Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Tuesday, June 15

Masih di sini

Moga sehat sejahtera kawan-kawanku semua:)


Sudah agak lama tak menaip kat sini. Mana nak mula ek? Macam banyak je benda nak dikhabarkan. Tapi takkan semua nak story. Ehem-ehem. Hehe..


Okay2 kita bukak citer satu per satu.


1. Ditinggalkan. Awal bulan ari tu, family aku pergi bercuti. 2 minggu. Ya, aku ulang, aku ditinggalkan oleh family aku yang pergi bercuti selama 2 minggu. Dalam kesadisan itu, ada jugak positive value nya. Nak tahu apa? Aku belajar hidup berdikari. Amat bagus kan? :)

2. Resepi. Aku belajar resepi baru. Kali ni, belajar melalui online recipe. Selalunya, masak main agak2 aje. Tapi tiba2 tergerak nak try online. Nak tau aku try buat apa? Puding Jagung. Pertama kali buat, sedap. Pastu, permintaan meningkat. Buat kali kedua, terlebey manis. Hehe. Sebab sukatan die berubah (math aku teruk la. ampun2).

3. Pekerjaanku. Yep. Event lagi. Kem ICT di SK Buntal. 3 hari berkampung kat sana. Beramah mesra dengan budak2 sekolah. Melihat perangai orang yang lain-lain ragam, lain-lain sifat. Sabar aje lah. Nasib baik aku ni baik. Haih..apa kes? Haha

4. Kucingku. Yeah! Aku ada buah hati baru! Kucing biasa je. Kucing local, yang rendah maintenance, tak payah bawak pegi grooming. Die ni lah yang menceriakan hari-hari aku disamping bau busuk taik nya yang hari2 aku mengadap. Itu je lah yang aku tak tahan. Hadoi. Nama kucing aku tu, Memel @ Cim Pang.

5. Kenduri. Bulan ni aje aku banyak dapat jemputan kawen. Part yang paling best ialah kenangan itu. Walaupun masa aku untuk kahwin lambat lagi, tapi takpe, aku bagi greenlight kat kawan-kawan aku yang lain naik pelamin dulu. Okay! Dan part yang paling tak best, populasi baby fat yang semakin bertambah! Whoah! *sedih*

6. Rezeki. Aku lulus exam SPA yang lepas. Alhamdulillah. Jadi, sekarang ni aku dengan sabar dan tawadduk nya menunggu surat panggilan PAC. Atau interview terus ek? Kurang lah pasti. Huhu. Berdebar-debar jugak lah rasa jantung dan buah pinggang ni. Bukan senang nak berjaya dapat kerja government. T_T

***

Rasanya cukuplah setakat ni dulu entri pembukaan untuk bulan ni. Hohoho.

Senyum selalu!

xoxo

2 komen:

Mamok™ said...

Tahniah sebab lulus SPA..
Saya gagal lagi untuk kesekian kalinya.. ='(

NorGG Idris said...

oh. incik Mamok. timekaseh. xpe. masih muda (dan bergaya) kan? hehe..ada byk peluang lagi :)

Post a Comment