Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Wednesday, March 9

Khamis Malam Jumaat



Yesss..
Aku dah plan Khamis malam Jumaat nanti nak rehat puas2!

Kenapa perlukan rehat? 

****

Sebab baru balik dari fieldwork.

Sebab malam tadi still berparty tak hengat dunia.

Sebab banyak baju tak basuh lagi. T_T

Sebab lepas basuh baju, kosongkan beg dan letak beg atas almari. Supaya jari kaki selamat tak tersepak beg. hmm

Sebab kena sedapkan mata memandang. Barang2 aku je dah penuhkan separuh ruang tamu. Malu kalau ada lelaki bujang betandang ke rumah. Thehehehe~

Sebab tanak ayah mummy bising anak dara dorang tak reti nak mengemas walaupun TETTT!

****

Oke. Sekian luahan perasaan dan tasklist untuk malam ini.
Terima kasihan.

Yang berselerak ni bukan bilik I, oke.

sharing is caring, and loving^^

Tuesday, February 8

Hobi baru: Buat-buat ada kerja even kerja banyak.

 
Movie Review! 

Yessss...buang tebiat kan tetiba nak buat movie review? 

Dah takde kerja!

Takde kerja ko cakap? Homework assignment melambak-tak-siap-sampai-minggu-depan-lecturer-ko-nak-tambah-lagi-satu, itu ko cakap 'takde kerja?

Okay. I'm a dead meat. x_X
Rasa nak lari2 marathon pusing bandar Kuching 44kali sebab time's running out! Huhu..

Tapi...

Aku still ada masa untuk buat movie review untuk korangggg..Hebat tak hebat? Hehehe

Movie yang aku baru tengok ni adalah salah satu movie yang bertemakan tisu peneman sejati. Sangat menyayat hati dan sedih. Jadi itu sebab tema die tisu. Bagi aku yang type super sensitive tak hengat dunia..memang menitik air mata setiap kali ada scene2 yang menentuh perasaan. 

This movie is about a young girl. Yang menghidap luekimia. Kalau luekimia kan, perlu sumsum tulang yang match. Ditakdirkan sumsum parents dan adik lelaki die were not. The doctor explained that each person in this world would only have the same sumsum in 1 of 200 people. *Oke, ilmu baru. Aku baru tahu :)* 

Jadi tak peliklah, even parents sendiri or adik beradik pun tak kan ada sumsum yang sama. So, her parents decided on having another child yang scientifically injected with all sorts of genetics ++ yang akan confirm 100% match with this girl's sumsum. *Aku kurang mengerti bab2 medic ni* The objective was to save their daughter's life. 

And then a beautiful baby girl named Anna Flitzgerald was born.  Conflict happens when 11 years old Anna file a summons to her parents for medical emancipation. That, she refuses to give any of her body parts to her dying sister.

Aku suka Abigail Reslin berlakon jadi Anna. Sweet and talented. Aku pernah tengok die berlakon dalam cerita Nim's Island dan Definely Maybe dengan si handsome and charming Ryan Reynolds! *mesti ada ! oke. excited. Ryan! is super hot*

This is Abigail Reslin. 
Eh, aku tak bgtau lagi ea nama movie? Hehe.. Its' My Sister's Keeper. Tengok sampai habis tau. Banyak moral of the stories yang korang leh dapat dalam cerita ni. Salah satunya, pengorbanan mak ayah untuk anak.

A-Must-See-Movie

Okay. Dah khatam movie. Kenalah baca buku die pulak kan? Movie My Sister's Keeper ni diadaptasi dari sebuah novel written by Jodi Picoult. 

Jom, jom selongkar library! Sekarang library pun dah moden tau. Cuma klik U-Library Portal, register jadi ahli secara percuma, dan voila! dah boleh search katalog database dari 7 library seluruh Malaysia! Kaedah penghantaran samada secara self pick-up atau pos pun boleh. 

Hebat tak hebat? :)

Opss. sebelum terlupa. Inilah Ryan! yang berkenaan.
Amat sedap dipandang, kan? :D

His movies: X-men Wolverine, The Proposal, Definitely Maybe etc




Love,

Thursday, January 27

Khamis yang aman damai *Love it!*



Oke. Entri minggu ini kebanyakannya akan menggunakan nama hari ye. Harap maklum, tuan penulis takde idea nak buat tajuk apa. 

Tapi...

Serius.

Aku suka hari Khamis. Minggu ini. Jam ini. Dikala ini.

Impian aku. Hari ini. Jam ini. Akan kekal 'panas hingga ke petang'.

Korang paham ke tak neh? Ke angguk2 geleng2 je? Hehe..

Hari ni rilek la..keje tak banyak sangat. Adalah jugak kerja, tapi sikit.

Alhamdulillah. Aku bersyukur. Takdelah penat sangat aku kerja. Otak kurang lenguh dan mampu untuk berfikir secara straight. 

Semalam dah amik mc. Rilek kat umah. Sampai terpikir2, kalaulah hari ni masih sibuk, kerja tak hengat dunia, sampai takde selera nak makan. 

Diet kah? Oh, tidak sama sekali. Itu adalah disebabkan mengejar dateline projek. Teruk sangat ke bunyi nye? I mean, kerja sampai tak ingat nak makan. Huhu.

Balik rumah, jam dah lewat malam. Tengok family semua dah golek2 rilek2 atas katil. Aku baru nak mandi, nak makan. Makan sorang2 pulak tu. 

Minggu yang hectic.

Ini semua permulaan. Nanti dah biasa, takde la perasaan macam ni lagi kan?
Kan kan? huhu.

Solution nya...*apa yang aku dapat pikir sekarang*

Kalau penat, minum Redbull.
Kalau lapar, order mekdi delivery.
Kalau sakit, amik je MC...
.
.
.
.
.
....
Kalau sedih, nangis senyap2 bawah bantal bangun pagi mata bengkak macam zombie masuk kereta driving pergi kerja.

Sedih lagi.


KES 1: EKSPRESI TERLAMPAU PENAT

HARUS KUATKAN SEMANGAT!
Yea.....hhhhh~!


Taknak nampak tired hari2. Biarpun sebenarnya penat. Haruslah diri sendiri memberikan motivasi kepada diri sendiri.

KES 2: EKSPRESI SUPER EXCITED

Moral of the story?

Penat tu biar kita sorang yang merasa. Kalau boleh sorok dalam2. Bukan maksudnya nak pendam sorang2. Tapi nak tunjuk2 tu tak boleh jugakkan? Orang lain pun kerja penat jugak. Lainlah kalau dia tu datang dari planet atau alam ghaib lain. Heheh. 



At least, orang ceria bila nampak kita ceria. 

Ekspresikan dirimu!
YEAH! 

Jom, makan limau :)


Love,

P/S: Rindu Na_niesza. Kempunan lagi nak jumpa minggu ni. Takpe, minggu depan ada lagi :)


sharing is caring, and loving^^

Monday, January 24

Pagi Isnin sekali lagi!

Salam!

Apa kabar ini hari? Ada baek?

Hujung minggu aku dipenuhi dengan aktiviti yang padat. Nasib baik kelas hari Ahad tu half day je. Balik umah, terus membuta. Sedar2 jam dah pukul 6 petang. Memang claim tido betol lah. Hehe.

Tapi bila malam, payah nak tido.
Padan muka sendirik!

Pagi ni kena semangat ye kawan2. Tak boleh malas2.

Kepada sesapa yang bekerja, selamat bekerja.
Kepada yang ada kelas jap lagi, no ponteng2 ye.
Kepada sesapa yang bercuti, saya amatlah jeles. Harap maklum.

Bila nak holiday lagik??
Nak pi Langkawi!

Bila? Tak tahuuu..

Assignment tak siap lagi, kerja maha banyak belum settle, batuk2 pun dah start ni ha. 
Haish!

Next entry aku post pasal aktiviti hujung minggu. Grenti korang boring giler. Hehehe.


Love,




P/S: Betul ke kalau kita rindu kat seseorang, tak jumpa pada masa yang lama. Dah jumpa. Berpisah balik. Kita akan jadi semakin rindu? Ye ke?

Tuesday, January 18

Angguk-angguk, Geleng-geleng


Selamat pagi, you all!

Hari Selasa ini hari. Bila nak Jumaat? Hehehe..

Eh eh..Alamak, Sabtu ni pun kerja lah. Yang bestnya, boleh jenjalan. Tapi part tak best nya, minggu ni 'ter'ponteng kelas lagi.

Suka?
Tak!
Susah hati! Huhu.

Dah dah..masa untuk mulakan tugas! But before that..layan lagu ni jap. Saja nak share. 

Pagi tadi, start enjin kereta, terdengar lagu ni dari radio. Terkesan pulak kat hati. Ngengade kan? :P

Jom layannssss!


Kita tunduk pabila diketuk
Bila terantuk tak usah dipujuk
Biarpun dipatuk
Ingat pesan atuk…sabar sabar sabar sabar…

Love,




sharing is caring, and loving^^

Sunday, January 16

Dua hari dalam sejarah.


Hey Friends!

Hari ni pagi2 aku bangun dengan keadaan yang tak sehat dan sakit. Dari pagi semalam lagi sebenarnya. Takla teruk sangat. Tapi dah namanya sakit, sapa yang suka? Ko ada kenal ke? Ada? Mintak no tepon. Aku nak bagi award kt die. Lepas bagi award aku nak mintak tips tahan sakit. Kalau die cakap telan painkiller, aku tanam die hidup2.

Semua orang tak suka sakit ye. Fullstop.

I kene chest pain la sayang.. Mahunya tak sakit. Start dari bangun dari katil, gosok gigi, nak pakai baju pun sakit, nak gelak pun kena control, nak drive apatah lagi. Pusing stereng lagilah tip top punya sakit. Ter-adeh-adeh aku dibuatnya.

Dulu masa kat UTM ada pernah sekali sakit macam ni. Doktor cakap muscular pain. Lepas tu baru teringat...sehari sebelum tu aku pi angkat kotak 20kg ++ dari tingkat bawah naik tingkat 1 sorang-sorang. Mau nye tak muscular pain? 

Ehem, incik abang. Ko ingat satu tingkat tu ade brapa bijik tangga? Memang le satu tangga. Anak tangga aku rasa capai 20 kot. Bukan la nak underestimate kan keadaan aku ni sorang pompuan lagi ayu dan cumel. Tapi, bg lelaki muskulin tahap Rahim Ma'ruf eh silap..lelaki maskulin macam Malik Nor pun berpeluh jugak nak angkat tau.

Haish. Tapi terima kasih dan padan muka kt diri sendiri. Sayang sangat kat barang sampai tak reti nak buang, alih2 semua nak letak dan isi dan padat2 bagi penuh dalam satu box..yang BESAR dan BERAT. Huhu..cerdik sangat, kan? Memang cerdik pun! :)

Kali ni, aku bukan kena muscular pain. 

Jom layan lagu neh! Sakit2 mcm ni terlayan pulak lagu slow and steady-kelopak-mata-kasi-tutup. Lagu ni dipetik dari filem Lagenda Budak Syaitan. I like Lisa Surihani. Tapi ada ke orang yang bersikap terlampau malang mcm watak die dalam citer ni?


Enjoice! *PEACE*


Love,



sharing is caring, and loving^^

Friday, January 7

Kerja Kosong @ PTPTN




Kawan-kawan... 


Nak bayar hutang tadi, tp terlupa lak nombor pin e-fes. Adeh... Esok pepagi kena retrive nombor pin baru. Takleh biar lama2. Nanti duit tu transform jadik wallet or handbag or shawl piping lak. Ehehehe :D

Masa tengah belek2 website PTPTN tu, scroll punya scroll terpampang lak satu iklan kerja kosong. Ada yang berminat?

  • PTPTN ada mengiklankan kekosongan beberapa jawatan tetap dan kontrak. Dari post Pegawai tadbir (N41) sehinggalah post Pemandu kenderaan (R3)
  • Ada banyak post lagi. Boleh cekidaut kat SINI.
  • Due permohonan 14 Januari..tapi mohon le awal2 ye.

KALAU RASA2 KURANG JELAS..SILA GUNA KANTA PEMBESAR. KALAU TAKDA KANTA PEMBESAR, SILA KLIK PADA GAMBAR. MEKASEH.





Love, 




sharing is caring, and loving^^

Thursday, December 30

Just have to believe :)





Just a small town girl
livin' in a lonely world
She took the midnight train goin' anywhere
Just a city boy, born and raised in South Detroit
He took the midnight train goin' anywhere

A singer in a smoky room
The smell of wine and cheap perfume
For a smile they can share the night
It goes on and on and on and on

Strangers waiting
Up and down the boulevard
Their shadows searching in the nights
Streetlights, people
Living just to find emotion
Hiding somewhere in the nights

Working hard to get my fill,
Everybody wants a thrill
Payin' anything to roll the dice
Just one more time

Some will win, some will lose
Some are born to sing the blues
And now the movie never ends
It goes on and on and on and on

Don't stop believin
Hold on to that feelin'
Streetlight, people
(repeat)



Love,



sharing is caring, and loving^^

Wednesday, December 29

Allah decides..with purpose.



HEYO!

Ya Allah, tinggal 2 hari saja lagi nak masuk 2011
Yay! Like! Love! *jumping and clapping!*

Oke, oke..enough with this new year excitement, dear Gg. 
People thinks that excited terkenjit2 feeling of you is not cute.

Eh, yeke? Hehehe.

I'm starting the day, just to found out that my flu has'nt gone yet. Lambat betol badan aku nak digest obat obatan tu. Dahla payet nak mampos. Banyak pulak tuu..tak terdaya. Tapi apakan daya. Huhu..

ALAHAI OBAT

Bangun pagi dengan tak cukup tido..ubat flu yang sedia ada pun tak mampu nak paksa mata aku tido. Sunggoh dasyat. Banyak pikirr kottt..

Pikir apa? Masa depan. Tetttt..

Itula orang2 tua cakap, pengalaman mengajar kita lebih dewasa. Bermula dari umur kecik, mak ayah akan decide untuk kita. Dah muda remaja, pun kebanyakan mak ayah yg tolong aku decide. Skang ni dah jadik cantik manis lady pun still tanya Mummy Ayah jugak..

Kite: Tak tahu nak decide macamana.
Mummy: Mummy Ayah sokong apa yang Kite rasa baik untuk diri sendiri.
Kite: *Buat muka* Tanak tolong decide ke?
Mummy: Kite dah besar..dah berupaya buat keputusan sendiri. Mummy Ayah doa yang terbaik.
Ayah: Betol la tu. Ayah nak Kite decide yang terbaik untuk diri sendiri. Tak semestinya decision Mummy Ayah yang terbaik.
Kite: Memangla, tak semestinya decision Kite yang terbaik gak.
Ayah: At least, belajar untuk membuat keputusan. The future is yours to paint it. Not us. 
Mummy: *Senyum* Hai, tukar channel omputeh pulak?
Kite: *Masih blur*

I always remember one poem taught in school.. yearrrsss back. 
The Road Not Taken by Robert Frost. 
Mesti tahu kan? Jom jom copy paste.

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth; 
 
Then took the other, as just as fair
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that, the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
two roads diverged in a wood, and I --
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


InsyAllah, apa yang Allah dah rancang untuk kita adalah lebih baik sebenarnya. Cuma, perjalanan tu yang kita harus tempuh. Takleh skip, move forward, rewind ye kawan2.

Yang bolehnya..dok atas katil..letak kepala atas bantal..tarik selimut..


...and start dreaming.



Hehe..

BABAI :)


P/S: Doakan aku cepat sembuh ye kawan2.





Monday, December 27

New Look ^_^




HALOHA!!


Ada perasan something tak? Hehehe..
I got New Template for cantik.manis.lady!!!
Yehuuuu!!!

Haha..Excited bukan main nak sambut tahun baru. 
Sepagi2 ni dok godek-godek free template untuk new look.
Tadaaaa!! 

Cantik takk?? Cantik takkkk??? 
Ala. Korang dengki lah tu.
Penat tau dok carik template yang sesuai.
Tapi jumpa jugak akhirnya. Puas hati. Eheh!

Kadang2 ade gak rasa template lama lagi okay. Kann?
Hmm..but 'sokay. Maybe sebab dah terbiasa..

Macam dalam hidup kite jugak la. Dah terbiasa dengan sesuatu benda. Bila dah takda, baru rasa kehilangan. Tapi lama2 perasaan kehilangan tu akan hilang..dan terbiasa dengan kehidupan yang sedia ada.

Apa aku merepek merapu neh? Haha. Sorry ye kengkawan.

Kene 'biasakan' diri. Hehehe.. 


BYE!!


P/S: Kawan2 saya semua rajin2 belaka kan? Jadi, rajin2 kan lah klik kt Duit Tabung Saya tuuu..Timekaseyy :)

Tak tahu yg mana satu??
<---- carik column yang kt sebelah kiri ni haaa. hehe


Love,

Terakhir dan Terbaik

Ohh..hari Isnin yang terakhir tahun 2010

Sedih? Tak jugak. 
Suka? Pun tak jugak. 
*Ala, ngengade je ko Gg..huhu*

Amacam pencapaian tahun 2010 korang? 
Ada tercapai? 
Ada yang ngam-ngam tak tercapai? Hehe. 

Tak ape. There'll be more oppurtunity for us all.

As for me..tahun 2010 ni adalah tahun pencarian kerja yang mantap dan best. Yang mana aku pasti, pencarian tu takkan berakhir. Tahun ni aje, aku dah beberapa kali pergi interview..mungkin takde rezeki lagi kut.

Tapi takpa, jadikan semua tu sebagai experience untuk next interview!
Untuk aku lebih prepare in future. 

Jadi, sedih ke aku? 
TAK! Terlebih excited untuk menghadapi tahun baru!
Yeehaa! Hahaha

HAPPY NEW YEAR, ALL!

Semoga tahun 2011 memberikan lebih makna dalam kehidupan kita.
Dan semoga azam tahun baru 2011 tercapai..juga azam tahun yang lepas2. Mana2 azam yang tak-tercapai-akalmu tu bolehlah diusahakan lebih sikit.. kann? :)


P/S: Apa azam akhir tahun 2010? Wahai Flu, go away Flu..huhuhu



sharing is caring, and loving^^

Sunday, December 26

Semua kerana KAMU

HYE!!

Flu datang lagi. Haiya. Ramai kawan yang cakap, demam sakit ni adalah satu cara Allah nak hapuskan dosa2 kecil. Hm..Aku redha :)

Ada banyak reason jugak nape tak sihat neh.
1. Kurang minum air masak. Nescafe aje memanjang,
2. Cuaca tak menentu. Kejap ujan. Kejap panas.
3. Last sekali kene demam haritu bulan 7..rindu nk jenguk doktor tua tu kot. Hehe.
4. Berjangkit.

Tapi sakit aku kali ni, aku taknak ikutkan hati. Kene kuatkan semangat dan cergas serta cerdas!

Bukan apa, kalau dok baring tido je..memangla rasa sakit tu tak kebah.
Ye tak? 

Jadi, kene bangun jugak, jalan2, tolong mak kt dapur, basuh pinggan, lipat kain, driving, online (erk! hehe). 

Tapi still tak elok2 gak flu ni. Sore throat la pulak. Tekak dah rasa bertonsil balik. 
Eh? Boleh diet!! Yay! Hehehe..

Dalam aku demam, sakit2 ni lah aku mudah sangat terkecik ati, termerajuk, terberperasaan terlebey sikit..ish.

Kat sapa? Kawan.
Kawan mana? Kawan lah. Dush! $%^&*(

Mungkin sebab layanan perasaan aku je kot. Orang demam lah katakan. 
Yep. Layan perasaan sampai mata swollen teruk dari malam sampai ke pagi. Tambah2 lagi flu ni kan..memang tak lena tido. Kejap2 terjaga. Dahtu..bangun pagi..transformed jadi panda.



Mata panda sexyyy youu..hehehe



Ni ha ada something nak korang dengar..
Love the way you lie part two. Ade plak kan? 
Hihihi..Ape2 pun. Dengar aje. Tak yah bayo. :P





BYE!!


sharing is caring, and loving^^

Monday, December 6

After All This While


Yeah! Kembali ber-blog.
Kawan2 sehat?
Alhamdulillah, saya masih lagi sehat! Dan kuat! Hehe.

Dalam beberapa minggu ni workloads agak memberangsangkan dan memerlukan sepenuh jiwa raga untuk disiapkan. Tak menang tangan dibuatnya. Nasib baik minggu ni ada rilek sikit. Boleh berpoya2 sementara nak menghabiskan kerja. Kan?

Bukan apa, pengajaran buat kerja last minit minggu2 lepas still tak memberikan apa2 kesan. Adeh.. Dah banyak kali dah mcm tu. Lagi lama due date tu, lagi lah lama nak menyentuh kerja tu. 

Masa zaman muda dan gemilang kt UTM dulu, part menyiapkan kerja last minit ni lah yang paling syok. Dah jadik habit. Bila esok due, mlm tu mula lah semangat lain macam je nak siapkan kerja. Walhal dalam keadaan terpaksa. Haha. 

Itu dulu, memanglah syok. Sebab ada geng2 kepala gila sekali join. Sekarang ni?? Kene hadapi semua benda sorang2. Bila due date dah dekat, baru gelabah. Tak tido malam lah, stress lah, makan banyak lah *aik..hehe*, macam2!

Tapi by hook or by crook, kene siapkan jugak. Biarlah tertonggeng, terbalik, tergolek, ter ter apa sekali pun..demi masa depan yang cerah..kene usaha lebih sikittt. Kan? Walaupun tak banyak, tp at least ada usaha. Itu yang penting.

Setakat hari ni, ada 3 tasks yang perlu siap dalam masa 2 minggu. 
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .


Rilek2 dulu..
Jom layan movie. Hehe.



Yang benar,
-Saya yang kekurangan keinsafan-


Sunday, November 21

Its 21st of Nov!

Haloha Eveyone!

21.11.2010
Pagi2 lagi dah bangun bersiap. 
Joging? Eh, bukan. 
Kenduri. Kat rumah kawan lama kakak.
Kalau kenduri, of course la excited terlebey kan? Hehe..

Malas nak cerita panjang, layan gamabr je la ye..

SITUASI DI DALAM KERETA. TENGAH MENUNGGU ROMBONGAN RAKAN2 YANG LAIN SAMPAI.




MEMPELAI NAMPAK CANTEKKK SGT DENGAN COLOUR PEACHY ORANGE. NICE!



GAMBAR KENANG-KENANGAN. INILAH MEREKA. SAYA? OF COURSE LAH YANG MENGAMBIL GAMBAR DAN MENGEDIT ^^




 xx..xx 21.11.2010. Malam ni nak ngedate! More photos and more happy moments! xx..xx

Friday, November 19

Kami beraya!






 P/S: Jom Lunch! Laparrr yang amat! Heee~ 

Tuesday, November 16

Raya Datang Lagi! Hiphip Hurayyy!





P/S: Kari Ayam dah siap! Nak iron baju raya untuk esok. Kena lah lawa2 kan?? Kan nak klik klik amik gambar lagi. Hehe. Yay!

Salam Aidiladha dari I and Hubby Family!

Friday, November 12

Super Something

Minggu ini adalah minggu I transform menjadi zombie.

Walaubagaimanapun, transformation tersebut hendaklah melalui beberapa fasa.





FASA 1
Transformasi berupa Burung Hantu

Fasa ini melibatkan pertukaran waktu tidur dan pemendekan jangka masa tidur yang amat luar biasa. Mohon semua sedia maklum bahawa waktu tidur yang biasa boleh mencecah 12jam. Akan tetapi fasa ini hanya melibatkan 2 atau 3 jam sahaja. Kagum?




FASA 2
Penyamaran si Ketwumen

Extra makeup di bawah mata. Sekiranya, seperti kebiasaan saya hanya menggunakan eyeliner di bahagian mata, tetapi pada fasa ini make up sudah semakin out of control. Rakan-rakan sila jangan ambil peduli atau menegur 'wah! kamu nampak teruk' atau 'kenapa bengkak? gado ke?'. Ini kerana, pertanyaan tersebut hanya memberikan impact yang lebih kuat terhadap make up tersebut secara otomatik.





FASA 3
Ms Pinky and The Brain

Pada fasa ini, otak mengalami pengembangan tahap tak hingat dunia. Pada tahap ini kesuburan neuron adalah sangat aktif serta terlebih peka terhadap persekitaran sekeliling. Sehinggakan tutur kata dan perlakuan dan tindak tanduk orang dan haiwan peliharaan di sekeliling boleh menjadi sumber hilang mood atau marah dengan serta merta.





FASA terakhir
Zombie comel!

Ya! Comel kan kan zombie tuh! Terima kasih Pakcik Google! hehe.. Kalau lah I se-kiut itu ketika ini. Haish...Serabai! T_T








P/S: Otak sedang full with facts and points sekarang. Rasa mahu muntah. Tak habis revise lagi. Nak mampus dah. Mencik. Nak shopping. Erk!