Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS
Showing posts with label azam. Show all posts
Showing posts with label azam. Show all posts

Monday, April 26

Bulan 11 ni anniversary kami yang ke-5 :(

Untuk pengetahuan semua, laptop aku rosak. Aaaa! Rasa hiba dan syahdu je bila mengenangkan kawan baek, sehati sejiwa aku yang dah nak masuk 5 tahun tu. Sedih T_T.

Last year, leher laptop patah. Tapi still bleh pakai lagi. 2 minggu lepas, makin nazak pulak. Patah dua-dua leher. Dah tu kalau nak guna kene sandar kat dinding. Tak ke haru je. Aku tanak la salahkan sape2 kat rumah tu, sebab masing2 guna. Tapi masing2 la kene pandai jaga. Huhu.

Malam tadi tengah online, tiba2 die padam. Aku dengan sabarnya, meng-on balik. Tak sampai setengah jam, die shut down lagi. So, aku decide masuk bilik dan paksa pejamkan mata. Tamau ingat dah kesengsaraan laptop tu. Huhu.


Hujung bulan ingat nak ganti baru. Tapi (hmph! ada je tapi) bajet dah larik jaoh..jaohh sangat2. Adehh..kempunan kejap.


"Batu belah batu betangkup, telanlah aku. Aku banyak isiiiii!~", berlari sambil mengesat air mata.



Takpe. Akan ku tanamkan hasrat untuk memilikimu jua. Walaupun bukan di bulan depan, mungkin di bulan2 yang lagi depan.

Dan untuk kamu jugak ye. Ohh..~Kamu sunggoh la memikat hati @_@

Semuanya disebabkan kamu! Dah ada nanti, jadi good boy oke.
Jangan nakal2 tau, nanti i babap :P
Notakaki untuk laptop ku sayang: Walaupun ada pengganti u nanti, u tetap ada dalam hati i. Thank you so much^^

Tuesday, March 9

Cekgu-cekgi

Hari ni Mtest untuk KPLI dah dapat semak. Dan...



Tadaaa!! Aku dapat. Alhamdulillah.
Sangat suke oke. Siap dah beli buku, beli ebook untuk belajar.
Bersungguh-sungguh? Oh, sudah pasti. Hehe.


Doakan aku ek kengkawan^^~

-sharing is caring, and loving-

Monday, March 1

Arrival of March

Yeehaa!~
Bulan Mac suda kan? Cepat masa berlalu. Macam baru je semalam 25/12. Oke. Aku maseh terpikir tarikh krismas tu. Nape? Tak tahu. Jangan tanya. Huhu.



Mac. Banyak harapan aku terhadap bulan ni. Banyak benda. Harapan untuk masa depan? Mungkin. Aku perlukan sesuatu untuk berpegang dan berpaut. Sesuatu itu hendaklah kuat untuk aku bertahan. Payah sebenarnya. Tapi aku tahu aku mampu. Cuma perlu berusaha.

C: "Dah usaha tapi tak berjaya, macamana pulak?"
H: "Usaha lebih gigih!"
C: "Baekkkk.."


Kata orang, tak berjaya sekali tak bermaksud tak berjaya selamanya. Ikut takdir, rezeki lagi. Semua kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Jangan mentah-mentah salahkan nasib. Tapi salahkan dulu diri sendiri.

C: "Menyesal lah pulak. Kan tak elok?"
H: "Memang pun, daripada kita sesalkan nasib. Tiada siapa yang dapat mengubah nasib melainkan diri sendiri"
C: "Yelah, dah puas berusaha. Nak ubah nasib. Macam-macam cara dibuat. Masih jugak tak dapat"
H: "Pasrah dengan ketentuan Allah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan"
C: "Baekkkk.."

Telinga asyik kene khutbah je.
Kesian.

Kesimpulannya? Berusaha! Dan berusaha! Dan usaha lagi!

Jangan lupa doa dan tawakal:)

1. Mencari kerja bes lagi lumayan! (PENTING! OK.)
2. Mendapatkan sponsor handphone baru. (Yay!)
3. Menahan diri daripada ber-fb ketika Earth Hour. (Sebab tu perlu handphone baru^^)



Hehehe ^_______^

PEACE!

Nota kaki: Aku lebih prefer perkataan 'tak berjaya' daripada perkataan 'gagal'. Agak menyentuh hati sikit word yang pertama tuh. Uu~

Monday, January 25

The beauty of 'takde-bende-nak-pikir'

Sejak kebelakangan ni, aku rasa ter-kering idea untuk menulis. Kadang-kadang tu ada, tapi tak tahu nak buat ayat starting.

Hari ini aku nekad. Aku nekad mahu berkongsi cerita. Nak tahu tak cerita apa? Sudi-sudikan lah jari tu scroll dan baca sampai habis. Scroll dan baca tau, bukan scroll aje. Ada paham? Lagipun, FOC (Free Of Charge). Takde cukai dikenakan.

Before tu, aku nk intro sikit. Entri ni dibuat special untuk geng-geng aku. Yang merasakan dirinya perempuan, isteri, ibu, nenek dan yang sama waktu dengannya. Kepada yang merasakan dirinya lelaki, suami, ayah, atok dan yang sama waktu dengannya, pun juga dialu-alukan sekali. Dah namanya FOC, kan? :)

***

Wahai Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Wahai Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Wahai Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.



***

Entri ini di-post ketika otak aku tiba-tiba terfikir pasal tanggungjawab. Tanggungjawab aku sebagai seorang anak, kakak, adik, kawan, bakal isteri, bakal ibu, bakal nenek (Fuh, banyak). Itupun masih kira separuh tanggungjawab, kalau diikutkan tanggungjawab kt tempat keja, untuk negara, ibu pertiwi, nusa bangsa. Ha, sudah. Tamau pikir. Hu hu..

Serabutkan aku ni? Mesti korang cakap, "Itupun mau pikir kah? Sikit-sikit sudahlah wei!". Amboi, amboi. Banyak cantik muka korang nak ngate aku. Kan awal-awal dah ckp td, aku terpikir je. Dah xde mende lain nk pikir kut. He he^^.

Aku pun tidak sempurna mana. Bukan full-time muslimah lagi. Kadang2 ter-pakai jugak baju ketat, ter-sembur jugak minyak wangi, ter-pakai jugak make-up, ter-pandang jugak lelaki hensem.Aku manusia biasa. Yang masih belajar.

Takpe, muhasabah diri. Kalau tak, bila lagi kan?

Kan. *Insaf mode*

Baca selanjutnya di sini!

Thursday, December 17

Aku berazam (dot dot dot)

DOA AKHIR TAHUN

Sempena akhir tahun hijrah pada petang 17 Disember 2009 (30 Zulhijjah 1430), marilah kita berdoa pada waktu asar doa akhir tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu.



..::..Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan yang tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas aku melakukan maksiat itu. Maka aku memohon keampunanMu.

Ya Allah, ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya. Maka aku mohon diperkenankan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapanku. Ya Allah yang Maha Pemurah .
Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian..::..

DOA AWAL TAHUN

Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib 17 Disember 2009 yang bersamaan dengan 1 Muharram 1431 Hijrah.



..::..Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka..::..

Dipetik daripada MY ADHA™