Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Monday, July 19

Bila rasa pening kepala


Assalamualaikum my friends :)

Entri kali ini agak berlainan daripada yang lain. Takde niat untuk menujukan kepada sesiapa, cuma untuk tatapan dan renungan saya dan kawan-kawan yang sudi membaca okayy.

***

Dalam seharian kita kat rumah, kat tempat kerja, kat restoran tengah makan-makan, kat pasaraya tengah shopping barang dapur dan kat mana-mana lagi lah...kita selalu lupa tentang the do's and the don'ts especially bila masa bercakap. 

Sebagai contoh, saya sendiri, memang lah kadang-kadang main cakap lepas aje kan? Lepas tu baru terpikir. 
"Eh?".
Huhuhu..terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun still boleh U turn, tapi kalau terlajak kata tu memang tak boleh nak guna backspace dah. Kene telan air liur pahit , sambil senyum kambing dan cakap,
"Sorry ek. Aku tak sengaja cakap cenggitu."
Member yang lain pun gelak2. Di hati? Hanya Allah yang tahu.

Kerana mulut badan binasa. Mesti semua orang pernah dengar kan? 
Maksudnya, kerana kata-kata yang kita cakap, badan lah yang menanggung sakit. Kalau ada sesiapa yang tak jelas, Google lah sendiri ye. Dan sebab itu, saya copy pastekan yang kat bawah ini...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir-menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Bukhari & Muslim)
Setiap manusia takkan dapat lari daripada sifat mazmumah. Sifat yang buruk. Saya tak cakap yang saya ni baik. Tapi saya pun manusia jugak. Yang takkan terkecuali pun dari membuat kesilapan. Allah itu maha pengampun. Ada masanya saya tidak redha dengan apa yang telah ditakdirkan. Take a step back dan muhasabah diri. Saya rasa itu yang sebaik-baiknya.
Sifat mazmumah yang membelenggu diri seperti hasad dengki, buruk sangka, balas dendam, takbur dan riak, bongkak dan tidak reda dengan qada dan qadar Allah adalah punca putusnya silaturahim sesama Muslim sehingga menghalang musyawarah ke arah penyelesaian sedangkan itulah yang dianjurkan oleh al-Quran dan as Sunnah.
Habis tu, kalau bukan dari diri kita, tapi influence nya dari luar macam mana pulak kan? Ha, baca yang ni pulak :)
Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: ‘Jauhilah kamu akan sifat dengki kerana sifat dengki akan memakan kebaikan kamu sepertimana api memakan kayu, atau memakan rumput’. – (Hadis riwayat Abu Daud)
 
Pernah dengar tak lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee? Saya pun dah tak ingat tajuk lagunya, tapi ada rangkap salah satu lagu Allahyarham, bunyi nye cenggini,
"Buang yang keruh, ambil yang jernih..lalala".
Maksudnya, ala-ala macam ni,
"Jadikan yang baik itu tauladan dan yang buruk itu sempadan."
Okayy tak? :)
Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa umat Muhammad ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu dzolimu linafsih, muqtasid & sabiqul khairat. Al-Marhum Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi dalam tafsirnya al-Tafsir al-Wasith telah menyatakan dzolimu linafsih ialah mereka yang banyak amal keburukan dari kebaikan. Muqtasid pula mereka yang sama banyak amal baik dan buruknya. Manakala sabiqul khairat ialah mereka yang lebih banyak amal kebajikan dari keburukan.
Huu~ Sesungguhnya yang buruk itu datang dari kekhilafan saya sendiri, dan yang baik itu datangnya dari Allah juga.

Nota kaki: Intipati diambil dari sini.

Sharing is caring, and loving^^

0 komen:

Post a Comment