Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Wednesday, October 6

Meroyan di hari Rabu

Lama tak mengapdet blog. Banyak kerja kah? Takda masa kah? 
Tp sekarang? Tgh mengapdet. Tidak ada kerja kah? Atau ada masa kah? Huhu.

Kerja mmg takkan habes. Masa tak pernah cukup. Sebab tu aku memilih untuk tidak membuat kerja dan menbazirkan masa dgn menghapdet blog daku ini. Esaimen pulak melampau-lampau. 30 pages terasa macam 300 pages. Markah pulak kaw2. Kalau tak siap mau gulung tikar mengkuang sambil guling2 menangis sebab burn duwet yang maha banyak sampai aku tak dpt usha handbag Coach lawa kt website hari tu. Huhu. Tension kah?  Agak2 laa.. Tapi tetap jugak menten comel. Nk marah2 pun bukan nya dpt siapkan esaimen tu. Ye tak? Happy go lucky jerr *mintak puji*.

Seperti kebiasaan pagi2 lagi aku brunch dgn Nescafe+Munchy’s+Facebook. Yep. Kalau brunch dengan Nescafe-Munchy’s+Facebook pun aku boleh dpt pingat kejuaraan-tahan-lapar-tahap-kambing-gurun. Nak kata diet kah? Tak jugak. Berat badan maseh dalam keadaan graf constant dari dulu sampai sekarang. Kadang2 ada jugak turun dlm 3 or 4 gram. Hmm..less apetite barangkali.

Less apetite dalam mimpi! Mana tak nya, balik kerja melantak segala benda yang boleh dimakan bawah tudung saji. Tolak mangkuk, sudu, pinggan dan garpu ye. Ada masa craving Secret Recipe, tak pasal2 balik kelas tibe2 termasuk simpang ke Secret Recipe. Ada masa lak  craving satay, tindakan luar kawal order satay 20 cucuk (untuk makan bertiga oke. Kalau aku sorang mengadap, maunye aku transform jadi lembu terus). Craving ice cream pun ada, pegi shopping mall terus ke tempat cold storage walhal plan nk beli benda lain. Mlm tadi masalah sama berulang lagi. Melantak ice cream untuk kali kedua dalam satu minggu. Apa kes? ‘Mid life crisis’? Aku baru 24. Muda-belia-comel-terperasan lagi. Apa kes? Hmm..less awareness barangkali.

Less awareness in your dreams! Tak ke tetiap minggu terbaca Mingguan Wanita pasal pyramid makanan, rules permakanan, makan secara sehat, tips itu ini and bla bla bla. Ingat suka suki je ke penerbit nak karang nak publish artikel cenggitu kalau bukan untuk menyedarkan orang separa sedar but still buat2 tatau-macam aku? Huhu. Sangat tragis oke. 

And yes. Jawapannya, back to basis. Saya tension. Sekian. Terima kasihan.


"There are times you are afraid, times you are confused and times you feel uneasy. You feel alone, you start to cry and you stop to love."

Wednesday, September 15

Diari Raya


Terasa cepat saja masa berlalu..tup tup..dah raya keenam. Betul tak kawan-kawan? Esok cuti. Lusa dah start kerja. Hadoi..!

Kali ni aku nak share kronologi raya aku dari 1st day...

Raya pertama.
Secara tradisinya, raya pertama aku akan beraya di rumah atok belah ayah terlebih dahulu. Lepas bersalam-salaman dengan mumy ngn ayah kt umah, ktorg sefamili bertolak. Umah atok tak jauh, dlm 10 minit dah sampai. Lepas solat Jumaat, ktorg gerak lak ke kampung belah mak. Makan-makan kt rumah kejap. Pukul 4 ptg, kami sefamili ke kampung adik beradik atok belah mak, Kampung Trombol.

Snap-snap sikit. Hehe.

 ~adik beradik smurfs~


~jom balikkk!~

Raya kedua.
Pagi2 lagi dah siap. Hari ni destinasi perjalanan seterusnya ke rumah sedara mara belah ayah ngn belah mak. Hari ini dalam sejarah, aku dapat duet raya! Haha.. Walaupun dua ringgit sahaja, tapi amatlah bermakna!

Snap-snap lagik.

~posing dulu sebelum bertolak~

Raya ketiga.
Plan raya ketiga agak kucar kacir sedikit. Tapi mood beraya dipulihkan semula dengan kehadiran member-member sekolah beraya di rumah. Beraya bersama mereka sebentar, melantak laksa sarawak di rumah Udin. Balik semula ke rumah jam 2 petang, dan diculik semula pada jam 3 petang bersama member Sluse. Balik ke rumah jam 6 petang, dan keluar pada jam 8 malam untuk menjemput kawan di Semariang Baru. Berjalan-jalan dan menonton sampai pengsan!

Tak banyak gambar yang ada..hm..

~kekenyangan~

Raya keempat.
Seawal jam 11 pagi aku dah menapak kat rumah member. Tak sabar nak jumpa. Lokasi seterusnya, beraya di Mekdi dan rumah Makcik Hot. Walaupun Makcik Hot balik beraya di kampung suami, tapi still family die dah jadi part of my family jugak. Terkejut ada baby-cumel-gumuk-2 bln-rambut-hitam-dan-lebat!!

Kyra Azalea (menurut kata adik si Makcik Hot, Yati :)

~bersama member baik~

~lea comel, bulat sunggoh kan?~

Raya kelima open house dan makan-makan. Raya keenam open house lagi, tapi tak larat dah nak masak. Jemput makan biskut dan kek lapis je ye..Hehe.

  • Esok 16 September 2010, Selamat Hari Malaysia to all!
  • Lusa 17 September 2010, Selamat Hari Lahir kepada the-most-handsome-Ayah in the world!
  • Tulat 18 September 2010, exam day. Selamat Maju Jaya to me!

Doakan aku ye, kawan-kawan :)


Friends are like the walls of a house. Sometimes they hold you up, sometimes you lean on them. But sometimes, it's enough to know they're just standing by. 

-dikarang ketika otak sedang ingin merapu ~.~-


Sunday, August 22

Jauh di mata, dekat di hati



Hari ni dah doblas hari kita berpuasa. Ada yang tak puasa ke? TET! Soalan sensitip. Hehe. Alhamdulillah, tahun ni aku masih mampu lagi untuk berpuasa, dan menikmati berkatnya bulan Ramadan. Dan semestinya tak sabar menanti raya yang akan tiba. Tahun ni mungkin agak berlainan. Mungkin tetiap tahun raya aku berlainan kot. Tahun ni agak sedih jugak lah. Hmm..tak nak lah story kt sini. Sedih je kalau dikenang. 

18hb lepas, genap setahun tarikh aku berkonvo. Genap setahun jugak lah tak jumpa geng-geng kt UTM dulu. Alamak, tersedih lah pulak. Rindu giler nak melepak sesama, rindu giler ngan gelak korang, rindu giler ngan makcik2 sekalian (u know who u're). U all sentiasa di hati I. Ecewah! Pesanan kepada sesapa yang nak organize reunion tu silalah organize sebulan atau kalau kesian kt ktorang yg jaoh2 di perantauan ni, plan lah 2 bulan lebih awal. Supaya mudah untuk kami ini menghadirkan diri dan menghappeningkan lagi majlis tersebut. 

Dalam setahun ni, banyak benda yang aku tempuh. Masa study kt UTM dulu, tak pernah terpikir pun ini yang akan aku lalui. Kalau masa mak ayah kita muda-muda dulu, dorang akan cakap 'asam garam kehidupan'. Sekarang ni, zaman moden, zaman semua nk cepat, so kite tukar, 'secukup rasa kehidupan'. Kalau yang minat 'pasti sedap' pun boleh tukar jugak lah iye. Ikut suka korang..Hmm.

Apa-apapun, aku doakan selamat maju jaya to my fellow friends. Ayat agak skema di sini (tetiba). Kawan bukan hanya terletak di depan mata, tapi juga di mata hati untuk kita kenang dan ingat. Kalau2 ada masa tu aku lupakan korang, mintak maaf banyak2. Sebab mmg aku tak sengaja nk lupakan korang. Maybe jugak RAM otak aku ni yg kurang berfungsi dah. Tapi nak lupa korang seratus peratus, itu bukan aku. InsyAllah, selama mana aku masih bernyawa, selama itu semua kawan aku akan aku kenang.




Last but not least, Selamat Berpuasa! (tak kiralah mana korang berada :)