehe. Boleh la tahan rasanya untuk perut yg agak-agak lapar (walhal sememangnya lapar).

Dah habis makan, aku bangun untuk membayar juadah pagi kami tadi. Memang dah niat aku nk belanJ. Ngam-ngam sampai kat stall tu adela suara2 sumbang si kumbang bagi salam. Aku jawab dalam hati (betul ke berdosa xmenjawab salam? walaupun pemberi salam itu berniat lain? *Konpius*). Tapi xpe, aku dah jawab lam ati, kire lepas la tu. Aku cuma tak nak cakap kuat2 sebab kang semakin menjadi kegatalan ulat-ulat bulu tersebut. Bila die pulangkan balik duit baki, tbe2 terselit kertas kecik yang tertulis..

"013-806****" Huhhh??!

Ni je persoalan dalam kepala hotak aku..
1. Betol ke duit baki aku ni?
2. Kertas ape yg die guna untuk tulis nii?? Berminyak semcm je.
3. Die budget aku nk topap celcom Rm10 utk die ke? Bengong punye ulat @ kumbang!

Sebenarnya, aku tak la sebengang mana pun kalau dibandingkan dengan kes makanan lambat sampai pagi tu. Tapi aku frustrated jugak la dengan orang-orang lelaki (bujang n available) masa kini. Kalau nak compare dengan mak ayah aku masa dulu-dulu memang kalah habis. Sebab dorang bercinta depan mak bapak, amik hati orang tua dulu, baru pikat si anak. Sekarang ni? Nak pikat bagi number telefon. Dah la xde nama. Ingat aku ni direktori yellowpages ke? Gentlemen la sikit cik abg oi (macam la die bace blog aku). Taktik mengorat fail la..(ke aku yang susah nk makan umpan pancing?). Tidak pasti untuk soalan itu dan tidak penting. Huh.

~tengahari ni tak kuar lunch pon. Diet? Mungkin.

Wednesday, November 18

Holiday oo Holiday!

Salam semua.

Dah agak lama aku tinggalkan blog ni. Bukan xde idea nk menulis, cuma kemalasan yang melanda. Dua hari lepas sibuk menguruskan calon temuduga kat tempat kerja aku tu. Kesian para graduasi sekarang. Yelah, dengan ekonomi yang masih tak menentu, kerajaan cuma mampu meng'offer'jawatan kontrak. Seperti aku sekarang. Bila la agak nya nak dapat kerja tetap. Rasanya dah banyak jugak kompeni kerajaan n swasta yang aku dah letak resume. Takde rezeki lagi kot..*sigh*

Sepanjang dua tiga bulan ni terlalu banyak perkara yang berlaku. Semua asam garam, pahit manisnya aku dah rasa. Dari hal ehwal kerja, personal dan family. Bukan niat untuk merungut, tp kadang-kadang masalah remeh pun boleh menyebabkan kepala aku ni berdenyut-denyut pikir. Lepas berdenyut, ditambah pulak dengan hangin aku ni. Adeyy..aku ni mmg patut join kelas anger management. Banyak jugak kenangan aku mengamuk kt restoran. Huh. Buruk tol perangai. Nasib korang laa..
Tapi ape-apepun, aku dah try kontrol. Dengan seadanya. Hehe. Kire oke la tu.

Orait la geng. See u in my next post. Nak start buat proposal event. Pening2:P