Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Thursday, January 27

Khamis yang aman damai *Love it!*



Oke. Entri minggu ini kebanyakannya akan menggunakan nama hari ye. Harap maklum, tuan penulis takde idea nak buat tajuk apa. 

Tapi...

Serius.

Aku suka hari Khamis. Minggu ini. Jam ini. Dikala ini.

Impian aku. Hari ini. Jam ini. Akan kekal 'panas hingga ke petang'.

Korang paham ke tak neh? Ke angguk2 geleng2 je? Hehe..

Hari ni rilek la..keje tak banyak sangat. Adalah jugak kerja, tapi sikit.

Alhamdulillah. Aku bersyukur. Takdelah penat sangat aku kerja. Otak kurang lenguh dan mampu untuk berfikir secara straight. 

Semalam dah amik mc. Rilek kat umah. Sampai terpikir2, kalaulah hari ni masih sibuk, kerja tak hengat dunia, sampai takde selera nak makan. 

Diet kah? Oh, tidak sama sekali. Itu adalah disebabkan mengejar dateline projek. Teruk sangat ke bunyi nye? I mean, kerja sampai tak ingat nak makan. Huhu.

Balik rumah, jam dah lewat malam. Tengok family semua dah golek2 rilek2 atas katil. Aku baru nak mandi, nak makan. Makan sorang2 pulak tu. 

Minggu yang hectic.

Ini semua permulaan. Nanti dah biasa, takde la perasaan macam ni lagi kan?
Kan kan? huhu.

Solution nya...*apa yang aku dapat pikir sekarang*

Kalau penat, minum Redbull.
Kalau lapar, order mekdi delivery.
Kalau sakit, amik je MC...
.
.
.
.
.
....
Kalau sedih, nangis senyap2 bawah bantal bangun pagi mata bengkak macam zombie masuk kereta driving pergi kerja.

Sedih lagi.


KES 1: EKSPRESI TERLAMPAU PENAT

HARUS KUATKAN SEMANGAT!
Yea.....hhhhh~!


Taknak nampak tired hari2. Biarpun sebenarnya penat. Haruslah diri sendiri memberikan motivasi kepada diri sendiri.

KES 2: EKSPRESI SUPER EXCITED

Moral of the story?

Penat tu biar kita sorang yang merasa. Kalau boleh sorok dalam2. Bukan maksudnya nak pendam sorang2. Tapi nak tunjuk2 tu tak boleh jugakkan? Orang lain pun kerja penat jugak. Lainlah kalau dia tu datang dari planet atau alam ghaib lain. Heheh. 



At least, orang ceria bila nampak kita ceria. 

Ekspresikan dirimu!
YEAH! 

Jom, makan limau :)


Love,

P/S: Rindu Na_niesza. Kempunan lagi nak jumpa minggu ni. Takpe, minggu depan ada lagi :)


sharing is caring, and loving^^

2 komen:

aniz said...

bertabahlah..daku juga kepenatan..aarrgghhhhh!!!!

NorGG Idris said...

jom minum redbull cik aniz! hehe. sedap! jgn sampai addict suda. hehehe

Post a Comment