Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS
Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Sunday, January 16

Dua hari dalam sejarah.


Hey Friends!

Hari ni pagi2 aku bangun dengan keadaan yang tak sehat dan sakit. Dari pagi semalam lagi sebenarnya. Takla teruk sangat. Tapi dah namanya sakit, sapa yang suka? Ko ada kenal ke? Ada? Mintak no tepon. Aku nak bagi award kt die. Lepas bagi award aku nak mintak tips tahan sakit. Kalau die cakap telan painkiller, aku tanam die hidup2.

Semua orang tak suka sakit ye. Fullstop.

I kene chest pain la sayang.. Mahunya tak sakit. Start dari bangun dari katil, gosok gigi, nak pakai baju pun sakit, nak gelak pun kena control, nak drive apatah lagi. Pusing stereng lagilah tip top punya sakit. Ter-adeh-adeh aku dibuatnya.

Dulu masa kat UTM ada pernah sekali sakit macam ni. Doktor cakap muscular pain. Lepas tu baru teringat...sehari sebelum tu aku pi angkat kotak 20kg ++ dari tingkat bawah naik tingkat 1 sorang-sorang. Mau nye tak muscular pain? 

Ehem, incik abang. Ko ingat satu tingkat tu ade brapa bijik tangga? Memang le satu tangga. Anak tangga aku rasa capai 20 kot. Bukan la nak underestimate kan keadaan aku ni sorang pompuan lagi ayu dan cumel. Tapi, bg lelaki muskulin tahap Rahim Ma'ruf eh silap..lelaki maskulin macam Malik Nor pun berpeluh jugak nak angkat tau.

Haish. Tapi terima kasih dan padan muka kt diri sendiri. Sayang sangat kat barang sampai tak reti nak buang, alih2 semua nak letak dan isi dan padat2 bagi penuh dalam satu box..yang BESAR dan BERAT. Huhu..cerdik sangat, kan? Memang cerdik pun! :)

Kali ni, aku bukan kena muscular pain. 

Jom layan lagu neh! Sakit2 mcm ni terlayan pulak lagu slow and steady-kelopak-mata-kasi-tutup. Lagu ni dipetik dari filem Lagenda Budak Syaitan. I like Lisa Surihani. Tapi ada ke orang yang bersikap terlampau malang mcm watak die dalam citer ni?


Enjoice! *PEACE*


Love,



sharing is caring, and loving^^

Sunday, December 26

Semua kerana KAMU

HYE!!

Flu datang lagi. Haiya. Ramai kawan yang cakap, demam sakit ni adalah satu cara Allah nak hapuskan dosa2 kecil. Hm..Aku redha :)

Ada banyak reason jugak nape tak sihat neh.
1. Kurang minum air masak. Nescafe aje memanjang,
2. Cuaca tak menentu. Kejap ujan. Kejap panas.
3. Last sekali kene demam haritu bulan 7..rindu nk jenguk doktor tua tu kot. Hehe.
4. Berjangkit.

Tapi sakit aku kali ni, aku taknak ikutkan hati. Kene kuatkan semangat dan cergas serta cerdas!

Bukan apa, kalau dok baring tido je..memangla rasa sakit tu tak kebah.
Ye tak? 

Jadi, kene bangun jugak, jalan2, tolong mak kt dapur, basuh pinggan, lipat kain, driving, online (erk! hehe). 

Tapi still tak elok2 gak flu ni. Sore throat la pulak. Tekak dah rasa bertonsil balik. 
Eh? Boleh diet!! Yay! Hehehe..

Dalam aku demam, sakit2 ni lah aku mudah sangat terkecik ati, termerajuk, terberperasaan terlebey sikit..ish.

Kat sapa? Kawan.
Kawan mana? Kawan lah. Dush! $%^&*(

Mungkin sebab layanan perasaan aku je kot. Orang demam lah katakan. 
Yep. Layan perasaan sampai mata swollen teruk dari malam sampai ke pagi. Tambah2 lagi flu ni kan..memang tak lena tido. Kejap2 terjaga. Dahtu..bangun pagi..transformed jadi panda.



Mata panda sexyyy youu..hehehe



Ni ha ada something nak korang dengar..
Love the way you lie part two. Ade plak kan? 
Hihihi..Ape2 pun. Dengar aje. Tak yah bayo. :P





BYE!!


sharing is caring, and loving^^

Thursday, July 29

Jatuh sakit bergolek-golek


Hari ni aku tidak sehat. Batuk-batuk yang berlarutan hampir dua minggu. Tetiap hari kene refill stock gula-gula clorets atau fisherman friends. Harap-harap sangat hari ini adalah penghujung terhadap ketidakkesehatan aku ni. Nak tahu sebab apa?

Sebab aku dah pegi klinik. Hehe.
Sebab aku dah makan obat. 7 jenis doktor tu kasi. Colorful gitu~
Dan yang paling penting..
Sebab doktor tua tu dah bagi aku injection baekk punya. Kat lengan.
(Lengan ni still rasa sengal2 ngengade! :P)

Dah lama rasanya aku tak sakit macam ni. Berlarutan dan sangat teruk. Sampaikan rekod aku kat klinik tu pun dah takde. Hampeh punya nurse. Die pi buang rekod kesihatan aku yang lama-lama dulu. Nasib baik doktor tu kenal aku. Jadi, taklah susah sangat die nak tanya ada allergic ke, ubat yang pernah diambil, dan apa-apa lagi lah.

Dulu masa kecik-kecik memang selalu jumpa doktor tu. Dah biasa. Dalam family pun akulah yang paling senang kene jangkit. Demam ke, batuk ke, flu ke. Macam sekarang ni. Tapi hari ni, aku tak keseorangan. Aku ada geng. Sebab mak ngan adik bongsu aku pun demam sekali. Heheh.

Mungkin ada hikmahnya aku sakit. Dalam pada tu baru kita faham dan sedar, macamana kasih sayang mak ayah pada kita. Risau bagai nak rak bila anak dorang sakit. Kalau malam kita tak dapat tidur, dorang pun sama jugak tak tidur semata-mata nak jaga kita masa sakit.
Terharu pulak, kan? Hmm..

Ha, lagi satu. Medical fee mahal!
Tapi takpelah, as long as aku dapat kerja dengan senang hati dan peparu aku berfungsi dengan baek esok hari. Hujung minggu nanti ada kelas. Ada report jugak nak kene siap. Minggu depan nak berkursus pulak. Bayangkan dengan kesihatan yang terganggu itu, ditambah pulak dengan kerja yang melambak. Adoi. Mudah-mudahan aku sembuh dengan cepat.
Amin :)


 
"It’s heartbreaking that sometimes, when we have so much pain in our hearts and the only person who can stop us from crying is the same person who made us cry."