Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS
Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Saturday, October 30

Yours Faithfully



Penat melampau!

Hari ni ada event kat Padang Merdeka Kuching. Pagi-pagi lagi dah bgn..balik umah dah dekat tghanri, dah tu rehat kejap je. Tak sampai sejam. Mandi, makan, nap 10 minit, pastu drive ke Kota Samarahan. Malam lak ada family gathering kat rumah nenek. I makan sikit je tau. Bukan sebab makanan tak sedap, tapi sebab terlampau penat. Hukhuk!

*Huarrgghhh*

Ngantuk sangat-sangat. Nak tido dah. Selamat malam :)


 
P/S: Selamat hari lahir, Misznad sayanggg. I lebyuh!


sharing is caring, and loving^^

Wednesday, July 21

Bitter/Sweet Words of Love


Halo geng-geng sekalian,

Ini cerita orang tua. Semalam ulangtahun kelahiran aku yang ke 14. Eh silap, 24. Happy Birthday to Me! Hehe.


Aku dah mula dapat wish birthday sejak hari Isnin lagi. Kawan aku yang pertama kali wish ialah misznad. Advance giler. Tu sebab aku sayang kat ko nad. Bukan sekadar ko buat teh O seteko yang sedap malam-malam buta kita pillow talk. Hehehe.

Teringat zaman-zaman kat UTM dulu. Sambut birthday basah kuyup. Kuar makan ramai-ramai, dinner kat Oldtown minum white coffee. Rindu giler ngan korang. Memang lain macam lah birthday aku tahun ni. Lain sangat-sangat..hmm.

Anyway, malam tu, adik aku buat begedil special. Kene pulak dengan aku yang giler kentang. Syok tak terhingga! 

Tahun ni jugak dapat lovely cards and gift dari member2. Thanks to makcik-makcik hot diya and na_niesza.

Syukur Alhamdulillah, aku dikelilingi oleh families and friends yang menyayangi aku. Mudah-mudahan segala yang kita lakukan akan diberkati dan segala yang kita hajati akan dimakbulkan. Amin :)



"If someone you love hurts you and you cry a river, built a bridge and get over it."

Thursday, March 18

Moodest! = Mood+Best!

Ehem!

Tak tercapai akal ku untuk menulis. Mood bercampur aduk agak nya. Happy kah? Sedih kah? Excited kah? Kenyang? Haik! Kenyang itu mood kah? Haha.

8 Mac yang lalu, birthday adik aku yg ke 17 tahun. Ni ha aku tempek sikit gambor die kt cni. Pi mamam pitza sefemeli. Syiok! Makan kan, mestilah syok habes^^



Anyway, aku baru aje selesai menjawab Mtest minggu lepas. Senang? Takla senang sangat. Susah? Pun takla susah sangat. Al biasa la, dah namanya test. Ada susah dan senang nya. Cuma aku kesempitan masa nak menjawab. Main taram je jawab. Nasib baek objektif. Yang penting aku dah usaha, berdoa dan tawakkal. Fuh!

Lepas test tu aku mem-format balik otak yang seminggu penuh study bermati-matian. Menjenguk MBO dan berdating bersama Mad Hatter! Sila rujuk tempekan gambar di atas. (Mad Hatter di tengah, oke) Alice in Wonderland 3D. Grafik yang cantik. Cuma jalan cerita yang agak mendatar dan mudah kita nak guess apa yang akan jadik lepas tu. Hmm..tapi overall Ok la jugak. Red Queen kepala beso, kucing kaler turqouise nama Cheshire the grinning cat, tangan white Queen yang meliuk lintuk, make up Mad Hatter yang tebal, Tweettledee & Tweetledum yang kelakar, Catterpillar kaler blue isap shisha..haha.

Hari tu, memang aku enjoy sakan. Perabeh duit sume, walhal gaji bulan ni lambat lagi nak kuar. Merana jiwa raga. Makan nasik bubur aje lah. Kirim salam saja pada pitza. Hohoho~


Notakaki: Hidup ini jangan kuat berangan. Sekian.

Tuesday, December 29

Long Hols'..hoyeh hoyeh!

Lama jugak tak meng-post entri terbaru. Skang aku tengah bercuti. Hm..time cuti macam lagi susah je nak dapat idea. Bukan apa, gambar aktiviti seharian banyak lagi tak upload dari camera phone. Al-maklumlah, malas itu masih melekat dalam jiwa. Kalau diikutkan ade je USB, tapi..hm..ade je tapi. Ye tak?

Ye kan aje.

Takpe lah, sekadar berkongsi serba sedikit aktiviti aku sebelum ini. Aku laratkan jugak jari-jemarian ini menaip.

...

1. Hari terakhir aku berada di office pada tahun ini. 24 dec lepas, aku makan tengahari dengan member se-office. Nak tau kat mana? Ha, menjamu selera dengan makanan peberet haku. Sushi @ Yukumi Sushi! Sed en mur (Sedap dan murah). Jangan risau. Ditanggung halal oke.

Aku rasa-rasa macam kenal je empunya kedai. Kita pernah jumpa? Tapi dimana ya??

...

2. Birthday adik laki aku yang ke 22 on 25 Dec. Takde hot party gila-gila wit the geng, cuma bersama femilitos sahaja. Menggumukkan diri ke Pizza Hut. Yey!

Makcik Hot: Sayang baby fat..
Pakcik Perasan Hebat: Dadih sehat..
Aku: Nak buat cemana. Genetik.

Haha^^

...

3. Hujung minggu diisi sepenuhnya dengan berkebun dan bercucuk tanam. Real life punya tau, bukan barn buddy punya. Hasil aktiviti tersebut, kesengalan pinggang dan kegelapan kulitku amat menyerlah dan terserlah sekali. Agak-agak sebesen losyen Nivea tu dapat tak mengembalikan kecerahan kulit?

Boleh kot. Kene usaha lebih. Apa kata, try mandi and minum sekali?

...

Aku tahu mungkin ade yang tak puas hati dengan adenye entri tapi takde gambar. Xpelah..karang aku edit la balik, tarok gambo manyak2. Sabo ye gengs.

Cau cin chaows!

Tuesday, December 22

1234567. Sekian.

Tak dilupakan ucapan Happy Birthday untuk adek aku aka my sleeping partner, Ejort Midori Idris. Yang ke doploh on 21st Dec lepas. Udah tua dah ya. "Jangan nak berolah agik", kata Syafiq Qawiem. Wahai Syafiq cousin-ku, sikda nya berolah gik koh. Bujat ajak ada lah. Ekekeke~


Si specs-ky tu la birthday girl yang berkenaan. Kat tengah tuh, Syafiq. Yang sorang lagik tu adik bungsu haku.


Dan (ermm..), Mari Mencantas Cerita. Jom, Bebeh!

1. Minggu lepas aku sempat berjalan-jalan dengan kawan se-office. Ada orang belanja makan. (Cet! Laju je kan, kalau ada yang murah hati nak blanja). Thanks vevery muchie to Wahyu. Sorry le sy idak le dapat join meng-Avatar bersama kalian. Tetibe dapat imejensi kol dari bunda tersayang. Hoho^^



2. Imejensi ke panggilan itu? Hm. Bunda mengajak aku shopping make-up. HOYEH! Happy mode balik. And I got new shades of eyeshadow *luv luv*

3. Hujung minggu diserikan lagi dengan aktiviti kenduri kendara. Oleh sebab ayahanda mendapat invitasi kahwin di tempat lain, maknanya aku kene la meneman bunda ke majlis kahwin saudara di tempat yang lagi satu. Konklusinya;
suasana=meriah.
makan=daging kicap boleh tahan sedap.
bunyi-bunyian=memang tak boleh tahan bingit karoke tak hingat dunia.
keadaan tempat makan=tanah becak! oh, heels ku. dah tak nampak dah keputihannya. Sabor jo la.

4. Malam tadi akak aku balik dari KL. Ada tudung baru untuk di-try. I LIKE! And plus, I got new external hardisk! Jap, new ka? Actually, die gantik jek. Ok la tu. Baru jugak kan? Kan:)

5. Next week aku cuti seminggu, tapi tengah berpikir-pikir plan nak buat apa. Belajar cooking? Buat kek? Atau sekadar meng-weight-kan tubuh badan. Any cadangan bernas? Hoho^^

6. Aku plan next year aku nak sambung belajar. InsyAllah. Itu semua dalam perancangan. Yang menentukannya tentulah Maha Kuasa. Doa-doa kan ek.

7. Banyak preparation nak buat. Preparation apa? TET! Gagal dijelaskan disini. Sila tinggalkan pesanan sekiranya mahu mengetahui dengan lebih lanjut.

Sekian. End of cantasan cerita.

Chup Chup!! Ni ada 'amazing words yang aku nak share ngan korang.



Motif? (Hmm..)

Saturday, December 19

Pengguna Maxis Postpaid (posped)

Entri kali ini special made for my best friend (best ke?? hehe). Yela, Ariff the birthday boy. Sudah semakin tua pakcik itu. Nak tengok ke gambar jejaka macho yang sudah meningkat usia itu? Oke2. Sila scroll ke bawah ye.



Ehhh!!! Silap2. Serupa tapi tak sama. Kat bawah ni baru gambar yg asli(ampun, ampun^^)



Ha, cumel x? Cumel lagi jam die tuh. Hehe.

Kami berkawan sejak tahun pertama semester 2 di UTM. Satu kumpulan ukur. Die ni memang juara datang lambat. So, pagi tu kalau ade kelas ukur aku secara tidak langsung melantik diri sendiri menyandang jawatan alarm clock.

Tapi...Itu semua kisah lama. Sekarang alhamdulillah, die dah keje. Offshore, geng! Ha Ha. Ni pun nasib nasib je tak sambut birthday kat pelantar. Kalau tak boleh jugak merasa kek yang dibuat chef atas pelantar tuh. Kan?

Kan.

Apa-apa pun, aku doakan semuga pakcik Ariff sehat senantiasa, keje jgn ponteng-ponteng, kumpul duit, kawen, dapat anak cumel-cumel. Pendek kata, semuga azam tahun baru nanti tercapai iye. InsyAllah! Jap, azam tahun ni dah tercapai ke belum? Haiyok:P

HAPPY 24th BIRTHDAY!

P/S: Pagi tadi aku bangun tidur, terus terpikir "Betul ke pengguna maxis postpaid kaya-kaya belaka?" Teringat pulak jawapan dari SMS semalam. "Free kol? Tidak ada bah.. Org maxis fikir semua yg pakai posped ni kaya raya". Ha ha!