Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Monday, January 25

The beauty of 'takde-bende-nak-pikir'

Sejak kebelakangan ni, aku rasa ter-kering idea untuk menulis. Kadang-kadang tu ada, tapi tak tahu nak buat ayat starting.

Hari ini aku nekad. Aku nekad mahu berkongsi cerita. Nak tahu tak cerita apa? Sudi-sudikan lah jari tu scroll dan baca sampai habis. Scroll dan baca tau, bukan scroll aje. Ada paham? Lagipun, FOC (Free Of Charge). Takde cukai dikenakan.

Before tu, aku nk intro sikit. Entri ni dibuat special untuk geng-geng aku. Yang merasakan dirinya perempuan, isteri, ibu, nenek dan yang sama waktu dengannya. Kepada yang merasakan dirinya lelaki, suami, ayah, atok dan yang sama waktu dengannya, pun juga dialu-alukan sekali. Dah namanya FOC, kan? :)

***

Wahai Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Wahai Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Wahai Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.



***

Entri ini di-post ketika otak aku tiba-tiba terfikir pasal tanggungjawab. Tanggungjawab aku sebagai seorang anak, kakak, adik, kawan, bakal isteri, bakal ibu, bakal nenek (Fuh, banyak). Itupun masih kira separuh tanggungjawab, kalau diikutkan tanggungjawab kt tempat keja, untuk negara, ibu pertiwi, nusa bangsa. Ha, sudah. Tamau pikir. Hu hu..

Serabutkan aku ni? Mesti korang cakap, "Itupun mau pikir kah? Sikit-sikit sudahlah wei!". Amboi, amboi. Banyak cantik muka korang nak ngate aku. Kan awal-awal dah ckp td, aku terpikir je. Dah xde mende lain nk pikir kut. He he^^.

Aku pun tidak sempurna mana. Bukan full-time muslimah lagi. Kadang2 ter-pakai jugak baju ketat, ter-sembur jugak minyak wangi, ter-pakai jugak make-up, ter-pandang jugak lelaki hensem.Aku manusia biasa. Yang masih belajar.

Takpe, muhasabah diri. Kalau tak, bila lagi kan?

Kan. *Insaf mode*

Baca selanjutnya di sini!

0 komen:

Post a Comment