Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Friday, May 14

Ini memori kami


Tarik nafas...
Hembus nafas...
3, 4...
NYANYI!

Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

( 2 )
Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

( 3 )
Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

(korus)
Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang

(ulang korus)

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

( ulang 2, 3 dan korus )



Korang tahu tak lagu apa tu? Sape dapat jawab dapat tiket bermalam 7 hari 7 malam ke Pulau Sipadan! Hehe.

Ada kenangan kat lagu tu tau. Dah lama aku tak dengar. Baru pagi tadi aku dengar balik sambil nyanyi dalam kereta. Sebab dah memang habit aku. Nyanyi, nyanyi dan nyanyi dalam kereta. Macam radio. Haha.

Percaya tak?

Sebenarnya, aku tak pernah dengar lagu tu since aku berkecimpung dalam 'bidang' menyanyi di dalam kereta. Selalunya aku jadik co-pilot (dan radio) untuk member aku yang sorang nih. Dan selalunya aku akan nyanyi ikut apa saja lagu yang terngiang kat radio time tu.

Nak dijadikan cerita, time kitorang balik dari outing, shopping, usha-usha dan segala macam aktiviti lagi, tiba2 DJ tu mainkan lagu tu. Aku diam. Yang paling terkejutnya, member aku yang tengah driving tadi elok je nyanyi sampai habis. Aku punyalah penat usaha jugak nak ikut nyanyi. Tapi ternyata gagal. Sebab aku memang tak tahu pun lirik lagu tu!

Susah nak percaya! Hehe

Sampai je bilik, aku on laptop, carik dalam internet dan download.
Nyanyi sampai hafal.


***

Pagi tadi, bila aku dengar balik lagu tu.
Aku senyum sorang2.
Credit to Hotfm.

Semangat yang hilang-XPDC :)

Nota kaki busuk: Miss u like hell! (translation: rindu korang macam neraka!! :P)

Tuesday, May 4

Petanda Baek Untuk Sang Kumbang & Bunga

Jom! Hari ni kite terjah info pasal jodoh. Sape tanak tahu angkat ibu jari kaki belah kiri, cepat!

Yelah2, semua nak tahu kan? (Perasan lebih. Cet!)

Oke2. Korang semua pun tahu kan, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Tapi mana kite nak tahu Tuhan dah pertemukan kite dengan jodoh yang sesuai ke belum. Betul tak?

Agak-agaknya soalan yang selalu kat hati korang ada tak yang macam gini...

Contoh nombor 1.
Mampu ke Abang Badul (bukan nama sebenar) nak membimbing aku sampai akhir hayat?

Contoh nombor 2.
Ish. Agak-agaknya, makwe aku, Senah (bukan nama sebenar jugak) tu reti ke jaga makan pakai aku?

Contoh nombor 3.
Risau betul lah. Takut pulak Gg (nama sebenar, opkoz!) tak berkenan pulak dengan  family aku. Huhu

Ala-ala gitu lah korang punyer persoalan hati. Cewah. Contoh je oke. Bukan betul2 pun. Xde kaitan dengan sape-sape. Jadi, skang ni aku dengan niat yang baek, suci lagi murni dan buang tebiat untuk berkongsi sedikit sebanyak maklumat yang aku dapat. Tak banyak. 8 point gitu je. Check it out!

1. Kerjasama. Bak kata DJ HotFM,"Apa yang penting? KERJASAMA!". Hehe. Ni lah rahsia utama untuk memiliki usia hubungan yang berpanjangan. Saling bantu membantu walaupun dalam urusan yang remeh temeh sekalipun. Contohnya kerjasama dalam situasi berat, si pompuan pindah rumah. Lelaki kenalah tolong. Kalau tak tolong banyak, tolong jenguk pun kire lepas la kot. Huhu.

2. Bersikap bersahaja. Atau dengan kata lain, kemampuan si dia menjadi diri sendiri dihadapan kamu. Kadang-kadang ada jugak jenis pompuan yang berselindung kat depan pakwe die. Gelak pun dibuat2. Nak jaga hati kononnya. Nak nyorok adalah kot. Kat depan, die sopan. Tapi kalau kat belakang, tak tau lah nak mention cemana. Kan? Ade ke? Ade ek? Hm..pikir la.

3.Telepati! Haha. Macam aneh kan? Tapi jangan scroll bawah dulu. Baca sampai habis. Pernah tak korang dengan si anu tu hantar SMS sama timing? Kalau ada, maksudnya...korang ni dah mencapai tahap keserasian sehinggakan dapat saling membca fikiran atau menduga reaksi dan perasaan satu sama lain. Untuk situasi tertentu je la, kalau dah setiap kali sama tu...sememangnya aneh sunggoh!



4. Tenang. Ciri-ciri tenang ni maksudnya, korang berasa tenteram tanpa perasaan tertekan walaupun berjam-jam bersama. Melekat tak kira siang malam, tak jugak bosan2. Fuh..petanda baek tu. Kawen la cepat iye. Hehehe :P

5. Selalu ada. Maksudnya bukan melekat macam point kat atas tu. Selalu ada ni macam susah senang, suka duka, pahit manis, masam masin kehidupan korang, die tetap menjadi Ultraman atau yang terbaru sekarang neh, Ironman2. Hehe.
Contoh:
Gegirl: Boboy, anak kucing i dah mati.
Boboy: Takpelah gegirl. Nanti boboy belikan gegirl mumy kucing besar punya. Nak?
Gegirl: *mengangguk dengan confident!*


Di saat emosi korang terganggu, masa korang demam, fail lesen P ke. Cuba ingat balik, rasa-rasanya betul ke die orang pertama yang berada disisi korang? Hmm..

6. Tak peduli sejarah silam. Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia pun tak amik kesah dengan cerita ex-ex korang yang terjun jambatan 3 tingkat disebabkan putus kasih dengan korang. Dalam pada tu, die jugak tak malu-malu nak story mori masa lalunya. Mesti syok kan dapat share2? :)

7. Bersikap terbuka. Ciri-ciri jodoh kamu hendaklah yang menerima apa adanya diri kamu tu. Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangannya. Nobody's perfect. Jadi, penerimaan adalah penting untuk korang hidup bersama.

Contoh:
Sang kumbang sembelit perut. Si bunga pulak janganlah melatah kalau die asyik terkentut je. Ada masanya ko pulak yang kene nanti. Cemana? Hehe.

Contoh lagi:
Abang: Ayang pegi mana tadi? Kenapa lambat?
Ayang: Kan dah msg pagi tadi, ayang jumpa client.
Abang: Mana msg? Takde pun. Ayang jangan nak tipu.
Ayang: Mungkin msg tak sampai kot. Ayang lambat sikit je. Sorry k.
Abang: Hm. Iye kot. Lain kali call je. Takyah msg2. Jom makan.
Ayang: Jom. Abang belanja k:)

Fahami pasangan masing2, ada masanya kite perlu bersikap terbuka dalam situasi tertentu. Kang da kawen, da beranak 3, menyesal tak sudah-sudah. Baru ayat mcm ni terkeluar...
"Laki aku tu tak paham2 ngan aku langsung! Benci!".
Ehem. Tamau la relationship yang end up cenggitu kan? Bersikap terbukalah terhadap pakwe makwe korang oke.

8. Selamat. Memandangkan pakwe korang tu Ultraman, so adakah korang berasa lebih selamat, rasa dilindungi bersamanya dari member korang yang lain? Atau korang rasa yang korang dah takde sekelumit rahsia pun yang korang tak bagitau die. Sume nye dah 100% sharing. Sebab hati korang cakap, "Rahsia aku lebih selamat berada pada Abang Badul". Hehe.

Amacam? Ada peluang? Apa-apa pun, daripada pembacaan aku, jodoh ni terbahagi kepada tiga.
@Jodoh yang ditentukan oleh syaitan
@Jodoh yang ditentukan oleh jin
@Jodoh yang ditentukan dari Allah.

Ala-ala movie Syurga Cinta gitu..Hehe. Jadi, pilihlah jodoh wisely okay.

"Siapa yang paling bisa Memaklumi, Memaafkan dan Memotivasi kita ke arah yang lebih baik InsyAllah, itu jodoh kita"


Setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan. Kalau tak jumpa jodoh kat dunia, berdoalah supaya diketemukan jodoh di akhirat:)



*Info dipetik dari pelbagai sumber*