Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Monday, January 25

The beauty of 'takde-bende-nak-pikir'

Sejak kebelakangan ni, aku rasa ter-kering idea untuk menulis. Kadang-kadang tu ada, tapi tak tahu nak buat ayat starting.

Hari ini aku nekad. Aku nekad mahu berkongsi cerita. Nak tahu tak cerita apa? Sudi-sudikan lah jari tu scroll dan baca sampai habis. Scroll dan baca tau, bukan scroll aje. Ada paham? Lagipun, FOC (Free Of Charge). Takde cukai dikenakan.

Before tu, aku nk intro sikit. Entri ni dibuat special untuk geng-geng aku. Yang merasakan dirinya perempuan, isteri, ibu, nenek dan yang sama waktu dengannya. Kepada yang merasakan dirinya lelaki, suami, ayah, atok dan yang sama waktu dengannya, pun juga dialu-alukan sekali. Dah namanya FOC, kan? :)

***

Wahai Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Wahai Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Wahai Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.



***

Entri ini di-post ketika otak aku tiba-tiba terfikir pasal tanggungjawab. Tanggungjawab aku sebagai seorang anak, kakak, adik, kawan, bakal isteri, bakal ibu, bakal nenek (Fuh, banyak). Itupun masih kira separuh tanggungjawab, kalau diikutkan tanggungjawab kt tempat keja, untuk negara, ibu pertiwi, nusa bangsa. Ha, sudah. Tamau pikir. Hu hu..

Serabutkan aku ni? Mesti korang cakap, "Itupun mau pikir kah? Sikit-sikit sudahlah wei!". Amboi, amboi. Banyak cantik muka korang nak ngate aku. Kan awal-awal dah ckp td, aku terpikir je. Dah xde mende lain nk pikir kut. He he^^.

Aku pun tidak sempurna mana. Bukan full-time muslimah lagi. Kadang2 ter-pakai jugak baju ketat, ter-sembur jugak minyak wangi, ter-pakai jugak make-up, ter-pandang jugak lelaki hensem.Aku manusia biasa. Yang masih belajar.

Takpe, muhasabah diri. Kalau tak, bila lagi kan?

Kan. *Insaf mode*

Baca selanjutnya di sini!

Thursday, January 21

Undefined

*sigh*

-start of post-

Bila masalah dtg bertimpa2, bila hati rasa remuk, bila fikiran jadi kusut, sila jgn panik. Tarik nafas dalam2.

*sniff in*

dan lepas perlahan2..

*sniff out*

dan TADA!!!!

Hello, people!
Good Morning!
Pagi2 kena ceria.
No good kalo bad mood.
Ye Kan?

Ye kan aje.

Iyelah, masalah kalau terlebih pikir mesti jadi makin besar. Tapi kalau xpikir, pun susah jugak. Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Yang penting, kene selesaikan dengan cara bijak. Tak perlu gopoh-gopoh. Tak de penalti pun, tak de sapa-sapa yg berani saman. Jangan menyesal pulak kemudian hari bila masalah selesai dengan cara yang tak betul.

Aku ni memandai je nasihat. Tapi kadang-kadang cenggitu jugak. Serabut jugak kepala hotak ni dengan hal keja, femili isu, personal problem.

Ade ke manusia tanpa masalah? Kalau ade, meh kasi aku number phone die. Nak tanye betul ke die tu manusia? Ntah-ntah 'entiti' alam lain kut. Heheh!

Baiklah. Last word.

Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali.

Betul ke? Tak betul tak betul. Yang betul nye, mcm ni..

"Buat baik berpada-pada, buat jahat kat orang yang buat jahat kat kita".

Tolong jangan saman statement di atas. Itu hanya personal quote aku, dari pengalaman aku sendiri. Tak puas hati, tak apa. Aku tak amik kisah.

Hmph! Ter-emo la pulak. Hehe.




Gambar tu tanye apa mood aku ari nih.
Aku pilih undefined. Tak de dalam list. Korang pulak?

Hmm...

-end of post-

Klik sini!

Wednesday, January 6

Fresh oren

Yeay!! Pukul 5 suda..mari balik kirija.
Malam ni ada majlis tahlil kat umah Puan J.
Encik A yang amik kat umah. Oke la tuh ade org yg offer nk amik. Lesen P? Esok baru nak amek. Hihi^^
Keta ayah pun baru kuar wokshop ari nih. Lusa la nampaknya baru leh Vroom vroom.

Saya: Ayah, boleh ke?
Ayah: *senyap*

Rasa-rasanya boleh ke tu? Kalau time minang, org akan cakap 'kalo diam tandanya setuju'.

So, macam mana tu?

Hm..

notakaki: hari ini saya dapat buah oren. i loike^^!!

Saturday, January 2

Cerita semalam dan esok

Hari ini aku bisu, tetapi hati masih tegar.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Hari itu,

Girl: Sy nak break ngn awk.
Boy: Agak2 la kalau nk break. Sy pg toilet je td. Sbb tu tak dpt nk angkat phone.
Girl: Sy dah penat, bosan. Hari2 gaduh.
Boy: Marah lg?
Girl: Awk rasa?
Boy: Jgn la mcm ni. Awk kene fhm mcmana keja sy.
Girl: Cuba nk fhm.
Boy: Habis tu? Marah lagi?
Girl: Sy tetap dgn keputusan sy.
Boy: Sy sygkn awk.
Girl: Sy xcintakan awk, ok.

Hari kemudian,

Boy: Sy syg awk. Tapi sikap awk semakin hari semakin berlainan.
Girl: Apa yang berlainan?
Boy: Awk suka marah-marah.
Girl: La, kecik hati ke pasal hal tadi? Xde apa lah. Lupa kan k?
Boy: Hm..dah mkn?
Girl: Dah.
Boy: Mkn apa?
Girl: Nasik. Ada ka org mkn batu?
Boy: Sy tnya je.

Hari sebelumnya,

Boy: Sy plan nak ke sana. Februari. Hujung bulan.
Girl: Dah confirm ke?
Boy: Dah. Tgl nk dptkan tiket je lg kt member tu.
Girl: Ayah ibu kasi ke?
Boy: Xjadik masalah. Nk jumpa awk.
Girl: Fine.
Boy: Fine je?
Girl: Nape?
Boy: Xde apa. Hm..


***

CINTA tak pernah meminta, ia sentiasa memberi.
CINTA membawa penderitaan, tp tak pernah bdendam, dan tak pernah membalas dendam.

Jika hati mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tiada disisi.

CINTA datang pada yang masih mempunyai harapan walaupun telah dikecewakan.
CINTA datang pada yang masih percaya, walaupun telah dikhianati.
CINTA datang pada yang masih ingin mencintai, walaupun telah disakiti.
CINTA datang pada yang mempunyai keberanian dan keyakinan utk mendapatkn kembali kepercayaan.

Sedih rasanya bila bertemu seseorang yg sangat bererti, tapi pada akhirnya menjadi tidak bererti & terpaksa membiarkannya pergi.

Hati ini sgt rindukan dia, dan bila difikirkan hati menjadi hancur.

Kadangkala kita tidak menghargai org yg mencintai kita sepenuh hati, sehinggalah kita kehilangannya.

Bercinta memang mudah. Utk dicintai jugak memang mudah. Tapi utk dicintai oleh org yg kita cintai itulah yang paling sukar diperoleh.

(dipetik dari sini)

***

Aku tahu entri kali ini agak-agak sengal dan berterabur. Aku pun main taram je tulis, pastu kopipes (copy and paste). Kepada sesapa nak baca, bacalah dan fikirlah. Aku malas nk kupas satu-satu pengertian dari ayat-ayat yang ada. Kepada yang malas nk baca, xpe. Aku tak kesah dan tak amik kesah untuk kesah kan kesah ngko. Ngerti?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini