Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS
Showing posts with label insaf. Show all posts
Showing posts with label insaf. Show all posts

Monday, December 6

After All This While


Yeah! Kembali ber-blog.
Kawan2 sehat?
Alhamdulillah, saya masih lagi sehat! Dan kuat! Hehe.

Dalam beberapa minggu ni workloads agak memberangsangkan dan memerlukan sepenuh jiwa raga untuk disiapkan. Tak menang tangan dibuatnya. Nasib baik minggu ni ada rilek sikit. Boleh berpoya2 sementara nak menghabiskan kerja. Kan?

Bukan apa, pengajaran buat kerja last minit minggu2 lepas still tak memberikan apa2 kesan. Adeh.. Dah banyak kali dah mcm tu. Lagi lama due date tu, lagi lah lama nak menyentuh kerja tu. 

Masa zaman muda dan gemilang kt UTM dulu, part menyiapkan kerja last minit ni lah yang paling syok. Dah jadik habit. Bila esok due, mlm tu mula lah semangat lain macam je nak siapkan kerja. Walhal dalam keadaan terpaksa. Haha. 

Itu dulu, memanglah syok. Sebab ada geng2 kepala gila sekali join. Sekarang ni?? Kene hadapi semua benda sorang2. Bila due date dah dekat, baru gelabah. Tak tido malam lah, stress lah, makan banyak lah *aik..hehe*, macam2!

Tapi by hook or by crook, kene siapkan jugak. Biarlah tertonggeng, terbalik, tergolek, ter ter apa sekali pun..demi masa depan yang cerah..kene usaha lebih sikittt. Kan? Walaupun tak banyak, tp at least ada usaha. Itu yang penting.

Setakat hari ni, ada 3 tasks yang perlu siap dalam masa 2 minggu. 
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .


Rilek2 dulu..
Jom layan movie. Hehe.



Yang benar,
-Saya yang kekurangan keinsafan-


Friday, July 16

Mistake(s)

halo everyone.

hari ni dah hari jumaat kan? terasa cepat plak masa berlalu. bulan ni, genap setahun dah aku bekerja sebagai pekerjaan yang aku kerja sekarang. hehe. ayat memeningkan betol. tapi betul lah tu kan. kalau ada sesapa yang tak paham tu, sila baca dengan mode perlahan iye.

pagi tadi, aku baru selesai menghadiri interview kat satu department. mula2, naik tingkat 9. lepas tu, urusetia tu cakap kene naik lagi tingkat 19. dah daftar tingkat 19, kene turun balik pulak tingkat 6. nasib baik masalah turun naik tu tak sampai ke tengahari. dah sampai situ..dengan perut lapar dan sakit tekaknya, aku terkejut. sebab ada ujian bertulis. heheh. takde ready apa2 pun sebenarnya. aku main hentam je. 10 minit ujian sahsiah, 40 minit esei. BM ada BI pun ada. hamik ko. aku goreng sampai hangus.

dalam aku menggoreng-goreng tu, aku senyum sorang2. sebab tajuk esei yang aku pilih tu 'sustainable forest management'. tang ayat sustainable tu yang aku senyum. teringat kt sorang lecturer kt utm dulu. hehe. lepas exam, ingatkan dah tak main-main ngan lif lagi. rupanya ada. bilik temuduga kat tingkat 19. hm..napelah lif tak rosak. kalau rosak, boleh lah exercise untuk mengurangkan baby fat yang sedia ada :P

dalam bilik interview ada 4 orang panel. semuanya lelaki. mengancam gitu. nasib baik takde yang muda belia. *ketawa agak2 gatal*. ish. perangai tak senonoh aku jangan dicontohi okayy. hehe.

sesi interview berjalan dengan sedikit insaf rasa dihati. sebelum habis sesi, ada sorang panel tanya,
"ada apa2 pertanyaan?"
aku jawab,
"ya".
sebab aku memang nak tahu kriteria pemilihan untuk candidate yang berjaya. penerangan die cukup panjang lebar. tapi mengenai hal lain. die explain pasal kriteria sikit je. adalah dlm 2 3 baris ayat. lepas tu, die kasi aku taklimat free. yang membuat aku insaf sedikit. yup. sikit insaf dan memberikan kesan yang mendalam.

"Dalam hidup ini, jangan sesekali berhenti mencuba. Walaupun untuk mencuba sekecil mana pun perkara tersebut, cuma jangan berhenti mencuba. Salah silap, itu bukan maksudnya gagal. Kita gagal hanya selepas kita berhenti mencuba. Buat banyak silap, tak mengapa. Itu pengalaman tambahan yang tak ternilai."

Hmm..macam aku gagal je interview kali ni. Kan? Tapi takpe. Aku dah berusaha, dan sekarang aku berdoa dan bertawakal sebab aku dah mencuba sedaya upaya :)


sharing is caring, and loving^^