Anyway, ini antara pose yang dapat aku amek. Kualiti gambar agak mengecewakan. Jangan nak kritik-kritik ye. 3.2MP je. Tak yah la expect lebey2. Cet!


Balik dari Iboi kami naek feri, sebab perjalanan lebih pendek. Dan aku pun taknak lama-lama duduk dalam Hilux ni. Huhu. Aku tak ingat brapa banyak kali dah aku naek feri. Feri kat Sarawak and then feri kat Labuan. Tapi still perasaan tu macam ala-ala sakai jugak la. Haha..ada aku kesah? :P

Nama feri ni Primrose. Cute x?? Ke aku sorang je yang rasa nama tu cute eh? Hm. Mungkin cute untuk sebijik feri (sebijik ke sebuah?) x_X

Famous lak pakcik ni, bila aku post gambar die kat blog aku (Macam la ramai sangat yg baca blog aku ni. Hmmph!). Tapi tak apa, aku cuma nak share kat korang. Betapa hebatnya pakcik ni.

Haa..kagum x? Kat belakang die tu memang sah rambutan berkilo-s. Yang dalam guni kat depan tu aku xsure apa, for sure bukan durian kut. Boleh ke durian?? Hehe..dalam compartment belakang motor tu aku ase ade lagik rambutan. Bravo, pakcik! ^^
Kemudian, kami singgah makan dan gerak balik ke Kuching. Sampai office dalam pukul 4.30pm. Facebook-ing setengah jam, cukup masa, angkat beg, punch kad, turun lif, dan home sweet home:)
P/s: Doorbell moden zaman sekarang: Anjing menyalak. Anjing original oke. Takut x? Aku tak takut. Tapi sempat gak la tutup pintu tu balik. Kalau tak sempat, terbitlah peristiwa site visit dengan kain kurung yang tercarik. Hahaha..
0 komen:
Post a Comment