Pagi tadi elok je bangun awal. Dah ready semua, aku tunggu akak aku bersiap kat luar rumah. Main ngan anak-anak aku. Eh, silap. Anak-anak kucing aku. Udah besor semuanya. 6 ekok. Cute. Tapi aku lagi comel la. Gerenti tak dapat lawan lah beb. Baru sebulan lebih umur dorang neh. Tapi aksi-aksi dorang neh amatlah menguji kesabaran daku. Kencing kat lapik kaki, gigit kasut haku, tangkap anak cicak, sampai pokok bunga kat dalam pasu tu pun ranap. Takpe. Maaaaiiiinnn jjjeee..tunggu la korang besar sikit, buat perangai yang sama, maunye penyapu hinggap kat badan tuh. Muahahaha!
~
Dekat tol tadi ada sejibik Viva numbor flat QAS **** tak bergerak masa queue. Bukan kereta rosak mahupun pitam oke. Tapi pemandu tuh tertido. Adeh deh, sedap je die dibuai mimpi. Yelah, tido lewat berjoli, mane tak ngantuk time queue kat tol tuh. Eh Eh, tau je aku kan? Tak elok buruk sangka, kot-kot die qiyam ke bangun pukul 2 3 pagi. Tu yang terover dose ngantuk. Ye ke bang? Alhamdulillah. Hehe.
Cukup masa pi breakfast pulak. Rojak Kuchai. Hanya menjual rojak ayam. Nasi briyani hari Sabtu sahaja oke. Huhu. Takpe lah, esok pepagi aku terpacak dah kat situ. Rasanya kuah rojak ayam tu dah tak very-the-sangat-sedap macam resepi lama la. Syok lg rojak ayam kat Satok tu. Fuhhh~ Itu plan pagi lusa lah.
Lunch tadi kat Singapore Chicken Rice. Kat Sarawak oke. Bukan Singapore. Sedap. Tapi esok kene bersenam lebih. Joging? Hm..plan nk makan nasik briyani lagi? Banyak nya plan. Takpe, lepas joging, baru pegi makan. Berhasil kah diet plan? Haish! Orang dah mula perasan dan sound aku kasi kurus la. Kene start balik nih. Giler lah~
Nota kaki: Handphone kesayangan daku menjadi budak baek suda. Before nih, setting die dual mode. Boleh detect 3G ngan network biasa, GMS. Sejak membuat literature review dan segala macam ujikaji dan analisis, didapati bahawa handphone ku ini sudah tidak dapat menerima line 3G. Sebab tu kalo aku pakai 3G die tak detect. Aneh sunggoh! Skang guna GMS je la. Takleh nak ngedate dah lam tepon. Cet!
Okay. Chows!
Friday, March 5
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment