Minggu ini adalah minggu I transform menjadi zombie.
Walaubagaimanapun, transformation tersebut hendaklah melalui beberapa fasa.
FASA 1
Transformasi berupa Burung Hantu
Fasa ini melibatkan pertukaran waktu tidur dan pemendekan jangka masa tidur yang amat luar biasa. Mohon semua sedia maklum bahawa waktu tidur yang biasa boleh mencecah 12jam. Akan tetapi fasa ini hanya melibatkan 2 atau 3 jam sahaja. Kagum?
FASA 2
Penyamaran si Ketwumen
Extra makeup di bawah mata. Sekiranya, seperti kebiasaan saya hanya menggunakan eyeliner di bahagian mata, tetapi pada fasa ini make up sudah semakin out of control. Rakan-rakan sila jangan ambil peduli atau menegur 'wah! kamu nampak teruk' atau 'kenapa bengkak? gado ke?'. Ini kerana, pertanyaan tersebut hanya memberikan impact yang lebih kuat terhadap make up tersebut secara otomatik.
FASA 3
Ms Pinky and The Brain
Pada fasa ini, otak mengalami pengembangan tahap tak hingat dunia. Pada tahap ini kesuburan neuron adalah sangat aktif serta terlebih peka terhadap persekitaran sekeliling. Sehinggakan tutur kata dan perlakuan dan tindak tanduk orang dan haiwan peliharaan di sekeliling boleh menjadi sumber hilang mood atau marah dengan serta merta.
FASA terakhir
Zombie comel!
Ya! Comel kan kan zombie tuh! Terima kasih Pakcik Google! hehe.. Kalau lah I se-kiut itu ketika ini. Haish...Serabai! T_T
P/S: Otak sedang full with facts and points sekarang. Rasa mahu muntah. Tak habis revise lagi. Nak mampus dah. Mencik. Nak shopping. Erk!
0 komen:
Post a Comment