¸,¤°´'`°•.¸¸.•°´'`°¤,¸♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪*´'`°¤¸¸.•'´`'•.¸¸¤°´'`
Aktiviti hujung minggu penuh dengan menu yang beraneka jenis...
1. Hari Jumaat malam Sabtu, kenduri rumah saudara. Menu: ayam percik+ikan ape ntah masak lemak+keceri nanas
2. Pagi Sabtu, panaskan lauk dari malam Sabtu. Menu lebih kurang dgn semalam, tambahan menu: nugget ayam.
3. Tengahari Sabtu. Tak lalu makan sebab terlampau nervous.
4. Petang Sabtu, singgah shopping kuih muih sebelum ke rumah nenek untuk minum petang.
5. Malam Sabtu, cucur ikan bilis cicah sos:)
6. Pagi Ahad, ingat nak berehat..tapi kene hadir kenduri pulak. Menu: ayam masak merah+sayur umbut masak lemak+ape lg ntah. Makan sikit je sebab kaki tengah krem. Seriously, kaki krem oke!
7. Tengahari Ahad, mengunyah kacang bersama 100 plus. Hehe
8. Petang Ahad, sepatutnya hadir kenduri saudara kawen. Tapi hang-out dengan member. Menu: Stimbot+strawberry/yam ice cream+sunquick orange free flow.
Kesimpulan yang didapati boleh dibahagi kepada dua iaitu;
1. kesan jangkamasa panjang
2. kesan jangkamasa pendek
Dimana;
Kesan jangkamasa panjang: kebulatan pipi dan badan semakin terserlah.
Dan...
Kesan jangkamasa pendek: Hari Isnin, jam 5 pagi, masuk toilet. Seterusnya, jam 10 pagi dan diikuti pula jam 2 petang. Perut meragam satu hari!!
Pengajaran yang sepatutnya dipelajari?
Amalan makan tak hengat dunia adalah amalan yang tidak baek untuk kesehatan perut (jangkamasa pendek) dan pipi (jangkamasa panjang).
*posing kat keta pengantin ketika kaki tengah sakit*
*beloved cousins*
*jom main masak-masak!*
*bukti kukuh saya yang bulat dan tembam itu. huhu*
*posing senget lak. bajet comey la kunun. kihkih*
-END-
♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪
0 komen:
Post a Comment