Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Thursday, January 27

Khamis yang aman damai *Love it!*



Oke. Entri minggu ini kebanyakannya akan menggunakan nama hari ye. Harap maklum, tuan penulis takde idea nak buat tajuk apa. 

Tapi...

Serius.

Aku suka hari Khamis. Minggu ini. Jam ini. Dikala ini.

Impian aku. Hari ini. Jam ini. Akan kekal 'panas hingga ke petang'.

Korang paham ke tak neh? Ke angguk2 geleng2 je? Hehe..

Hari ni rilek la..keje tak banyak sangat. Adalah jugak kerja, tapi sikit.

Alhamdulillah. Aku bersyukur. Takdelah penat sangat aku kerja. Otak kurang lenguh dan mampu untuk berfikir secara straight. 

Semalam dah amik mc. Rilek kat umah. Sampai terpikir2, kalaulah hari ni masih sibuk, kerja tak hengat dunia, sampai takde selera nak makan. 

Diet kah? Oh, tidak sama sekali. Itu adalah disebabkan mengejar dateline projek. Teruk sangat ke bunyi nye? I mean, kerja sampai tak ingat nak makan. Huhu.

Balik rumah, jam dah lewat malam. Tengok family semua dah golek2 rilek2 atas katil. Aku baru nak mandi, nak makan. Makan sorang2 pulak tu. 

Minggu yang hectic.

Ini semua permulaan. Nanti dah biasa, takde la perasaan macam ni lagi kan?
Kan kan? huhu.

Solution nya...*apa yang aku dapat pikir sekarang*

Kalau penat, minum Redbull.
Kalau lapar, order mekdi delivery.
Kalau sakit, amik je MC...
.
.
.
.
.
....
Kalau sedih, nangis senyap2 bawah bantal bangun pagi mata bengkak macam zombie masuk kereta driving pergi kerja.

Sedih lagi.


KES 1: EKSPRESI TERLAMPAU PENAT

HARUS KUATKAN SEMANGAT!
Yea.....hhhhh~!


Taknak nampak tired hari2. Biarpun sebenarnya penat. Haruslah diri sendiri memberikan motivasi kepada diri sendiri.

KES 2: EKSPRESI SUPER EXCITED

Moral of the story?

Penat tu biar kita sorang yang merasa. Kalau boleh sorok dalam2. Bukan maksudnya nak pendam sorang2. Tapi nak tunjuk2 tu tak boleh jugakkan? Orang lain pun kerja penat jugak. Lainlah kalau dia tu datang dari planet atau alam ghaib lain. Heheh. 



At least, orang ceria bila nampak kita ceria. 

Ekspresikan dirimu!
YEAH! 

Jom, makan limau :)


Love,

P/S: Rindu Na_niesza. Kempunan lagi nak jumpa minggu ni. Takpe, minggu depan ada lagi :)


sharing is caring, and loving^^

Monday, January 24

Pagi Isnin sekali lagi!

Salam!

Apa kabar ini hari? Ada baek?

Hujung minggu aku dipenuhi dengan aktiviti yang padat. Nasib baik kelas hari Ahad tu half day je. Balik umah, terus membuta. Sedar2 jam dah pukul 6 petang. Memang claim tido betol lah. Hehe.

Tapi bila malam, payah nak tido.
Padan muka sendirik!

Pagi ni kena semangat ye kawan2. Tak boleh malas2.

Kepada sesapa yang bekerja, selamat bekerja.
Kepada yang ada kelas jap lagi, no ponteng2 ye.
Kepada sesapa yang bercuti, saya amatlah jeles. Harap maklum.

Bila nak holiday lagik??
Nak pi Langkawi!

Bila? Tak tahuuu..

Assignment tak siap lagi, kerja maha banyak belum settle, batuk2 pun dah start ni ha. 
Haish!

Next entry aku post pasal aktiviti hujung minggu. Grenti korang boring giler. Hehehe.


Love,




P/S: Betul ke kalau kita rindu kat seseorang, tak jumpa pada masa yang lama. Dah jumpa. Berpisah balik. Kita akan jadi semakin rindu? Ye ke?

Tuesday, January 18

Angguk-angguk, Geleng-geleng


Selamat pagi, you all!

Hari Selasa ini hari. Bila nak Jumaat? Hehehe..

Eh eh..Alamak, Sabtu ni pun kerja lah. Yang bestnya, boleh jenjalan. Tapi part tak best nya, minggu ni 'ter'ponteng kelas lagi.

Suka?
Tak!
Susah hati! Huhu.

Dah dah..masa untuk mulakan tugas! But before that..layan lagu ni jap. Saja nak share. 

Pagi tadi, start enjin kereta, terdengar lagu ni dari radio. Terkesan pulak kat hati. Ngengade kan? :P

Jom layannssss!


Kita tunduk pabila diketuk
Bila terantuk tak usah dipujuk
Biarpun dipatuk
Ingat pesan atuk…sabar sabar sabar sabar…

Love,




sharing is caring, and loving^^