Ini Saya

My photo
Saya yang bulat dan comel. Saya suka makan. Saya sayang kucing saya :)
Feeds RSS
Feeds RSS

Thursday, February 25

Serius

1. Hari ni dah 25 Februari 2010. Taktau nape aku asyik teringat 25 Disember jerk. Serius. Sampai tulis tarikh pun tertulis '25/12'. Dan serius. Aku tak tahu kenapa.

2. Proses pengumpulan laporan. Wa mau cakap, maaaaannyyyaaaakkkk lipot~~~ oke. Melampau(s).

3. Tadi makan tengahari kat Bombay Masala(h). Hehe. Aku makan nasik campur jerk. Yang lain order nasik beriyani ayam madu. Hamik kau 7 hinggit. Ayam keras. Nasib bek papadom die sedap. Aku tak makan pun. Tapi aku tahu papadom sedap. Ala-ala citer PAPA-Dom gitu. ^^

4. Dah petang sikit, kepala aku mula nyut-nyut. Hmm..bukan sikit punya nyut-nyut. Maaaaaannnyyyaaaakkkk punya nyut-nyut~ Berharap dapat balek rumah dengan cepat dan menggulingkan diri bersama bantal peluk kesayangan di atas katil.

5. Merancang untuk keluar bersama member baik yg sudah lama merantau. Mau makan bersama maybe, berlepak bersama pun maybe.

6. Juga merancang untuk balik ke kampung. Hari Ahad hari baik untuk family aku. Tidak sabar? Oh, sudah semestinya tidak sabar. Sangat-sangat tidak sabar, oke.

7. Opss. Jam 5 sudah? Mari mengemas dan balik! Esok cuti kan? Salam Maulidur Rasul untuk semua geng(s)!

Lebyu all!

Monday, February 22

Pingu

Tajuk Utama : Pingu Dikesan



Aku jumpa gambar nieh kat album kawan aku. Kawan ke? Kenalan saje kot. Aku suka tgk gambar-gambar yang die shoot. Amat menawan dan tertarik, oke.

Berbalik kepada gambar neih, aku tanak repost balik kat FB. Kang ada yg cakap aku ciplak. (Repost kt sini pun mcm lebeh kurang ciplak gak kan? Alamak) Takpe lah, niat aku repost neih baek. Untuk tatapan kengkawan yang sedang berduka lara, numb dan sebagai macam sakit tuh. *ampun kepada sesapa yang berkenaan, sesunggohnye saya amat bersalah, tapi baek hati* (Apakah??).

Cumel kan? Macam hanger dah anak die pakai sweater tuh. Huhu. At the positive side, die tanak anaknya berpanas. Siap kasi pakai spek lagi kan? Tangan lak berjuntai. Hehehehe:D

1st time aku tengok gambar neih, aku gelak sampai meleleh air mata. Tapi kene kontrol gak ler..hehehe.

Korang lak apa macam? Any comment? :)

Percayalah

Dear NorGg Idris (Iye, saya), below are your Personality Tests result:

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.


Your view on yourself:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are down-to-earth
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : People like you because you are so straightforward
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties


The type of girlfriend/boyfriend you are looking:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are a true romantic
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : When you are in love
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You will do anything
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Everything to keep your love true


Your readiness to commit to a relationship:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are ready to commit as soon as you meet the right person
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : And you believe you will pretty much know as soon as you might that person


The seriousness of your love:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : In many ways people find your straightforwardness attractive
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : So you will find yourself with plenty of dates


Your views on education:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Education is very important in life
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You want to study hard
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Learn as much as you can


The right job for you:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You're a practical person
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Will choose a secure job with a steady income
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Knowing what you like to do is important
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Find a regular job doing just that
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You'll be set for life


How do you view success:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are afraid of failure
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous


What are you most afraid of:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are concerned about your image
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : The way others see you
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : This means that you try very hard to be accepted by other people
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : It's time for you to believe in who you are
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Not what you wear


Kuiz ini aku kopipes (copy paste) dari FB. Punyalah berjela explanation die. Terharu lak aku. Huhu.

Tapi nak buat cemana, kene terima seadanya sikap kita. Takde sape yang boleh mengubah diri sendiri selain kita sendiri.

Jangan nak ngengade pi jumpa bomoh mintak obat sembur kasi rajin. Ada ke? Takde kan. Jadi, jangan ngengade ek. Kalo kerja banyak pi buat sekarang.

Tu ada lagi yang dok baca blog aku neih pesal? Pi buat keje. Report kat boss kang.

Cheers to all^^

Notakaki: Aku kan suka give good advice. Terima lah aku seadanya. Sayang korang!

"Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya."

Dipetik dari sini.

Wednesday, February 17

Kerana Hujan

Sila ambil perhatian, tajuk di atas bukanlah bermaksud untuk mempromosi kumpulan Hujan. Sekian.

Sesungguhnya ketika entri ini ditaip, pemandangan di luar tingkat 5 bangunan pejabatku gelap dan basah. Nampak sayu je, sesayu kelopak mata aku.

Mengantok? Malam tadi lepas melayan Supernatural III, tutup TV, tutup lampu, kunci alarm, tarik selimut, terus pengsan *kroh krohh*. Takde lah lewat sangat pun. 12 lebeh sikit je.

Mimpi? Ada kot. Tapi aku jarang ingat atau teringat atau mengingati mimpi-mimpi aku.

Kenapa? Sebab aku punya suka la. Heheh. Garang tak? Garang kan? Bukan apa, mimpi hanya mainan tidur kan? Jadi biarlah ianya menjadi sekadar mimpi.

Mimpi yang tak sudah.

Tak sudah-sudah bermimpi.

Bermimpi yang tak sudah-sudah.

Sudah lah...



Nota kaki I: Bengang ke bangang ek dialog yang aku tepek tuh? Just for fun, oke.

Nota kaki II: Digi Postpaid, Maxis Postpaid atau Celcom Postpaid? Aku kebuntuan.

Nota kaki III: Ops. Tidak dilupakan. Klik sini. Toche~Toche~

Tuesday, February 16

Kisah Pasal Telaga

Kenapalah berat sangat jari ni nak start menaip. Walhal menaip je kan? Bukan berat sangat pun, bukan nak kene angkut air dari telaga pun. Eh eh..Haa..Itu kesah ayah aku time kecik-kecik dolu. Degil punya pasal. Moh le kite share-share yek. Dah alang-alang korang dah baca intro, kene la abes kan. Tak elok baca setengah-setengah.

Zaman dulu-dulu, tak la dulu sangat. Dalam tahun 1950-an. Orang tua bersifat agak komunisme kepada anak-anaknya. Tak kiralah anak-anak itu perempuan ke, lelaki ke. Memang akan dikerah. Lebih-lebih lagi kalau anak itu memang sejak azali dilahirkan dengan cuping telinga keras dan berbentuk kuali. "Degil nak mampus", kata orang. Bukan aku kata.


*Gambar di atas adalah hiasan semata-mata

Nak dijadikan long story short. Atok kepada ayah aku (moyang aku) adalah tergolong daripada angkatan ibubapa (atau lebih tepat lagi atoknenek) yang bersifat komunisme tersebut. Ayah aku ni pulak jenis degil type B. Kalau type A memang kuar anak tekak panggil balik gerenti tak balik-balik umah jugak kot. Kalau type C tu degil-degil penakut. Yang type B nih degil sangat pun tak, tak degil sangat pun tak. Heheh.

Berbalik kepada long story short tadi, ayah aku ni time kecik-kecik memang nakal. Balik sekolah, belum sempat tukar baju sekolah dah terjun sungai. Berenang berendam macam itik. Dah puas berendam, main bola pulak. Mak kepada ayah aku (nenek aku) punya lah dah macam orang berdangdut panggil balik umah, sebab dah nak maghrib, pun tak dengar jugak. Kalau bapa kepada ayah aku (atok aku) lagi lah die lut. Sebab atok aku memang tak ganas sangat. Tapi ada satu je 'seruan' yang dorang takut.
"Balik!!". Itu suara moyang aku. Ganas oo..Selipar pun dah tak ingat nak pakai bila dengar suara tu.

Dah sampai rumah, moyang aku dah ready pegang rotan. Lepas mandi, sembahyang. Lepas tu, mengaji. Tapi sebab buat perangai petang tadi, ayah aku kene denda. Amik air dari telaga (jarak dari telaga ke rumah aku tak pasti). Isi sampai tempayan penuh (isipadu tempayan pun aku tak pasti dan berapa bijik tempayan pun aku lupa nak tanya). Semata-mata nak mengaji.

Aku: Yeke, yah? Bukan sebab tak nak kene pukul ke?
Ayah: Hish.Orang tua tengah bercerita.Jangan menyampuk.
Aku: Baeekkk..

Hehe.

Ada lagi cerita masa ayahmak (ke makayah ek) aku kecik-kecik. Seronok dengar. Tapi kang nak cerita sume, jadi portal sejarah la pulak post aku neh. Ada kes kene ikat kat pokok mangga penuh ngan kerengga. Yang tu denda pasal apa aku dah tak ingat.

Sebenarnya, kesan komunisme tu melekat kat ayah. Dan mangsanya, kami adik beradik. Kalau diikutkan aku ni degil jugak. Tak pasti pulak type yang mana satu. Degil tahap nak kene penampar kot. Pernah kena dah pun. Padan muka aku. Huhu. Tapi ketegasan ayah itu menunjukkan kasih sayang nya pada anak-anak. Yang membentuk aku sepertimana aku sekarang.

Aku baek, kan?

Kan.



Kata hati: Nak carik bakal hubby yang bersifat lemah lembut dan penyabar. Cukuplah aku yang jadi komunis nanti. Sian kat anak. Huhu~