Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS
Showing posts with label buah ati. Show all posts
Showing posts with label buah ati. Show all posts

Tuesday, May 4

Petanda Baek Untuk Sang Kumbang & Bunga

Jom! Hari ni kite terjah info pasal jodoh. Sape tanak tahu angkat ibu jari kaki belah kiri, cepat!

Yelah2, semua nak tahu kan? (Perasan lebih. Cet!)

Oke2. Korang semua pun tahu kan, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Tapi mana kite nak tahu Tuhan dah pertemukan kite dengan jodoh yang sesuai ke belum. Betul tak?

Agak-agaknya soalan yang selalu kat hati korang ada tak yang macam gini...

Contoh nombor 1.
Mampu ke Abang Badul (bukan nama sebenar) nak membimbing aku sampai akhir hayat?

Contoh nombor 2.
Ish. Agak-agaknya, makwe aku, Senah (bukan nama sebenar jugak) tu reti ke jaga makan pakai aku?

Contoh nombor 3.
Risau betul lah. Takut pulak Gg (nama sebenar, opkoz!) tak berkenan pulak dengan  family aku. Huhu

Ala-ala gitu lah korang punyer persoalan hati. Cewah. Contoh je oke. Bukan betul2 pun. Xde kaitan dengan sape-sape. Jadi, skang ni aku dengan niat yang baek, suci lagi murni dan buang tebiat untuk berkongsi sedikit sebanyak maklumat yang aku dapat. Tak banyak. 8 point gitu je. Check it out!

1. Kerjasama. Bak kata DJ HotFM,"Apa yang penting? KERJASAMA!". Hehe. Ni lah rahsia utama untuk memiliki usia hubungan yang berpanjangan. Saling bantu membantu walaupun dalam urusan yang remeh temeh sekalipun. Contohnya kerjasama dalam situasi berat, si pompuan pindah rumah. Lelaki kenalah tolong. Kalau tak tolong banyak, tolong jenguk pun kire lepas la kot. Huhu.

2. Bersikap bersahaja. Atau dengan kata lain, kemampuan si dia menjadi diri sendiri dihadapan kamu. Kadang-kadang ada jugak jenis pompuan yang berselindung kat depan pakwe die. Gelak pun dibuat2. Nak jaga hati kononnya. Nak nyorok adalah kot. Kat depan, die sopan. Tapi kalau kat belakang, tak tau lah nak mention cemana. Kan? Ade ke? Ade ek? Hm..pikir la.

3.Telepati! Haha. Macam aneh kan? Tapi jangan scroll bawah dulu. Baca sampai habis. Pernah tak korang dengan si anu tu hantar SMS sama timing? Kalau ada, maksudnya...korang ni dah mencapai tahap keserasian sehinggakan dapat saling membca fikiran atau menduga reaksi dan perasaan satu sama lain. Untuk situasi tertentu je la, kalau dah setiap kali sama tu...sememangnya aneh sunggoh!



4. Tenang. Ciri-ciri tenang ni maksudnya, korang berasa tenteram tanpa perasaan tertekan walaupun berjam-jam bersama. Melekat tak kira siang malam, tak jugak bosan2. Fuh..petanda baek tu. Kawen la cepat iye. Hehehe :P

5. Selalu ada. Maksudnya bukan melekat macam point kat atas tu. Selalu ada ni macam susah senang, suka duka, pahit manis, masam masin kehidupan korang, die tetap menjadi Ultraman atau yang terbaru sekarang neh, Ironman2. Hehe.
Contoh:
Gegirl: Boboy, anak kucing i dah mati.
Boboy: Takpelah gegirl. Nanti boboy belikan gegirl mumy kucing besar punya. Nak?
Gegirl: *mengangguk dengan confident!*


Di saat emosi korang terganggu, masa korang demam, fail lesen P ke. Cuba ingat balik, rasa-rasanya betul ke die orang pertama yang berada disisi korang? Hmm..

6. Tak peduli sejarah silam. Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia pun tak amik kesah dengan cerita ex-ex korang yang terjun jambatan 3 tingkat disebabkan putus kasih dengan korang. Dalam pada tu, die jugak tak malu-malu nak story mori masa lalunya. Mesti syok kan dapat share2? :)

7. Bersikap terbuka. Ciri-ciri jodoh kamu hendaklah yang menerima apa adanya diri kamu tu. Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangannya. Nobody's perfect. Jadi, penerimaan adalah penting untuk korang hidup bersama.

Contoh:
Sang kumbang sembelit perut. Si bunga pulak janganlah melatah kalau die asyik terkentut je. Ada masanya ko pulak yang kene nanti. Cemana? Hehe.

Contoh lagi:
Abang: Ayang pegi mana tadi? Kenapa lambat?
Ayang: Kan dah msg pagi tadi, ayang jumpa client.
Abang: Mana msg? Takde pun. Ayang jangan nak tipu.
Ayang: Mungkin msg tak sampai kot. Ayang lambat sikit je. Sorry k.
Abang: Hm. Iye kot. Lain kali call je. Takyah msg2. Jom makan.
Ayang: Jom. Abang belanja k:)

Fahami pasangan masing2, ada masanya kite perlu bersikap terbuka dalam situasi tertentu. Kang da kawen, da beranak 3, menyesal tak sudah-sudah. Baru ayat mcm ni terkeluar...
"Laki aku tu tak paham2 ngan aku langsung! Benci!".
Ehem. Tamau la relationship yang end up cenggitu kan? Bersikap terbukalah terhadap pakwe makwe korang oke.

8. Selamat. Memandangkan pakwe korang tu Ultraman, so adakah korang berasa lebih selamat, rasa dilindungi bersamanya dari member korang yang lain? Atau korang rasa yang korang dah takde sekelumit rahsia pun yang korang tak bagitau die. Sume nye dah 100% sharing. Sebab hati korang cakap, "Rahsia aku lebih selamat berada pada Abang Badul". Hehe.

Amacam? Ada peluang? Apa-apa pun, daripada pembacaan aku, jodoh ni terbahagi kepada tiga.
@Jodoh yang ditentukan oleh syaitan
@Jodoh yang ditentukan oleh jin
@Jodoh yang ditentukan dari Allah.

Ala-ala movie Syurga Cinta gitu..Hehe. Jadi, pilihlah jodoh wisely okay.

"Siapa yang paling bisa Memaklumi, Memaafkan dan Memotivasi kita ke arah yang lebih baik InsyAllah, itu jodoh kita"


Setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan. Kalau tak jumpa jodoh kat dunia, berdoalah supaya diketemukan jodoh di akhirat:)



*Info dipetik dari pelbagai sumber*

Monday, April 26

Bulan 11 ni anniversary kami yang ke-5 :(

Untuk pengetahuan semua, laptop aku rosak. Aaaa! Rasa hiba dan syahdu je bila mengenangkan kawan baek, sehati sejiwa aku yang dah nak masuk 5 tahun tu. Sedih T_T.

Last year, leher laptop patah. Tapi still bleh pakai lagi. 2 minggu lepas, makin nazak pulak. Patah dua-dua leher. Dah tu kalau nak guna kene sandar kat dinding. Tak ke haru je. Aku tanak la salahkan sape2 kat rumah tu, sebab masing2 guna. Tapi masing2 la kene pandai jaga. Huhu.

Malam tadi tengah online, tiba2 die padam. Aku dengan sabarnya, meng-on balik. Tak sampai setengah jam, die shut down lagi. So, aku decide masuk bilik dan paksa pejamkan mata. Tamau ingat dah kesengsaraan laptop tu. Huhu.


Hujung bulan ingat nak ganti baru. Tapi (hmph! ada je tapi) bajet dah larik jaoh..jaohh sangat2. Adehh..kempunan kejap.


"Batu belah batu betangkup, telanlah aku. Aku banyak isiiiii!~", berlari sambil mengesat air mata.



Takpe. Akan ku tanamkan hasrat untuk memilikimu jua. Walaupun bukan di bulan depan, mungkin di bulan2 yang lagi depan.

Dan untuk kamu jugak ye. Ohh..~Kamu sunggoh la memikat hati @_@

Semuanya disebabkan kamu! Dah ada nanti, jadi good boy oke.
Jangan nakal2 tau, nanti i babap :P
Notakaki untuk laptop ku sayang: Walaupun ada pengganti u nanti, u tetap ada dalam hati i. Thank you so much^^

Thursday, February 25

Serius

1. Hari ni dah 25 Februari 2010. Taktau nape aku asyik teringat 25 Disember jerk. Serius. Sampai tulis tarikh pun tertulis '25/12'. Dan serius. Aku tak tahu kenapa.

2. Proses pengumpulan laporan. Wa mau cakap, maaaaannyyyaaaakkkk lipot~~~ oke. Melampau(s).

3. Tadi makan tengahari kat Bombay Masala(h). Hehe. Aku makan nasik campur jerk. Yang lain order nasik beriyani ayam madu. Hamik kau 7 hinggit. Ayam keras. Nasib bek papadom die sedap. Aku tak makan pun. Tapi aku tahu papadom sedap. Ala-ala citer PAPA-Dom gitu. ^^

4. Dah petang sikit, kepala aku mula nyut-nyut. Hmm..bukan sikit punya nyut-nyut. Maaaaaannnyyyaaaakkkk punya nyut-nyut~ Berharap dapat balek rumah dengan cepat dan menggulingkan diri bersama bantal peluk kesayangan di atas katil.

5. Merancang untuk keluar bersama member baik yg sudah lama merantau. Mau makan bersama maybe, berlepak bersama pun maybe.

6. Juga merancang untuk balik ke kampung. Hari Ahad hari baik untuk family aku. Tidak sabar? Oh, sudah semestinya tidak sabar. Sangat-sangat tidak sabar, oke.

7. Opss. Jam 5 sudah? Mari mengemas dan balik! Esok cuti kan? Salam Maulidur Rasul untuk semua geng(s)!

Lebyu all!

Sunday, April 12

He's just not that into you..


Hey, everyone!

Lambat seket mengupdate blog, sbb smlm mmg byk urusan. Mula dari celik mata pkul 8pg sampai la 2pg. Al-maklum la, keje last minit, last2 sendiri tersepit..

Amacam ari ni? Sehat fizikal but mentally ill? It seems not okay, but sound okay. Tak paham? Sebab semua org mengalami masalah kejiwaan. He he..(I really thought I can be kaunselor xbertauliah rite now:) Masalah berlaku bila... orang yang berlebih masalah kejiwaan ni, tuu ha..yg dok kat Tanjung Rambutan tuu..dah ilang paras berpikiran waras. Harap2 kengkawan saya tak la sampai ke tahap tu ye.

Post kali ni, saya nk bg pendapat yg xseberapa ni, tau la, bru je idup 23 tahun. Takkan la sy byk mkn garam lak kot dr korg sume..kalo kt umah, mummy sy mmg xmasak masin2..high blood. Tapi skang, sy cuma nk berkongsi, idea, cdangan, buah fikiran pasal buah ati.

Ha, syok kan kalo ati dah berbuah? Bagus lah. Senang hati. Biarla kasih sayang berpanjangan, jgn setakat perkara remeh yg kecik lg dari semut, berlanjutan sehingga timbulnya salah faham. Dari observation sy sendiri, bercinta ni bukan mudah. Semua aspek kene ambik kira, dari toleransi, kerjasama, amanah, jujur, bermatlamat. Ha, yg last ni penting. Bermatlamat. Skang ni pada 'buah-buah' sekalian, apa matlamat korg bercinta? Of course, majoriti jawab kawen. Semua nk happy ending. Sy pernah berkongsi cerita dari kenalan rapat sy mengenai tips sebelum kawen. Masa bercinta (sebelum kawen) ni lah korg kene slalu bergaduh. Bukan nk suruh korg gaduh ari2..at least skali pun cukup. Kenapa? Sbb ny dengan bergaduh, kapel2 ni akan belajar utk tackle masalah disamping menerapkan nilai2 murni yg sy list kan td tuh. Nanti dah kawen,senang la..InsyAllah.

So, kengkawan..dalam bercinta ni ada ups and downs. Jgn cepat melatah kalo bf/gf tu buat hal ke apa ke..Manusia ni xsempurna. Kita dijadikan berpasang-pasangan untuk melengkapi each other. Blajar memaafkan orang lain, walaupun susah, tp pahala nya besar:)

P/s: Panjang lak post kali nih, tp xpe..sharing is caring! Yeah!