Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Thursday, March 18

Moodest! = Mood+Best!

Ehem!

Tak tercapai akal ku untuk menulis. Mood bercampur aduk agak nya. Happy kah? Sedih kah? Excited kah? Kenyang? Haik! Kenyang itu mood kah? Haha.

8 Mac yang lalu, birthday adik aku yg ke 17 tahun. Ni ha aku tempek sikit gambor die kt cni. Pi mamam pitza sefemeli. Syiok! Makan kan, mestilah syok habes^^



Anyway, aku baru aje selesai menjawab Mtest minggu lepas. Senang? Takla senang sangat. Susah? Pun takla susah sangat. Al biasa la, dah namanya test. Ada susah dan senang nya. Cuma aku kesempitan masa nak menjawab. Main taram je jawab. Nasib baek objektif. Yang penting aku dah usaha, berdoa dan tawakkal. Fuh!

Lepas test tu aku mem-format balik otak yang seminggu penuh study bermati-matian. Menjenguk MBO dan berdating bersama Mad Hatter! Sila rujuk tempekan gambar di atas. (Mad Hatter di tengah, oke) Alice in Wonderland 3D. Grafik yang cantik. Cuma jalan cerita yang agak mendatar dan mudah kita nak guess apa yang akan jadik lepas tu. Hmm..tapi overall Ok la jugak. Red Queen kepala beso, kucing kaler turqouise nama Cheshire the grinning cat, tangan white Queen yang meliuk lintuk, make up Mad Hatter yang tebal, Tweettledee & Tweetledum yang kelakar, Catterpillar kaler blue isap shisha..haha.

Hari tu, memang aku enjoy sakan. Perabeh duit sume, walhal gaji bulan ni lambat lagi nak kuar. Merana jiwa raga. Makan nasik bubur aje lah. Kirim salam saja pada pitza. Hohoho~


Notakaki: Hidup ini jangan kuat berangan. Sekian.

0 komen:

Post a Comment