Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS
Showing posts with label malas. Show all posts
Showing posts with label malas. Show all posts

Monday, December 6

After All This While


Yeah! Kembali ber-blog.
Kawan2 sehat?
Alhamdulillah, saya masih lagi sehat! Dan kuat! Hehe.

Dalam beberapa minggu ni workloads agak memberangsangkan dan memerlukan sepenuh jiwa raga untuk disiapkan. Tak menang tangan dibuatnya. Nasib baik minggu ni ada rilek sikit. Boleh berpoya2 sementara nak menghabiskan kerja. Kan?

Bukan apa, pengajaran buat kerja last minit minggu2 lepas still tak memberikan apa2 kesan. Adeh.. Dah banyak kali dah mcm tu. Lagi lama due date tu, lagi lah lama nak menyentuh kerja tu. 

Masa zaman muda dan gemilang kt UTM dulu, part menyiapkan kerja last minit ni lah yang paling syok. Dah jadik habit. Bila esok due, mlm tu mula lah semangat lain macam je nak siapkan kerja. Walhal dalam keadaan terpaksa. Haha. 

Itu dulu, memanglah syok. Sebab ada geng2 kepala gila sekali join. Sekarang ni?? Kene hadapi semua benda sorang2. Bila due date dah dekat, baru gelabah. Tak tido malam lah, stress lah, makan banyak lah *aik..hehe*, macam2!

Tapi by hook or by crook, kene siapkan jugak. Biarlah tertonggeng, terbalik, tergolek, ter ter apa sekali pun..demi masa depan yang cerah..kene usaha lebih sikittt. Kan? Walaupun tak banyak, tp at least ada usaha. Itu yang penting.

Setakat hari ni, ada 3 tasks yang perlu siap dalam masa 2 minggu. 
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .


Rilek2 dulu..
Jom layan movie. Hehe.



Yang benar,
-Saya yang kekurangan keinsafan-


Saturday, October 9

Selamat malam, semua

11.30pm. Sabtu.

Actually masa ni tengah bersemangat..bersungguh2..berkobar2 mahu menyiapkan yang tertangguh. 

Tapi...
.
.
.
.
.
.
End up dengan menulis blog pulaaaakkkkkk!!

Apa nak jadik la ni. Adui. Pemalas betol! Perangai tak berubah dari dulu. Kalau lah ada ubat rajin jual kt farmasi tu, biar beribu ringgit..aku sanggup beli. Amboi, minah. Ada ke ribuan tinggit tersebut? Kang last minit tuka fikiran, angkat handbag Coach satu. Jgn nak berangan oke!

Disebabkan takde ubat perajin yang dijual..atau lebih tepat lagi, takde duit yang cukup untuk ubat perajin yang beribu..itu sebabnya aku kene gagahkan jua diri ini. Untuk at least..buat2 rajin. Nak tau kaedah buat2 rajin?

Step 1, Jenguk kt dapur..Step 2, minum kopi sikit..Step 3, borak2 ngan mak..Step 4, masuk bilik..Step 5, on laptop..Step 6, mula menaip. 




Dan berfacebook. 
Juga berblog.




Apa kes?

Tido lagi best. Nanite semua. 


-mengharapkan segala kerja yang tertangguh itu siap dalam mimpi-