Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS
Showing posts with label sengal. Show all posts
Showing posts with label sengal. Show all posts

Friday, June 18

Sudah tidak ada hati


I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can't be with you like this anymore.
Alejandro.

She's got both hands
in her pockets.
And she wont look at you,
Won't look at you

She hides true love.
En su bolsillo
She's got a halo 'round her finger.
Around you.

You know that I love you boy.
Hot like Mexico, rejoice.
At this point I gotta choose,
nothing to loose.

Don't call my name.
Don't call my name, Alejandro.
I'm not your babe.
I'm not your babe, Fernando.

Don't wanna kiss, don't wanna touch.
Just smoke one cigarette and hush.
Don't call my name.
Don't call my name, Roberto.

Alejandro.
Alejandro.
Ale-ale-jandro.
Ale-ale-jandro. [2x]

(Just stop. Please. Just let me go. Alejandro. Just let me go.)

She's not broken,
She's just a baby.
But her boyfriend's like a dad, just like a dad.
and all those flames that burned before him.
Now he's gonna fight your fight, gonna cool the bad.

You know that I love you boy.
Hot like Mexico, rejoice.
At this point I gotta choose,
nothing to loose

Don't call my name.
Don't call my name, Alejandro.
I'm not your babe.
I'm not your babe, Fernando.

Don't wanna kiss, don't wanna touch.
Just smoke my cigarette and hush.
Don't call my name.
Don't call my name, Roberto.

Alejandro.

***

Aku suka lagu ni. Lady Gaga ni hebat gak aura die kan. Hmm..ok. Cukup pasal lagu. Iklan je lagu tu.

Actually dalam kepala otak aku ni nak cakap, nak teriak, nak bgtau,

"Ada Aku Kesah?!"

Hahaha. 

Bukan nak teriak "Ada Aku Kesah?!" kat lagu ni, apatah lagi kat Lady Gaga. Tapi kat keadaan yang terjadi pada aku sejak tengah malam tadi sampai ke pagi ni. Ase nak mencarut pun ada jugak ni. Tengah bersabar sangat-sangat.

Aku kene kuat!

Walauapa pun yang terjadi, aku tetap akan hadapinya.
Walauapa pun yang die tu akan cakap, aku akan cuba jawab dengan tenang.

Bukan aku nak tunjuk teror, jauh sama sekali. Tapi ini pengajaran buat aku dan die.
Biar die sedar jugak yang "Ada Aku Kesah?!" tu aku memang tujukan khas untuk die.
Sebab itu je ayat yang sesuai untuk orang yang tak paham bahasa. Kalau lah aku ni pandai bahasa Uzbekistanbul sekalipun, ntah2 die pun tak paham jugak.

Payah betul, kan? Huhuu~~

***

Pesanan Penaja: Jangan update blog ketika hati sedang HOT. Dengar hotfm lagi baik. Tapi kat opis aku ni takde radio. Nak dengar thru handphone, earphone lak tertinggal. Nak dgr online, internet mcm taik kambing. Bulat2 gitu

And that's why i'm ended like this-writing the blog. Hmph?!

Friday, May 14

Ini memori kami


Tarik nafas...
Hembus nafas...
3, 4...
NYANYI!

Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

( 2 )
Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

( 3 )
Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

(korus)
Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang

(ulang korus)

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

( ulang 2, 3 dan korus )



Korang tahu tak lagu apa tu? Sape dapat jawab dapat tiket bermalam 7 hari 7 malam ke Pulau Sipadan! Hehe.

Ada kenangan kat lagu tu tau. Dah lama aku tak dengar. Baru pagi tadi aku dengar balik sambil nyanyi dalam kereta. Sebab dah memang habit aku. Nyanyi, nyanyi dan nyanyi dalam kereta. Macam radio. Haha.

Percaya tak?

Sebenarnya, aku tak pernah dengar lagu tu since aku berkecimpung dalam 'bidang' menyanyi di dalam kereta. Selalunya aku jadik co-pilot (dan radio) untuk member aku yang sorang nih. Dan selalunya aku akan nyanyi ikut apa saja lagu yang terngiang kat radio time tu.

Nak dijadikan cerita, time kitorang balik dari outing, shopping, usha-usha dan segala macam aktiviti lagi, tiba2 DJ tu mainkan lagu tu. Aku diam. Yang paling terkejutnya, member aku yang tengah driving tadi elok je nyanyi sampai habis. Aku punyalah penat usaha jugak nak ikut nyanyi. Tapi ternyata gagal. Sebab aku memang tak tahu pun lirik lagu tu!

Susah nak percaya! Hehe

Sampai je bilik, aku on laptop, carik dalam internet dan download.
Nyanyi sampai hafal.


***

Pagi tadi, bila aku dengar balik lagu tu.
Aku senyum sorang2.
Credit to Hotfm.

Semangat yang hilang-XPDC :)

Nota kaki busuk: Miss u like hell! (translation: rindu korang macam neraka!! :P)

Friday, March 19

Life without you is miserable


 *sniff sniff*

Aduii..rindu awak la. Tak paham-paham jugak ke?
Ha, kan aku dah mula merapu...

Harap awak baek-baek kat sane tau.
Yelah, kite jaoh kan?
Sapa suroh awak jaoh.
Kalau dekat kan senang jek.

Tapi..kalau kite dekat pun, susah jugak saya nak kiss hold awak lama-lama.
Nanti ada orang pandang kite semacam. Takot pulak, kan?
Rasa serba salah.

Saya rindu sangat-sangat.
Harap-harap awak pun rindu kat saya.

Awak cakap tak lama, lagi 3 minggu.
3 minggu awak kata tak lama? Hmph!
3 minggu tu 21 hari tau tak.
3 minggu tu 504 jam.
3 minggu tu 30240 minit!
Lama sunggoh..~

Pastu awak pun diam.






Notakaki: Sengkek dah aku neh! Mari mulakan pencarian si suami kaya suga dedi! Ngeee~~ Gaji oh gaji!

Friday, March 5

Jumaat di Bulan Mac

Pagi tadi elok je bangun awal. Dah ready semua, aku tunggu akak aku bersiap kat luar rumah. Main ngan anak-anak aku. Eh, silap. Anak-anak kucing aku. Udah besor semuanya. 6 ekok. Cute. Tapi aku lagi comel la. Gerenti tak dapat lawan lah beb. Baru sebulan lebih umur dorang neh. Tapi aksi-aksi dorang neh amatlah menguji kesabaran daku. Kencing kat lapik kaki, gigit kasut haku, tangkap anak cicak, sampai pokok bunga kat dalam pasu tu pun ranap. Takpe. Maaaaiiiinnn jjjeee..tunggu la korang besar sikit, buat perangai yang sama, maunye penyapu hinggap kat badan tuh. Muahahaha!
~

Dekat tol tadi ada sejibik Viva numbor flat QAS **** tak bergerak masa queue. Bukan kereta rosak mahupun pitam oke. Tapi pemandu tuh tertido. Adeh deh, sedap je die dibuai mimpi. Yelah, tido lewat berjoli, mane tak ngantuk time queue kat tol tuh. Eh Eh, tau je aku kan? Tak elok buruk sangka, kot-kot die qiyam ke bangun pukul 2 3 pagi. Tu yang terover dose ngantuk. Ye ke bang? Alhamdulillah. Hehe.


Cukup masa pi breakfast pulak. Rojak Kuchai. Hanya menjual rojak ayam. Nasi briyani hari Sabtu sahaja oke. Huhu. Takpe lah, esok pepagi aku terpacak dah kat situ. Rasanya kuah rojak ayam tu dah tak very-the-sangat-sedap macam resepi lama la. Syok lg rojak ayam kat Satok tu. Fuhhh~ Itu plan pagi lusa lah.


Lunch tadi kat Singapore Chicken Rice. Kat Sarawak oke. Bukan Singapore. Sedap. Tapi esok kene bersenam lebih. Joging? Hm..plan nk makan nasik briyani lagi? Banyak nya plan. Takpe, lepas joging, baru pegi makan. Berhasil kah diet plan? Haish! Orang dah mula perasan dan sound aku kasi kurus la. Kene start balik nih. Giler lah~


Nota kaki: Handphone kesayangan daku menjadi budak baek suda. Before nih, setting die dual mode. Boleh detect 3G ngan network biasa, GMS. Sejak membuat literature review dan segala macam ujikaji dan analisis, didapati bahawa handphone ku ini sudah tidak dapat menerima line 3G. Sebab tu kalo aku pakai 3G die tak detect. Aneh sunggoh! Skang guna GMS je la. Takleh nak ngedate dah lam tepon. Cet!

Okay. Chows!

Monday, March 1

Arrival of March

Yeehaa!~
Bulan Mac suda kan? Cepat masa berlalu. Macam baru je semalam 25/12. Oke. Aku maseh terpikir tarikh krismas tu. Nape? Tak tahu. Jangan tanya. Huhu.



Mac. Banyak harapan aku terhadap bulan ni. Banyak benda. Harapan untuk masa depan? Mungkin. Aku perlukan sesuatu untuk berpegang dan berpaut. Sesuatu itu hendaklah kuat untuk aku bertahan. Payah sebenarnya. Tapi aku tahu aku mampu. Cuma perlu berusaha.

C: "Dah usaha tapi tak berjaya, macamana pulak?"
H: "Usaha lebih gigih!"
C: "Baekkkk.."


Kata orang, tak berjaya sekali tak bermaksud tak berjaya selamanya. Ikut takdir, rezeki lagi. Semua kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Jangan mentah-mentah salahkan nasib. Tapi salahkan dulu diri sendiri.

C: "Menyesal lah pulak. Kan tak elok?"
H: "Memang pun, daripada kita sesalkan nasib. Tiada siapa yang dapat mengubah nasib melainkan diri sendiri"
C: "Yelah, dah puas berusaha. Nak ubah nasib. Macam-macam cara dibuat. Masih jugak tak dapat"
H: "Pasrah dengan ketentuan Allah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan"
C: "Baekkkk.."

Telinga asyik kene khutbah je.
Kesian.

Kesimpulannya? Berusaha! Dan berusaha! Dan usaha lagi!

Jangan lupa doa dan tawakal:)

1. Mencari kerja bes lagi lumayan! (PENTING! OK.)
2. Mendapatkan sponsor handphone baru. (Yay!)
3. Menahan diri daripada ber-fb ketika Earth Hour. (Sebab tu perlu handphone baru^^)



Hehehe ^_______^

PEACE!

Nota kaki: Aku lebih prefer perkataan 'tak berjaya' daripada perkataan 'gagal'. Agak menyentuh hati sikit word yang pertama tuh. Uu~

Monday, February 22

Pingu

Tajuk Utama : Pingu Dikesan



Aku jumpa gambar nieh kat album kawan aku. Kawan ke? Kenalan saje kot. Aku suka tgk gambar-gambar yang die shoot. Amat menawan dan tertarik, oke.

Berbalik kepada gambar neih, aku tanak repost balik kat FB. Kang ada yg cakap aku ciplak. (Repost kt sini pun mcm lebeh kurang ciplak gak kan? Alamak) Takpe lah, niat aku repost neih baek. Untuk tatapan kengkawan yang sedang berduka lara, numb dan sebagai macam sakit tuh. *ampun kepada sesapa yang berkenaan, sesunggohnye saya amat bersalah, tapi baek hati* (Apakah??).

Cumel kan? Macam hanger dah anak die pakai sweater tuh. Huhu. At the positive side, die tanak anaknya berpanas. Siap kasi pakai spek lagi kan? Tangan lak berjuntai. Hehehehe:D

1st time aku tengok gambar neih, aku gelak sampai meleleh air mata. Tapi kene kontrol gak ler..hehehe.

Korang lak apa macam? Any comment? :)

Monday, January 25

The beauty of 'takde-bende-nak-pikir'

Sejak kebelakangan ni, aku rasa ter-kering idea untuk menulis. Kadang-kadang tu ada, tapi tak tahu nak buat ayat starting.

Hari ini aku nekad. Aku nekad mahu berkongsi cerita. Nak tahu tak cerita apa? Sudi-sudikan lah jari tu scroll dan baca sampai habis. Scroll dan baca tau, bukan scroll aje. Ada paham? Lagipun, FOC (Free Of Charge). Takde cukai dikenakan.

Before tu, aku nk intro sikit. Entri ni dibuat special untuk geng-geng aku. Yang merasakan dirinya perempuan, isteri, ibu, nenek dan yang sama waktu dengannya. Kepada yang merasakan dirinya lelaki, suami, ayah, atok dan yang sama waktu dengannya, pun juga dialu-alukan sekali. Dah namanya FOC, kan? :)

***

Wahai Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Wahai Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Wahai Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.



***

Entri ini di-post ketika otak aku tiba-tiba terfikir pasal tanggungjawab. Tanggungjawab aku sebagai seorang anak, kakak, adik, kawan, bakal isteri, bakal ibu, bakal nenek (Fuh, banyak). Itupun masih kira separuh tanggungjawab, kalau diikutkan tanggungjawab kt tempat keja, untuk negara, ibu pertiwi, nusa bangsa. Ha, sudah. Tamau pikir. Hu hu..

Serabutkan aku ni? Mesti korang cakap, "Itupun mau pikir kah? Sikit-sikit sudahlah wei!". Amboi, amboi. Banyak cantik muka korang nak ngate aku. Kan awal-awal dah ckp td, aku terpikir je. Dah xde mende lain nk pikir kut. He he^^.

Aku pun tidak sempurna mana. Bukan full-time muslimah lagi. Kadang2 ter-pakai jugak baju ketat, ter-sembur jugak minyak wangi, ter-pakai jugak make-up, ter-pandang jugak lelaki hensem.Aku manusia biasa. Yang masih belajar.

Takpe, muhasabah diri. Kalau tak, bila lagi kan?

Kan. *Insaf mode*

Baca selanjutnya di sini!

Thursday, January 21

Undefined

*sigh*

-start of post-

Bila masalah dtg bertimpa2, bila hati rasa remuk, bila fikiran jadi kusut, sila jgn panik. Tarik nafas dalam2.

*sniff in*

dan lepas perlahan2..

*sniff out*

dan TADA!!!!

Hello, people!
Good Morning!
Pagi2 kena ceria.
No good kalo bad mood.
Ye Kan?

Ye kan aje.

Iyelah, masalah kalau terlebih pikir mesti jadi makin besar. Tapi kalau xpikir, pun susah jugak. Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Yang penting, kene selesaikan dengan cara bijak. Tak perlu gopoh-gopoh. Tak de penalti pun, tak de sapa-sapa yg berani saman. Jangan menyesal pulak kemudian hari bila masalah selesai dengan cara yang tak betul.

Aku ni memandai je nasihat. Tapi kadang-kadang cenggitu jugak. Serabut jugak kepala hotak ni dengan hal keja, femili isu, personal problem.

Ade ke manusia tanpa masalah? Kalau ade, meh kasi aku number phone die. Nak tanye betul ke die tu manusia? Ntah-ntah 'entiti' alam lain kut. Heheh!

Baiklah. Last word.

Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali.

Betul ke? Tak betul tak betul. Yang betul nye, mcm ni..

"Buat baik berpada-pada, buat jahat kat orang yang buat jahat kat kita".

Tolong jangan saman statement di atas. Itu hanya personal quote aku, dari pengalaman aku sendiri. Tak puas hati, tak apa. Aku tak amik kisah.

Hmph! Ter-emo la pulak. Hehe.




Gambar tu tanye apa mood aku ari nih.
Aku pilih undefined. Tak de dalam list. Korang pulak?

Hmm...

-end of post-

Klik sini!

Saturday, January 2

Cerita semalam dan esok

Hari ini aku bisu, tetapi hati masih tegar.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Hari itu,

Girl: Sy nak break ngn awk.
Boy: Agak2 la kalau nk break. Sy pg toilet je td. Sbb tu tak dpt nk angkat phone.
Girl: Sy dah penat, bosan. Hari2 gaduh.
Boy: Marah lg?
Girl: Awk rasa?
Boy: Jgn la mcm ni. Awk kene fhm mcmana keja sy.
Girl: Cuba nk fhm.
Boy: Habis tu? Marah lagi?
Girl: Sy tetap dgn keputusan sy.
Boy: Sy sygkn awk.
Girl: Sy xcintakan awk, ok.

Hari kemudian,

Boy: Sy syg awk. Tapi sikap awk semakin hari semakin berlainan.
Girl: Apa yang berlainan?
Boy: Awk suka marah-marah.
Girl: La, kecik hati ke pasal hal tadi? Xde apa lah. Lupa kan k?
Boy: Hm..dah mkn?
Girl: Dah.
Boy: Mkn apa?
Girl: Nasik. Ada ka org mkn batu?
Boy: Sy tnya je.

Hari sebelumnya,

Boy: Sy plan nak ke sana. Februari. Hujung bulan.
Girl: Dah confirm ke?
Boy: Dah. Tgl nk dptkan tiket je lg kt member tu.
Girl: Ayah ibu kasi ke?
Boy: Xjadik masalah. Nk jumpa awk.
Girl: Fine.
Boy: Fine je?
Girl: Nape?
Boy: Xde apa. Hm..


***

CINTA tak pernah meminta, ia sentiasa memberi.
CINTA membawa penderitaan, tp tak pernah bdendam, dan tak pernah membalas dendam.

Jika hati mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tiada disisi.

CINTA datang pada yang masih mempunyai harapan walaupun telah dikecewakan.
CINTA datang pada yang masih percaya, walaupun telah dikhianati.
CINTA datang pada yang masih ingin mencintai, walaupun telah disakiti.
CINTA datang pada yang mempunyai keberanian dan keyakinan utk mendapatkn kembali kepercayaan.

Sedih rasanya bila bertemu seseorang yg sangat bererti, tapi pada akhirnya menjadi tidak bererti & terpaksa membiarkannya pergi.

Hati ini sgt rindukan dia, dan bila difikirkan hati menjadi hancur.

Kadangkala kita tidak menghargai org yg mencintai kita sepenuh hati, sehinggalah kita kehilangannya.

Bercinta memang mudah. Utk dicintai jugak memang mudah. Tapi utk dicintai oleh org yg kita cintai itulah yang paling sukar diperoleh.

(dipetik dari sini)

***

Aku tahu entri kali ini agak-agak sengal dan berterabur. Aku pun main taram je tulis, pastu kopipes (copy and paste). Kepada sesapa nak baca, bacalah dan fikirlah. Aku malas nk kupas satu-satu pengertian dari ayat-ayat yang ada. Kepada yang malas nk baca, xpe. Aku tak kesah dan tak amik kesah untuk kesah kan kesah ngko. Ngerti?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, December 29

Long Hols'..hoyeh hoyeh!

Lama jugak tak meng-post entri terbaru. Skang aku tengah bercuti. Hm..time cuti macam lagi susah je nak dapat idea. Bukan apa, gambar aktiviti seharian banyak lagi tak upload dari camera phone. Al-maklumlah, malas itu masih melekat dalam jiwa. Kalau diikutkan ade je USB, tapi..hm..ade je tapi. Ye tak?

Ye kan aje.

Takpe lah, sekadar berkongsi serba sedikit aktiviti aku sebelum ini. Aku laratkan jugak jari-jemarian ini menaip.

...

1. Hari terakhir aku berada di office pada tahun ini. 24 dec lepas, aku makan tengahari dengan member se-office. Nak tau kat mana? Ha, menjamu selera dengan makanan peberet haku. Sushi @ Yukumi Sushi! Sed en mur (Sedap dan murah). Jangan risau. Ditanggung halal oke.

Aku rasa-rasa macam kenal je empunya kedai. Kita pernah jumpa? Tapi dimana ya??

...

2. Birthday adik laki aku yang ke 22 on 25 Dec. Takde hot party gila-gila wit the geng, cuma bersama femilitos sahaja. Menggumukkan diri ke Pizza Hut. Yey!

Makcik Hot: Sayang baby fat..
Pakcik Perasan Hebat: Dadih sehat..
Aku: Nak buat cemana. Genetik.

Haha^^

...

3. Hujung minggu diisi sepenuhnya dengan berkebun dan bercucuk tanam. Real life punya tau, bukan barn buddy punya. Hasil aktiviti tersebut, kesengalan pinggang dan kegelapan kulitku amat menyerlah dan terserlah sekali. Agak-agak sebesen losyen Nivea tu dapat tak mengembalikan kecerahan kulit?

Boleh kot. Kene usaha lebih. Apa kata, try mandi and minum sekali?

...

Aku tahu mungkin ade yang tak puas hati dengan adenye entri tapi takde gambar. Xpelah..karang aku edit la balik, tarok gambo manyak2. Sabo ye gengs.

Cau cin chaows!

Saturday, December 5

Sengal

Ada cerita yang aku ingin kongsi sekali kat semua. Tapi aku tak pasti, kalau aku cerita apa jugdement yang korang akan buat. (Dah namanya penulis blog, mesti lah ada orang judge kita, ye x?).

Entah.

Yang pastinya, aku dah decide.

Tak nak cerita. Sekian.

Cuma aku nak bagitau yang aku H.A.P.P.Y. Dan sebab musabab untuk aku berasa sedemikian, hmm..oke. tak nak cerita. hehe.