Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Saturday, August 22

Moving on with life story


Hari ni dah masuk 1 Ramadhan..
Bulan yg penuh kemuliaan. Sempena di bulan puasa ni, terlebih dahulu sy nak mohon maaf kat semua xkira la sape2..yg pernah kenal ke, yg buat2 kenal ke..tak kesah, yg penting, diri sy sendiri tau kemaafan sy ni ikhlas.

Tang itu la yg payah nye. Ikhlas. Kemaafan hanya diluahkan dari mulut dan bukannya dari hati. Ada benar kata orang, luka di hati akan sembuh, tp parutnya tetap ada. Itu yang kte kene jaga, jgn biar parut tu berdarah kembali. Menjaga hati orang lain ni bukan perkara mudah kan kwn2? Sy yakin, ramai yg berpengalaman dengan kes2 mkn ati berulam jantung. Baik dalam bab cintan cintun, friendship, family problem and etc. Tp xpe, itulah dinamakan pengalaman. Supaya kte sedar akan kesilapan dan ikhlas memaafkan diri sendiri dan orang lain. Sy akui, manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Walaupun kesilapan itu sudah bertahun2 lamanya.

Kebelakangan ini, banyak kejadian yang serasakan menguji keteguhan hati. Tidak dinafikan, jauh di sudut hati ni rasa terkilan. Sedikit terkilan. Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin akan terjadi. Walaupun sekian lama perkara ini terasa takkan ada penghujung. Sy cuma mampu berdoa dan menganggap kemungkinan ada hikmah nya di sebalik kejadian yang berlaku. Sy ikhlas memaafkan. Betul2 ikhlas.

Doa saya untuk kawan2 semua dan diri saya sendiri juga, semoga Ramadhan ini memberikan seribu keberkatan dalam kte mengerjakan ibadah di jalanNya. Untuk renungan kte bersama, Sekecil noda hitam yang terlekat dihati akan seterusnya menggelapkan keseluruhan hati sekiranya tidak disucikan.

Sesungguhnya yg baik itu datangnya dari Allah swt, dan yg buruk itu dtgnya dari saya hambaNya yg serba kekurangan.

~Salam Ramadhan~