Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS
Showing posts with label lovey dovey. Show all posts
Showing posts with label lovey dovey. Show all posts

Tuesday, May 4

Petanda Baek Untuk Sang Kumbang & Bunga

Jom! Hari ni kite terjah info pasal jodoh. Sape tanak tahu angkat ibu jari kaki belah kiri, cepat!

Yelah2, semua nak tahu kan? (Perasan lebih. Cet!)

Oke2. Korang semua pun tahu kan, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Tapi mana kite nak tahu Tuhan dah pertemukan kite dengan jodoh yang sesuai ke belum. Betul tak?

Agak-agaknya soalan yang selalu kat hati korang ada tak yang macam gini...

Contoh nombor 1.
Mampu ke Abang Badul (bukan nama sebenar) nak membimbing aku sampai akhir hayat?

Contoh nombor 2.
Ish. Agak-agaknya, makwe aku, Senah (bukan nama sebenar jugak) tu reti ke jaga makan pakai aku?

Contoh nombor 3.
Risau betul lah. Takut pulak Gg (nama sebenar, opkoz!) tak berkenan pulak dengan  family aku. Huhu

Ala-ala gitu lah korang punyer persoalan hati. Cewah. Contoh je oke. Bukan betul2 pun. Xde kaitan dengan sape-sape. Jadi, skang ni aku dengan niat yang baek, suci lagi murni dan buang tebiat untuk berkongsi sedikit sebanyak maklumat yang aku dapat. Tak banyak. 8 point gitu je. Check it out!

1. Kerjasama. Bak kata DJ HotFM,"Apa yang penting? KERJASAMA!". Hehe. Ni lah rahsia utama untuk memiliki usia hubungan yang berpanjangan. Saling bantu membantu walaupun dalam urusan yang remeh temeh sekalipun. Contohnya kerjasama dalam situasi berat, si pompuan pindah rumah. Lelaki kenalah tolong. Kalau tak tolong banyak, tolong jenguk pun kire lepas la kot. Huhu.

2. Bersikap bersahaja. Atau dengan kata lain, kemampuan si dia menjadi diri sendiri dihadapan kamu. Kadang-kadang ada jugak jenis pompuan yang berselindung kat depan pakwe die. Gelak pun dibuat2. Nak jaga hati kononnya. Nak nyorok adalah kot. Kat depan, die sopan. Tapi kalau kat belakang, tak tau lah nak mention cemana. Kan? Ade ke? Ade ek? Hm..pikir la.

3.Telepati! Haha. Macam aneh kan? Tapi jangan scroll bawah dulu. Baca sampai habis. Pernah tak korang dengan si anu tu hantar SMS sama timing? Kalau ada, maksudnya...korang ni dah mencapai tahap keserasian sehinggakan dapat saling membca fikiran atau menduga reaksi dan perasaan satu sama lain. Untuk situasi tertentu je la, kalau dah setiap kali sama tu...sememangnya aneh sunggoh!



4. Tenang. Ciri-ciri tenang ni maksudnya, korang berasa tenteram tanpa perasaan tertekan walaupun berjam-jam bersama. Melekat tak kira siang malam, tak jugak bosan2. Fuh..petanda baek tu. Kawen la cepat iye. Hehehe :P

5. Selalu ada. Maksudnya bukan melekat macam point kat atas tu. Selalu ada ni macam susah senang, suka duka, pahit manis, masam masin kehidupan korang, die tetap menjadi Ultraman atau yang terbaru sekarang neh, Ironman2. Hehe.
Contoh:
Gegirl: Boboy, anak kucing i dah mati.
Boboy: Takpelah gegirl. Nanti boboy belikan gegirl mumy kucing besar punya. Nak?
Gegirl: *mengangguk dengan confident!*


Di saat emosi korang terganggu, masa korang demam, fail lesen P ke. Cuba ingat balik, rasa-rasanya betul ke die orang pertama yang berada disisi korang? Hmm..

6. Tak peduli sejarah silam. Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia pun tak amik kesah dengan cerita ex-ex korang yang terjun jambatan 3 tingkat disebabkan putus kasih dengan korang. Dalam pada tu, die jugak tak malu-malu nak story mori masa lalunya. Mesti syok kan dapat share2? :)

7. Bersikap terbuka. Ciri-ciri jodoh kamu hendaklah yang menerima apa adanya diri kamu tu. Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangannya. Nobody's perfect. Jadi, penerimaan adalah penting untuk korang hidup bersama.

Contoh:
Sang kumbang sembelit perut. Si bunga pulak janganlah melatah kalau die asyik terkentut je. Ada masanya ko pulak yang kene nanti. Cemana? Hehe.

Contoh lagi:
Abang: Ayang pegi mana tadi? Kenapa lambat?
Ayang: Kan dah msg pagi tadi, ayang jumpa client.
Abang: Mana msg? Takde pun. Ayang jangan nak tipu.
Ayang: Mungkin msg tak sampai kot. Ayang lambat sikit je. Sorry k.
Abang: Hm. Iye kot. Lain kali call je. Takyah msg2. Jom makan.
Ayang: Jom. Abang belanja k:)

Fahami pasangan masing2, ada masanya kite perlu bersikap terbuka dalam situasi tertentu. Kang da kawen, da beranak 3, menyesal tak sudah-sudah. Baru ayat mcm ni terkeluar...
"Laki aku tu tak paham2 ngan aku langsung! Benci!".
Ehem. Tamau la relationship yang end up cenggitu kan? Bersikap terbukalah terhadap pakwe makwe korang oke.

8. Selamat. Memandangkan pakwe korang tu Ultraman, so adakah korang berasa lebih selamat, rasa dilindungi bersamanya dari member korang yang lain? Atau korang rasa yang korang dah takde sekelumit rahsia pun yang korang tak bagitau die. Sume nye dah 100% sharing. Sebab hati korang cakap, "Rahsia aku lebih selamat berada pada Abang Badul". Hehe.

Amacam? Ada peluang? Apa-apa pun, daripada pembacaan aku, jodoh ni terbahagi kepada tiga.
@Jodoh yang ditentukan oleh syaitan
@Jodoh yang ditentukan oleh jin
@Jodoh yang ditentukan dari Allah.

Ala-ala movie Syurga Cinta gitu..Hehe. Jadi, pilihlah jodoh wisely okay.

"Siapa yang paling bisa Memaklumi, Memaafkan dan Memotivasi kita ke arah yang lebih baik InsyAllah, itu jodoh kita"


Setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan. Kalau tak jumpa jodoh kat dunia, berdoalah supaya diketemukan jodoh di akhirat:)



*Info dipetik dari pelbagai sumber*

Tuesday, March 30

Keprihatinan warga Lelaki untuk para Ladies

Topik ini tentu sekali akan buat ramai kaum wanita merasa bengang dan tidak bersetuju tetapi merasakan topik ini perlu dipertengahkan kerana ianya penting dalam mengekalkan keharmonian sesuatu perhubungan.

Wanita mempunyai perangai unik di dalam perhubungan iaitu gemar merajuk dan ‘membuat perangai’. Sikap ini bukan sahaja melanda wanita di usia lingkungan 20-an yang boleh disifatkan sebagai kurang matang, tetapi juga hadir di kalangan wanita yang berusia 30 dan ke atas.

Mengupas sebab-sebab wanita ‘membuat perangai’, dapat meringkaskannya kepada tiga;
  1. Wanita merasakan apabila merajuk, mereka comel
  2. Wanita merasakan apabila membuat perangai mereka akan mendapat perhatian yang lebih daripada lelaki
  3. Wanita merasakan apabila lelaki tahu mereka tidak puas hati, mereka menang dan lelaki akan mengalah kepada tuntutan dan ugutan mereka
Tetapi kebanyakan wanita yang melakukan sikap keanak-anakkan ini tidak perasan bahawa dengan berperangai begitu akan menimbulkan reaksi dan emosi yang negatif di pihak lelaki. Kaum lelaki adalah insan yang ringkas. Mereka lebih sukakan sesuatu yang terus terang, straightforward. Berteka-teki untuk meneka mengapa wajah girlfriend ku / isteriku tiba-tiba mencuka atau memikirkan apakah salah mereka akan menambahkan tekanan yang tidak memperbaiki perhubungan.
  1. Lelaki akan berasa serba salah dan sering tidak begitu tahu apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan.
  2. Lelaki akan mencari jalan untuk tidak berkata benar hanya untuk escape daripada mengalami episod ‘buat perangai’.
  3. Lelaki akan bosan dengan sikap anda dan lama-lama akan bosan dengan perhubungan yang sering mengundang duka berbanding ceria.

Episod merajuk dan buat perangai ini tidak akan muncul di awal-awal perhubungan. Hanya selepas pasangan mengakui perasaan cinta masing-masing dan sudah tidak ada ragu-ragu bahawa lelaki itu dia punya, wanita akan mula ‘menduga’ dengan merajuk dan menuntut perhatian menggunakan cara merajuk dan membuat perangai.
Sebagai contoh, teman lelaki terlupa telefon kerana sedang bermesyuarat. Oleh kerana tidak sabar, teman wanita mendail telefon bimbit berkali-kali dan tiada jawapan. Apabila teman lelaki menjelaskan kedudukannya yang berada di dalam bilik mesyuarat, teman wanitanya tidak akan menerima secara terus tetapi akan menyukarkan lelaki tersebut dengan soalan-soalan yang berbentuk tuduhan yang akan berakhir dengan teman wanita merajuk tak tentu pasal.
Bagi mereka yang sudah berumahtangga, isteri sering cenderung untuk curiga apabila suami keluar berjumpa rakan-rakan. Maka SMS pun bertalu-talu dihantar bertanyakan bila suami nak balik walaupun dia baru sahaja keluar 10 minit. Apabila 15 minit tak balik, telefon pula dengan alasan anak menangis, kepala pening dan sebagainya untuk membuatkan suami balik cepat.
Ini hanyalah dua contoh tetapi pasti mengena ramai pelayar di luar sana. Sikap mengada-ngada wanita dalam perhubungan ini jika keterlaluan akan membahayakan perhubungan. Untuk mengikis sikap ini daripada terus bermaharajalela dalam perhubungan, orang lelaki atau suami perlu tegas membimbing isteri. Kita tidak mengatakan bahawa lelaki atau suami tidak boleh memanjakan isteri atau kaum wanita langsung tidak boleh buat perangai dalam perhubungan, tetapi biarlah munasabah dan jangan kerap berlaku.

Para lelaki harus tegas dalam perkara ini. Memanglah sayang teman wanita dan isteri tetapi jangan sampai isteri yang menjadi nakhoda dalam kapal rumahtangga. Apabila merajuk itu tidak kena pada tempatnya, jangan dilayani. Sikap manusia terbentuk kerana kebiasaan atau conditioning. Apabila merajuk dan dilayan (positif), orang yang merajuk akan melakukannya lagi kerana reward yang diterimanya berpihak kepada apa yang dia mahu.

Apabila kerap tidak dilayan tatkala merajuk kerana perkara-perkara remeh, sikap itu akan cuba diubah kerana dia tidak mendapat reward yang dikehendakinya. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, jangan dilayan apabila teman wanita atau isteri merajuk atau buat perangai kerana perkara yang tidak munasabah.

Kuatkan diri untuk buat muka 10 sen apabila teman wanita atau isteri mula berleter dan membuat perangai dengan lebih teruk lagi. Percayalah keadaan akan menjadi lebih baik apabila isteri sudah faham apa yang ingin anda sampaikan. Namun begitu, jangan melakukan teknik ini tanpa menerangkan terlebih dahulu kepada teman wanita dan isteri. Jelaskan kepada dia kenapa anda tidak melayan apabila dia buat perangai. Dan amat penting sekali untuk anda memastikan bahawa anda tidak melayan dia apabila dia merajuk tak tentu hala.

Satu perkara lagi yang perlu diingat ialah, apabila merajuknya bertempat, jangan lupa pujuk. Bagi kaum wanita pula, merajuk sesekali itu mungkin comel tetapi kalau kerap sekali, memualkan. Put yourself in his shoes dan jadilah orang yang perlu memujuk selalu, tidak menyeronokkan langsung bukan?

Perhubungan yang sihat ialah apabila masalah atau ketidakpuashatian dapat diselesaikan dengan interaksi dan komunikasi antara pasangan. Cakap terus terang dengan teman lelaki atau suami apa yang menyakitkan hati anda, dan cuba untuk menyelesaikannya. Tinggalkan ‘buat perangai’ dan merajuk ini kepada budak belasan tahun yang baru untuk bertatih bercinta.

*****
Artikel ini dipetik dari blogger lain. Dan blogger tersebut telah memetik artikel ini daripada orang lain jugak. Gagal dikesan. Hehe. Yang aku tahu, blogger tu ckp lelaki yang tulis ni. Walaupun artikel ni ditulis oleh seorang lelaki, aku setuju jugak dengan point-point yang die cakap. 

Mane tak nye, contoh yang die kasi tu memang Bull's Eye lah! Hehehe.










Sunday, March 28

You're my daydream, you know?


Corey's eyes are like a jungle
He smiles, it's like the radio
He whispers songs into my window
In words that nobody knows

There's pretty girls on every corner
That watch him as he's walking home
Saying, does he know
Will you ever know?

You're beautiful, every little piece, love
Don't you know, you're really gonna be someone
Ask anyone

And when you find everything you looked for
I hope your life leads you back to my door
Oh, but if it don't, stay beautiful

Corey finds another way to be
The highlight of my day
I'm taking pictures with my mind
So I can save 'em for a rainy day

It's hard to make a conversation
When he's taking my breath away
I should say
'Hey, by the way'

You're beautiful, every little piece, love
Don't you know, you're really gonna be someone
Ask anyone

And when you find everything you looked for
I hope your life leads you back to my door
Oh, but if it don't, stay beautiful

If you and I are a story
That never gets told
If what you are is a daydream
I'll never get to hold, at least you'll know

You're beautiful, every little piece, love
Don't you know, you're really gonna be someone
Ask anyone

And when you find everything you looked for
I hope your life leads you back to my front door
Oh, but if it don't

Will you stay beautiful
A beautiful, beautiful
Beautiful
A beautiful, beautiful?

Oh, but if it don't
Stay beautiful
Stay beautiful

Enjoy tak dengar lagu tuh? Hm..tak puas jugak kalo aku tepek je lagu ngan lirik tu tapi aku tak membebel. So, dengarlah bebelan aku nih. Tak suka, tak apa. Suka-suki je ko tak suka ek.


Motif?
Takde motif.
Cuma hari ini aku terkejut mengetahui bahawa: 
Cinta hanya di mata.
Cinta hanya bila ada di sisi.
Cinta hanya bila ada kefahaman. 


Selalu jugak kite dengar orang cakap, 
"Dah takde kesefahaman, takde maknanya lagi nk diteruskan". 


Ada jugak dialog macam ni,
"Die asyik pentingkan kerja die aje. Lebih baik ktorg putus".


Senang je kan? Hmm...
Tapi kan lebih baek kalau sekiranya hubungan itu diteruskan?


Takde kefahaman, bawak berbincang. Kenapa kefahaman tu dah takde? Mana perginya 'kefahaman' tu sebelum ni?
Pentingkan kerja, pun bawak berbincang jugak. Kalau dah teruk sangat kerja tu, buat jadual waktu, bila time bekerja, bila time bercinta?


Selamatkan perhubungan. Berbincang dari hati ke hati. Tak puas berbincang dalam telefon, set tarikh, masa, kite jumpa kat mana-mana. Itu lebih baek.

Lain lah kalau pasangan tu ckp mcm ni,


"Buat apa nak mengharap pada orang yang dah tak nak kat kite". 


Aduss...pedih, you know?


p/s: Memandai je aku ni kan? Anyway, sharing is caring, and loving^^