Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Wednesday, September 15

Diari Raya


Terasa cepat saja masa berlalu..tup tup..dah raya keenam. Betul tak kawan-kawan? Esok cuti. Lusa dah start kerja. Hadoi..!

Kali ni aku nak share kronologi raya aku dari 1st day...

Raya pertama.
Secara tradisinya, raya pertama aku akan beraya di rumah atok belah ayah terlebih dahulu. Lepas bersalam-salaman dengan mumy ngn ayah kt umah, ktorg sefamili bertolak. Umah atok tak jauh, dlm 10 minit dah sampai. Lepas solat Jumaat, ktorg gerak lak ke kampung belah mak. Makan-makan kt rumah kejap. Pukul 4 ptg, kami sefamili ke kampung adik beradik atok belah mak, Kampung Trombol.

Snap-snap sikit. Hehe.

 ~adik beradik smurfs~


~jom balikkk!~

Raya kedua.
Pagi2 lagi dah siap. Hari ni destinasi perjalanan seterusnya ke rumah sedara mara belah ayah ngn belah mak. Hari ini dalam sejarah, aku dapat duet raya! Haha.. Walaupun dua ringgit sahaja, tapi amatlah bermakna!

Snap-snap lagik.

~posing dulu sebelum bertolak~

Raya ketiga.
Plan raya ketiga agak kucar kacir sedikit. Tapi mood beraya dipulihkan semula dengan kehadiran member-member sekolah beraya di rumah. Beraya bersama mereka sebentar, melantak laksa sarawak di rumah Udin. Balik semula ke rumah jam 2 petang, dan diculik semula pada jam 3 petang bersama member Sluse. Balik ke rumah jam 6 petang, dan keluar pada jam 8 malam untuk menjemput kawan di Semariang Baru. Berjalan-jalan dan menonton sampai pengsan!

Tak banyak gambar yang ada..hm..

~kekenyangan~

Raya keempat.
Seawal jam 11 pagi aku dah menapak kat rumah member. Tak sabar nak jumpa. Lokasi seterusnya, beraya di Mekdi dan rumah Makcik Hot. Walaupun Makcik Hot balik beraya di kampung suami, tapi still family die dah jadi part of my family jugak. Terkejut ada baby-cumel-gumuk-2 bln-rambut-hitam-dan-lebat!!

Kyra Azalea (menurut kata adik si Makcik Hot, Yati :)

~bersama member baik~

~lea comel, bulat sunggoh kan?~

Raya kelima open house dan makan-makan. Raya keenam open house lagi, tapi tak larat dah nak masak. Jemput makan biskut dan kek lapis je ye..Hehe.

  • Esok 16 September 2010, Selamat Hari Malaysia to all!
  • Lusa 17 September 2010, Selamat Hari Lahir kepada the-most-handsome-Ayah in the world!
  • Tulat 18 September 2010, exam day. Selamat Maju Jaya to me!

Doakan aku ye, kawan-kawan :)


Friends are like the walls of a house. Sometimes they hold you up, sometimes you lean on them. But sometimes, it's enough to know they're just standing by. 

-dikarang ketika otak sedang ingin merapu ~.~-


0 komen:

Post a Comment