Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Thursday, April 29

Jantungku sayang

Kali ni kita story pasal kesihatan pulak. Boleh?

Mesti ada yang tanya kenapa.
1.Sebab hari ni aku terasa nak story pasal kesihatan.
2.Sebab baru hari ni aku tetiba terperasan aku tak endahkan sangat pasal kesihatan.
3.Sebab suka hati aku, ini blog aku.

Dah terperasan dan tersedar ni, elok la asenye kita share sama-sama. Jadi, berkat dari usaha aku menelaah sejam tadi, inilah yang aku dapat kutip sikit. Aku kopipes je. Korang pepandai lah translate sendiri ye.
 
Here are several easy steps to better heart health:

1. Stop smoking. Ini yang utama tau tak? Kepada kengkawan yang merokok tu, sayangilah heart anda. Lepas tu pulak, die ade cakap pasal sunflower seeds atau koci atau kuaci. Koci berupaya untuk reduce the body’s craving for nicotine. Nak try? Try lah. Tak rugi pun rasanya.

2. Touch and be touched. Many scientific studies have shown that people who were touched lovingly every day had significantly fewer heart problems. Ni atas kajian la ye. Aku tak berani nak komen panjang2. Dalam konteks orang Islam maybe untuk pasangan yang dah berakad nikah sahaja. Selain dari itu, no touching2 loving2 okeh.

3. Eat seaweeds. Mengikut kajian, rumpai laut ni berupaya untuk stabilize blood pressure, regulate levels of triglycerides, phospholipids and cholesterols, menyerap lemak yang terbentuk dalam salur darah. They can restore cardiac efficiency and memanjangkan jangka usia heart muscle, and they encourage a steady heart beat.

4. Eat foods rich in beta-carotenes: Janganlah memandang rendah pada makanan seperti labu, lobak, aprikot, mangga, betik, bayam, sawi, lobak putih. Nak tahu kenapa? Sebab makanan ni mampu untuk mengurangkan risiko penyakit stroke sebanyak 40%. Seaweed pun rich in beta carotene jugak.
5. Eat garlic. Fungsi bawang putih ni ala-ala macam seaweed tadi jugak. Cuma fungsi garlic ni yang buatkan aku tertarik; boleh mengurangkan pertumbuhan platlet yang terkumpul dan bergumpal -> untuk elak stroke. Garlic juga untuk menstabilkan blood sugar levels.

6. Eat foods rich in essential fatty acids (EFA). Maksudnya, pilih makanan yang mempunyai 'Good Fat'. Contoh, Omega-3. EFA support the cardiovascular, reproductive, immune, and nervous systems. The human body needs EFAs to manufacture and repair cell membranes, enabling the cells to obtain optimum nutrition and expel harmful waste products. Mengkagumkan? Huhu.

7. Move! Go for a walk, jump rope, swim, or do leg lifts and arm raises from your bed. However you can do it, do it! Regular exercise is key. (Dah berkarier ni rasa macam makin kurang plak masa untuk exercise. Berkebun tu boleh masuk dalam list exercise tak? hehe)

8. Avoid restrictive diets. Frequent dieting, fasting, binging and purging imbalance your electrolyte levels, causing weakening of the heart muscle and damage to the heart. Yang ni peringatan untuk diri sendiri ye. Diet kena lah seimbang :P

9. Eat as much as you want of: whole grains, vegetables, beans, greens, fruits, fish, seeds, and yogurt. Go easy on: nuts, cheese, and milk. Dutchlady stoberi pun sedap!


Prevention is better than cure. Pernah dengar kan? Jadi, tak salah kalau kite sharing information. Kongsi dengan mak ayah ke, adik beradik ke, ipar biras ke, jiran tetangga ke, makcik timot sebelah office ke, pak salleh kampung seberang pun boleh.

Sharing is caring, and loving jugak (;


Monday, April 26

Bulan 11 ni anniversary kami yang ke-5 :(

Untuk pengetahuan semua, laptop aku rosak. Aaaa! Rasa hiba dan syahdu je bila mengenangkan kawan baek, sehati sejiwa aku yang dah nak masuk 5 tahun tu. Sedih T_T.

Last year, leher laptop patah. Tapi still bleh pakai lagi. 2 minggu lepas, makin nazak pulak. Patah dua-dua leher. Dah tu kalau nak guna kene sandar kat dinding. Tak ke haru je. Aku tanak la salahkan sape2 kat rumah tu, sebab masing2 guna. Tapi masing2 la kene pandai jaga. Huhu.

Malam tadi tengah online, tiba2 die padam. Aku dengan sabarnya, meng-on balik. Tak sampai setengah jam, die shut down lagi. So, aku decide masuk bilik dan paksa pejamkan mata. Tamau ingat dah kesengsaraan laptop tu. Huhu.


Hujung bulan ingat nak ganti baru. Tapi (hmph! ada je tapi) bajet dah larik jaoh..jaohh sangat2. Adehh..kempunan kejap.


"Batu belah batu betangkup, telanlah aku. Aku banyak isiiiii!~", berlari sambil mengesat air mata.



Takpe. Akan ku tanamkan hasrat untuk memilikimu jua. Walaupun bukan di bulan depan, mungkin di bulan2 yang lagi depan.

Dan untuk kamu jugak ye. Ohh..~Kamu sunggoh la memikat hati @_@

Semuanya disebabkan kamu! Dah ada nanti, jadi good boy oke.
Jangan nakal2 tau, nanti i babap :P
Notakaki untuk laptop ku sayang: Walaupun ada pengganti u nanti, u tetap ada dalam hati i. Thank you so much^^

Tuesday, April 20

Gambar suka suki and lebli!


 Mukah Clock Tower!

Happy Hours! I pun melompat-lompat jugak tgk dorg ni maen. Haha

Ni la budak zaman sekarang. Pantang nengok kamera. Peace memang tak tinggal lak tuh.

Dah macam tikus masuk dalam tepung pun tak malu nak posing. Hehe.

Yeay! Murid suka, cekgu pun suka! :D

Ada lagi gambar bebudak neh kat komputer, cikgu-cikgu, mak bapak dorang pun ade sekali. Tapi tak pe lah. Tak yah tayang ek. Sikit-sikit sudeyyy..

sharing is caring, and loving^^

Sunday, April 18

Kerja aku yang best

Hmm..punya la banyak masa satu hari aku spent kat umah, time tengah- tengah malam jugak aku update blog ni. Agak aneh, kan? Aku pun dah tak paham. Tapi tak apalah, just proceed.

Pertama sekali nak bagitahu aku baru je balik traveling. Ada keje sikit kat Mukah.
Hah?
Apa dia?
Kat mana tu?
Kat bumi Mesia jugak.
Takkan aku nak buat event kat Jordon kot. Hehe.

Orang kat sekolah tempat aku buat event tu mmg sporting abes. Leb (love) sesangat kat korang semua. Kalau ada bajet lebih (sambil menghayun-hayunkan bulu mata kuda) boleh lah diteruskan lagi program sedemikian. Kalau ada bajet....Bak kata orang mana entah, No Women No Cry, No Money No Talk.
Yeke? Iyelah kot. Kalau No Guys pulak, jadi No apa pulak ye?

Ni aku nak tempek sikit gambar yang aku snap time event tu. Tak adalah banyak sangat sampai nak buat album kahwin. Boleh jugak nak buat sebenornye, tapi gambor nye maseh dalam laptop kome iye. Memang ghitu le ghupenye..ekekeke..
Dulu kala room mate aku orang perak.
Ipoh mali.
Agak lama jugak dah tak calling calling.
Masing-masing sibuk.
Tak pe. Aku amat memahami.

 Cepat carik mana aku? Kalau dapat aku bagi flying kiss :P

Pengalaman. Itu yang penting. Disamping menikmati juadah sedap dari Mukah. Seperti umai. My feberet itu, you know. Baru seminggu menetap kat situ, sampai umah je tengok-tengok badan dah semakin kembang. Kalau sebulan, mahunya tak muat dah pintu rumah tu dengan saiz badan aku. Adeh...

Cukup asanya beberapa perenggan utk sesi tengah malam ni. Kang kalau aku rajin, aku edit post nih dengan gambar-gambar terbaru lak ye. Mlm ni wifi lembap le pulak. Kasi hangen jek! huh!

Hari isnin baru leh edit. Sebab time tu baru jumpa officemate yang simpan semua gambar tuh. Hehe.
Jom turu! ~.~

Friday, April 9

Sulit dan Persendirian

Adehh..tak menyempat nak update mende alah neh. Busy betuik! Memang multi-task betul la aku. Kalo la ada award Pekerja paling Berkaliber, sudah tentu aku yang paling layak.

Kalau ada lah kan? Huhu.

Nak dijadikan citer, tradisi kat umah aku tuh, kalo ada surat datang kat umah, org pertama yang dapat surat tu akan beriya-iya nak bukak surat yang die dapat. Walaupun surat tu atas nama orang laen. Lebih-lebih lagi kalo ada tules "Sulit dan Persendirian", lagi la orang tu ter-over excited nak bukak. Bukan sekali dua benda ni berlaku, dah banyak kali. Tapi bagus gak, terasa macam ada PA lak kat umah.

Itu la famili yang aku leb sangat-sangat. Hehe.

Surat yang Ayah aku bukak adalah surat panggilan peperiksaan aku esok hari. Berdebar-debar siyot. Preparation? Hmph! Sampai dah leleh-leleh dah otak aku mengadap buku. Fening-fening lalat you know. Kesian lalat. Kasi nama menatang laen la. Fening-fening itek you know.

Kepada semua member-member yang dapat panggilan exam ni, All the best to all of you. And to me too. Aku amat memerlukan sokongan, dan bantuan dari hati ke hati dari korang sumer. (Ayat tak leh blah. haha)

Apa-apa pun, doa itu penting kan?


Sangat penting, sebenarnya T_T
So, jangan lupa doakan aku oke.